Wednesday, November 09, 2022

Akhirnya jawatan (PM) adalah Zahid Hamidi -Tun M. & Tawaran S'ngor.


Dr Mahathir turut mendakwa, akhirnya yang akan menjawat jawatan tersebut adalah Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA

1. PRU15: Hanya tinggal janji Ismail sebagai PM - Tun M

KUALA LUMPUR: "Hanya tinggal janji."
Itu yang digambarkan Calon Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kepada janji pemilihan Perdana Menteri oleh Barisan Nasional (BN).
Ujarnya, kasihan Datuk Seri Ismail Sabri yang dijanjikan jawatan tersebut sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kasihan Ismail Sabri. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang.
"Dan dia (Ismail Sabri) pun bubar Parlimen. Sekarang kroni-kroninya tidak dipilih sebagai calon.
"Dia (Ismail Sabri) jadi lemah. Ramai percaya janji Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ismail akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji," katanya.....
Dr Mahathir turut mendakwa, akhirnya yang akan menjawat jawatan tersebut adalah Zahid Hamidi.
Terdahulu, Zahid Hamiri mengulangi pendirian tiada isu Ismail menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU15.
Jelasnya sebelum ini, ketika ini pun beliau tidak menjadi Perdana Menteri atau menyandang apa-apa jawatan dalam kerajaan walaupun menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
2. Tawaran PAS buat rakyat Selangor  

PILIHAN Raya Umum Parlimen merupakan medan buat rakyat untuk membuat keputusan dan memilih wakil mereka masing-masing ke badan legislatif tertinggi negara iaitu Dewan Rakyat.

Di Selangor PAS tidak ketinggalan menyertai PRU Parlimen ke-15 ini dengan membariskan 8 orang calon yang akan bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL (PN).

PAS Selangor sedar bahawa rakyat di negeri ini menuntut calon-calon yang kompeten bagi mewakili suara dan aspirasi mereka. Untuk itu PAS Selangor mengemukakan calon-calon terbaik yang profesional, berintegriti dan bermoral demi memenuhi kehendak rakyat negeri ini.

Dalam senarai 8 calon-calon ini, PAS Selangor mengemukakan dua bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang memiliki pengalaman yang luas mentadbir negeri, dua orang doktor perubatan, seorang peguam, seorang akauntan, seorang pendakwah lulusan al Azhar, seorang tahfiz al-Quran, seorang lulusan seni bina bangunan serta dua orang lulusan pengurusan dan pentadbiran perniagaan.

Kombinasi yang mantap dan bertenaga ini bersedia mewakili rakyat Selangor di Dewan Rakyat nanti.

Calon-calon yang dimaksudkan adalah:

1. Kuala Langat.
– YB Dato Dr Ahmad Yunus bin Hairi (Pesuruhjaya PAS Selangor)
ADUN Selangor kawasan Sijangkang/ bekas ahli EXCO/ doktor perubatan lulusan Univeristi Malaya.

2. Kapar.
– Dr Halimah Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
Bekas ahli EXCO/ doktor perubatan lulusan Universiti Tasmania, Australia.

3. Tuan Hj . Mohd Hasnizan Harun (Bendahari PAS Selangor)
Pengurus kilang/ lulus Diploma Pengurusan (MIM).

4. Kota Raja.
– Tuan Hj Mohamed Diah Baharun (Yang Dipertua PAS Kota Raja)
Ahli perniagaan/ lulusan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan University of Wales, UK.

5. P.107 Sg Buloh.
Tuan Hj Mohd Ghazali Md Hamin (Timbalan Yang Dipertua PAS Sg Buloh)
Pengurus Besar syarikat/ lulusan Ijazah Sarjana Muda Bangunan (ITM).

6. P.096 Kuala Selangor.
Ustaz Mohd Noor Mohd Shahar (Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Selangor)
Usahawan perikanan/ lulusan Sarjana Muda Usuluddin Universiti al Azhar.

7. P.102 Bangi.
Saudara Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia)
Setiausaha Sulit Timbalan Menteri di JPM/ lulus Ijazah Sarjana Muda Undang-udang & Syariah (USIM).

8. P.100 Pandan.
Saudara Muhammad Farique Zubir Al Bakri (Ketua Dewan Pemuda PAS Pandan)
Akauntan bertauliah/ lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UITM).

Rakyat Selangor khasnya di lapan kawasan Parlimen di atas diharap berpuas-hati dengan calon-calon yang kami kemukakan. 

Semoga 19 November nanti, mereka inilah pilihan anda demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Selangor dan Malaysia amnya.

PERIKATAN NASIONAL BEST.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Akhirnya jawatan (PM) adalah Zahid Hamidi -Tun M.

Kata Tun M: "Kasihan Ismail Sabri. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang.

"Dan dia (Ismail Sabri) pun bubar Parlimen. Sekarang kroni-kroninya tidak dipilih sebagai calon.

"Dia (Ismail Sabri) jadi lemah. Ramai percaya janji Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ismail akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji," 

(ii) Tawaran PAS buat rakyat Selangor.

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails