Wednesday, November 09, 2022

12 tawaran dari PN Pahang. & Warga asing milik tanah..

 


1. Manifesto PRU15: PN Pahang sedia 12 tawaran

JERANTUT: PERIKATAN NASIONAL (PN) Pahang menyediakan 12 tawaran dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sebahagian besar berkait dengan keperluan ekonomi rakyat negeri ini.

Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL yang juga Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan manifesto yang bertemakan ‘Pahang Berkat Makmur Sejahtera’ itu di dataran hadapan Majlis Daerah Jerantut di sini malam ini.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PERIKATAN NASIONAL negeri, Dato’ Seri Saifuddin Abdullah, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar, Pengerusi Gerakan negeri, Dato’ Seri Yap Kim Heng dan calon PN Parlimen Jerantut yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin turut hadir dan menyampaikan ucapan pada majlis itu.

Manifesto mengandungi inti pati untuk mendaulatkan agama, mendukung sistem tadbir urus negeri yang bersih, berintegriti dan cekap.

Di samping itu, manifesto PN Pahang itu juga ialah menyuburkan ekonomi negeri menerusi pemerkasaan dan merakyatkan industri kecil dan sederhana, termasuk di kawasan Felda, memperkasa pemilikan rumah serta memperkemas proses libat urus bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis alam sekitar menerusi segmen alam sekitar lestari.

Selain itu, manifesto yang menyediakan 45 inisiatif itu termasuk perniagaan bagi membantu belia memulakan perniagaan, memperkasakan usahawan belia, memartabatkan wanita dan warga emas, bantuan perkahwinan dan pengajian buat anak Pahang, serta memperkasa pelancongan dan kebudayaan negeri. – HARAKAHDAILY 9/11/2022


2. Thailand tarik balik rancangan benarkan warga asing miliki tanah 

BANGKOK: Thailand menarik balik perancangannya untuk melaksanakan dasar membenarkan pemilikan tanah terhad oleh warga asing yang kaya, kata seorang pegawai kerajaan, selepas perkara itu mendapat bantahan orang ramai.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelan bertujuan menarik pelaburan dari luar negara, yang akan membolehkan warga asing memiliki tanah terhad kepada 1 rai (0.16 hektar) sekiranya mereka melabur sekurang-kurang 40 juta baht (RM5 juta) dalam sekuriti atau bon untuk sekurang-kurang tiga tahun.

Bagaimanapun, pengkritik berpendapat jumlah pelaburan itu adalah terlalu kecil, selain dasar berkenaan boleh mendorong peningkatan harga hartanah, sekali gus menjejaskan pemilikan tempatan.

"Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik cadangan itu, dan mendengar pendapat semua pihak supaya ia bersifat komprehensif," kata jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri, pada sidang media.

Menteri Dalam Negeri, Anupong Paochinda, menyifatkan isu itu sebagai 'perkara yang rumit' dan memaklumkan bahawa kajian perlu dibuat bagi mempertimbangkan kebaikan serta keburukannya.

Thailand berusaha menarik pelaburan asing untuk memperkukuh ekonomi, termasuk melalui skim visa jangka panjang dan pelepasan cukai pendapatan bagi warga asing yang 'berpotensi tinggi', pesara memiliki kekayaan dan profesional mahir. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim12 tawaran dari PN Pahang. Warga asing milik tanah..

(i) Al-hamdulillah, hebatnya PN untuk warga Pahang. 

(ii) Thailand pula menarik balik perancangannya untuk melaksanakan dasar membenarkan pemilikan tanah terhad oleh warga asing yang kaya, selepas perkara itu mendapat bantahan orang ramai.

Tidak seperti Malaysia, sejak awal lepas merdeka warga asing diberi hak kerakyatan, dan kuasa mengundi, menambahkan problem rakyat negara ini. Sehingga sekarang 'puak turunan warga asing tak sedar diri itu' menimbulkan masalah mempertikai hak-hak Raja Melayu dan bumiputera.

Pada hal asalnya mereka adalah buruh upahan, pekerja lombong dan ladang yang menumpang hidup ihsan di negara ini.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails