Saturday, November 05, 2022

Lagi pusat hiburan punya hal.. K-pop Indo pengsan, Kongo maut.

 

Seorang peminat kumpulan muzik K-pop NCT127 sedang berehat di atas pengusung selepas konsert kumpulan itu dihentikan di Serpong, wilayah Banten, selepas kekecohan berlaku dan 30 orang pengsan. - Foto AFP

1. Konsert kumpulan K-pop di Indonesia dihentikan selepas 30 orang pengsan

TANGERANG SELATAN: Kumpulan K-pop NCT 127 terpaksa menamatkan konsert pertama mereka di Indonesia lebih awal selepas 30 peminat pengsan dalam rempuhan.

Indonesia masih dibayangi insiden hitam selepas 130 orang, termasuk lebih 40 kanak-kanak, maut dalam rempuhan stadium bulan lalu.

Jurucakap polis, Endra Zulpan, berkata konsert berhampiran ibu kota Jakarta itu berlangsung selama kira-kira dua jam apabila peminat mula bergerak ke hadapan untuk menghampiri pentas.

"Akibatnya, 30 orang pengsan. Oleh itu, bagi mengelakkan kejadian lain, kami memutuskan untuk menghentikan konsert pada 9.20 malam (waktu tempatan)," katanya. 

Sementara itu, seorang saksi, Syifa Aulia, 19, berkata sebelum rempuhan, kumpulan iti sedang memberikan hadiah percuma kepada peminat.

Katanya, peminat di belakang bertindak menolak ke arah pentas sehingga pagar penghadang runtuh.

"Kami kecewa dengan peminat-peminat itu kerana sudah diberi amaran untuk tidak menolak antara satu sama lain oleh ahli NCT 127 sendiri, namun mereka sangat mementingkan diri.

"Hanya untuk rakaman, mereka mengabaikan keselamatan orang lain," katanya.

Polis bagaimanapun membenarkan konsert NCT 127 pada hari kedua berlangsung pada Sabtu, namun melarang pengedaran barangan kepada peminat dan memerlukan langkah lebih ketat untuk memisahkan peminat.

"Untuk menebus kesalahan itu dan memberikan pengalaman terbaik, kami akan menambah lebih ramai paramedik dan anggota keselamatan untuk pertunjukan hari kedua," kata penganjur konsert Dyandra Global Edutainment di Instagram.

Peminat Miftahul Janna, 18, berkata peminat 'benar-benar meminta maaf' kepada kumpulan itu.

"Kami minta maaf kerana kami membuatkan anda bimbang dalam konsert pertama di Indonesia. Daripada kejadian ini, kami berharap kami dapat mematuhi peraturan keselamatan dengan lebih baik dan mengambil berat mengenai orang lain," katanya.

Hujung minggu lalu, polis membatalkan festival muzik Berdendang Bergoyang hari ketiga di Jakarta selepas hampir 30 orang pengsan akibat lebihan kapasiti.

Pada hari yang sama, lebih 150 orang terbunuh dalam rempuhan orang ramai di pesta Halloween di Seoul. - AFP


2. Rempuhan di konsert Fally Ipupa, 11 termasuk anggota polis maut 

Fally Ipupa ketika membuat persembahan konsert di Stadium Martyrs yang dipenuhi penonton di Kinshasa, semalam. - FOTO REUTERS

KINSHASA: Sembilan penonton dan dua anggota polis terkorban akibat rempuhan ketika konsert bintang muzik Afrika, Fally Ipupa, berlangsung di stadium terbesar di ibu negara DR Congo, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Daniel Aselo Okito memberitahu portal berita Actualite.cd, terlampau ramai penonton dibenarkan memasuki Stadium Martyrs yang mempunyai kapasiti 80,000 pengunjung, bagi menyaksikan konsert malam itu.

"Seramai 11 individu maut, termasuk dua anggota polis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau kesal dengan insiden 'kehilangan nyawa manusia dan kerosakan peralatan' yang sering dilaporkan berlaku ketika acara diadakan di stadium berkenaan.

"Penganjur terbabit melangkaui kapasiti 100 peratus... mereka mesti dihukum," katanya.

Ketika kejadian, stadium itu dilaporkan begitu padat dan sesak dengan penonton, malah seorang saksi dilaporkan mendakwa 'peminat turut melimpahi kawasan koridor stadium berkenaan.

"Kematian terbabit berpunca daripada rempuhan yang menyebabkan mangsa lemas," kata seorang anggota polis di lokasi kejadian kepada ACP.

Menurut laporan agensi itu yang membuat liputan konsert terbabit di stadium, polis menghadang tiga kawasan untuk melindungi sekitar padang, tempat duduk tetamu kenamaan dan pentas.

"Polis tidak dapat bertahan lama susulan keadaan ketika itu," menurut laporan ACP.

Fally Ipupa, 44, yang juga anak kelahiran Kinshasa, merupakan antara artis terkenal Afrika dengan albumnya terjual di seluruh dunia. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi pusat hiburan punya hal.. K-pop Indonesia 30 pengsan, Kongo 11 maut.

Untuk keselamatan patut ditiru macam pentadbiran di negeri-negari bawah pemerintahan PAS (Parti Islam) di Malaysia, dengan disiplin 'hiburan patuh syariat' yang dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri-negeri lain di Malaysia yang mahu begitu, sila undi PAS dalam PRU15 ini.

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails