Sunday, November 06, 2022

P'raya banjir, berenang 'ditemani' ular. Positif PN..

 

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila 'ditemani' ular tedung sewaktu berenang menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di Kampung Senduk Seberang di sini petang kelmarin. -Gambar hiasan

1. Banjir kilat: Wanita alami detik cemas berenang 'ditemani' ular tedung

BUKIT GANTANG: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila 'ditemani' ular tedung sewaktu berenang menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat di Kampung Senduk Seberang di sini petang kelmarin.
Faridah Amin, 59, berkata dia terpaksa berenang ke tempat lebih tinggi kerana rumahnya dinaiki air dan mengharapkan bantuan orang ramai kerana menggunakan kerusi roda selepas patah kedua-dua belah kaki akibat jatuh motor.
"Hujan tidak berhenti selepas Asar, ditambah pula dengan air laut pasang dan sungai bertembung sehingga berlaku banjir.
"Apabila lihat air semakin tinggi, saya terpaksa merangkak memohon bantuan daripada orang kampung kerana tidak boleh berjalan.
"Saya panik sebab ketika berenang ada ular tedung yang mungkin datang dari kawasan kebun.
"Saya cepat-cepat berenang ke tempat selamat sebelum diselamatkan jiran berdekatan," katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al-Wusta di sini pada Sabtu.
Seorang lagi mangsa Maimun Abdul Rahman, 53, berkata rumahnya di Kampung Senduk Seberang sering berlaku banjir namun tidak seteruk ini, sehingga mencapai paras dada.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam, sehingga kini tiga daripada tujuh PPS masih dibuka untuk menempatkan 194 mangsa ekoran banjir kilat di sekitar Taiping sejak petang semalam iaitu PPS Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur dan Surau Kampung Perak.
-BERNAMA.
2. Mood rakyat amat positif kepada PERIKATAN NASIONAL    

KUALA LUMPUR: “Saya dapat rasakan mood rakyat pada masa ini amat positif kepada kita, insya-Allah,” kata Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua jentera PERIKATAN NASIONAL supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut memetik hadis riwayat Ibn Hibban yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain”.

Katanya, pesanan Rasulullah SAW seperti yang terkandung di dalam hadis itu beliau tujukan kepada semua calon PERIKATAN NASIONAL sempena kempen rasmi PRU15.

“Sebagai calon pilihan raya, anda sedang memikul amanah yang berat. Ini kerana apabila anda terpilih sebagai wakil rakyat, anda akan mengabdikan diri kepada rakyat dan negara.

“Anda akan bekerja saban hari bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi demi manfaat orang lain,” ujarnya.

Jadi, kata beliau seperti maksud hadis di atas, bekerja keraslah untuk manfaat orang lain.

“Bukan perihal diri kita. Ingatlah perjuangan kita ini demi manfaat rakyat dan negara,” katanya lagi.

Beliau menambah, perjalanan pengabdian kepada rakyat bermula sekarang.

Katanya, temui rakyat dan santuni mereka di mana-mana sahaja.

“Fahami masalah mereka, keperluan mereka dan cari jalan yang terbaik untuk membantu sedaya upaya,” ujarnya yang juga Presiden Bersatu.

Jelasnya, tekad untuk bekerja demi manfaat rakyat juga yang beliau pegang ketika berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat terselamat ketika wabak Covid-19 melanda.

“Kita lakukan apa sahaja yang boleh pada ketika itu untuk melindungi nyawa rakyat dan memastikan setiap orang mempunyai makanan di atas meja.

“Perjuangan membantu rakyat ini masih belum selesai. Ramai yang masih memerlukan bantuan kita di luar sana.

“Insya-Allah, perjuangan murni ini akan kita sambung setelah PERIKATAN NASIONAL beroleh kemenangan dan membentuk kerajaan,” tambahnya.

Muhyiddin juga menyeru semua jentera PERIKATAN NASIONAL supaya berkempen dengan cara yang berhemah, mematuhi undang-undang pilihan raya dan mengelakkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Selamat maju jaya kepada semua calon dan jentera PERIKATAN NASIONAL,” katanya lagi.

Pada PRU15 ini, beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pagoh berdepan dengan calon BN, Datuk Seri Razali Ibrahim dan Iskandar Shah (PH). – HARAKAHDAILY 6/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: P'raya banjir, berenang 'ditemani' ular. Positif PN..

Penderitaan kepada rakyat, ini bahayanya pilihan raya dalam banjir. Ini bukan kehendak PN.

Jom sokong PN!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails