Tuesday, November 01, 2022

Presiden PAS dedah lagi. Ugutan UMNO & DAP/Amanah.

 


1. Tuan Guru dedah kisah di sebalik desakan, ugutan Umno

ARAU: Umno telah berulang kali mendesak PAS untuk hanya bergabung bersama parti itu dan komponen Barisan Nasional (BN) tanpa melibatkan BERSATU, demikian dedah Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, perkara itu berlaku sejak parti-parti terlibat telah bersama membentuk kerajaan menggantikan Pakatan Harapan (PH) hinggalah ke saat setelah pembubaran Parlimen, Umno memanggil dan mengugut PAS.

“PAS mesti berpisah dengan BERSATU, dia panggil saya hari Rabu bagi tempoh hingga hari Jumaat pukul 12 malam. Oh macam nak kata apa ni? Beri tempoh pukul 12 malam. PAS mesti buat keputusan putus dengan BERSATU. Kalau tidak Umno bersendirian. 

“Dia nak arah, mana dia boleh arah. Kita bukan komponen Barisan Nasional (BN). Kita parti yang tersendiri. Oleh kerana langkah awal dalam mengambil alih kerajaan, kita mulakan dengan BERSATU, kemudian baru kita ajak Umno bersama, tak bolehlah kita nak potong di tengah jalan.

“Akhirnya kami buat keputusan mestilah dengan PERIKATAN NASIONAL (PN), dengan BERSATU,” ujar beliau yang terdahulu mengimbas langkah besar bersejarah Penyatuan Ummah digerakkan PAS hingga tertubuh Kerajaan PN.

Cerita Tuan Guru, oleh kerana keadaan sangat buruk semasa negara berada di bawah Kerajaan PH, lalu PAS merancang usaha tersebut untuk mengambil alih kerajaan melalui demokrasi melibatkan Ahli-ahli Parlimen.

Terangnya, PAS menghubungi rakan-rakan yang keluar Umno dan menubuhkan parti BERSATU serta duduk dalam kerajaan di mana berbincang dengan mereka mengajak bergabung dengan Umno, termasuk parti dari Sabah dan Sarawak. 

“Parti PBS, Parti PBB, parti Iban, Kadazan dan parti Star, parti Bumiputera ajak bersama buat satu gabungan. DAP dan yang seangkatan dengannya, biarkan. Akhirnya kami berjaya mengumpulkan jumlah yang cukup untuk menukar kerajaan.

“PAS mencadangkan kepada Agong (supaya) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) jadi Perdana Menteri, PAS yang cadang. PAS tak minta jadi Perdana Menteri. PAS cadang Agong terima Tan Sri Muhyiddin jadi Perdana Menteri kerana kita nak tarik BERSATU keluar daripada kerajaan.

“Dan nak tarik Umno bersama duduk di luar kerajaan sekali dengan PAS melalui Perpaduan Ummah,” ujarnya pada Ceramah PRU15 sempena Jelajah Presiden PAS di Utan Kandis, Guar Sanji, di sini semalam.

Kesali beliau, Umno terus mendesak PAS setelah itu walaupun PAS mengingatkan bahawa tindakan demikian boleh menyebabkan kerajaan baharu itu jatuh semula agar tujuan Perpaduan Ummah itu tercapai.

“Dia nak PAS dengan Umno (sahaja). Lepas itu barulah ajak parti-parti lain nak ambil PAS ni jadi komponen. Dulu Barisan Nasional, komponen Muafakat Nasional. Dia dengan parti-parti gabungan, PAS satu parti saja dalam gabungan itu. 

“Ini tak boleh, tak cukup. Kita mahu jumlah yang cukup. Akhirnya dia buat hal. Buat hal. Dapat sokongan berapa orang ahli Umno berpakat dengan PH nak gulingkan kerajaan, tapi tak cukup. Bukan semua orang Umno sokong. Tak cukup. 

“Demi menyelamatkan keadaan, kami minta Tan Sri Muhyiddin letak jawatan, pilih Datuk Ismail Sabri jadi Perdana Menteri untuk nak tarik balik orang Umno yang sokong tukar kerajaan ini, dan berjaya bertahan dua tahun lebih.

“Mereka terus desak supaya PAS dengan Umno, PAS dengan Umno. Perpaduan ni bukan PAS dengan Umno, perpaduan Islam ni, semualah. Bukan PAS dengan Umno saja. Sampai peringkat, saya tak mahu nak dedah banyak-banyaklah. 

“Banyak rahsia-rahsia di sebaliknya, nak selamatkan diri, bukan nak selamatkan negara, nak selamatkan agama, nak selamatkan umat. Nak selamatkan diri masing-masing, ini satu cara yang salah, yang tak betul,” ujarnya kesal.

Tambah Tuan Guru, sepertimana berlakunya rasuah dan salah guna kuasa di dalam PH, di dalam BN juga masih ada baki yang terima rasuah walaupun penyumbang rasuah sudah lari pergi ke PH. 

Sebab itu katanya, BN agak keruh dan perlu dibiarkan jernih dulu selepas daripada ini dan kerana itulah PAS buat keputusan bersama dengan PN dan tidak wujud keadaan atau janji-janji projek seperti dahulu. 

“Dulu kalau pilihan raya nak buat projek itu projek-projek itu projek ini. Ini satu lagi projek Barisan Nasional. Ini satu lagi. Projek-projek ini kerja kerajaan. Siapa yang jadi kerajaan dia mesti buat pembangunan. Cuma pembangunan itu jangan bocor, ini. 

“Tuan-tuan jangan fikir di Kelantan, di Terengganu, PAS memerintah tak ada jalan raya. Orang Kelantan, Terengganu merangkak dalam reba. Jalan raya tak ada? Tak boleh buat pembangunan? Jangan fikir macam itu.

“Siapa jadi kerajaan dia buat pembangunan, macam kita kahwin, pinang anak orang. Saya nak pinang anak pak cik ni kahwin dengan saya, jangan bimbang saya bagi nafkah, saya bagi duit.

“Kalau anak pak cik boleh jadi isteri saya. Tak payah bagi tahulah mestilah bagi nafkah, bagi belanja anak isteri. Siapa jadi kerajaan, dia mesti mengurus rakyat tetapi jangan bocor. Duit-duit itu jangan bocor. Apa yang berlaku, bocor selama ini,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

2. Mengejar undi Melayu, DAP kuis Amanah 

Peribahasa `rumah siap pahat berbunyi’ cukup biasa digunakan untuk merujuk kepada pelbagai perkara yang masih menjadi pertikaian selepas sesuatu penyelesaian dibuat.

Dalam dunia politik, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa negeri, ribut tiba-tiba melanda Amanah, parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Bukan mengejutkan, malah sudah dijangka kerana perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah pemimpin Amanah hanya menanti masa untuk meledak.

Malangnya, ia berlaku pada waktu yang amat tidak sesuai, iaitu menjelang hari penamaan calon pada 5 November diikuti tempoh berkempen yang agak singkat sebelum pengundian pada 19 November.

Bekas Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, yang disingkirkan partinya, menjadi tumpuan perhatian kerana membangkitkan isu yang beliau rasa tepat untuk partinya ketika itu.

Baginya, keputusan PH meletakkan calon Melayu DAP di Parlimen Jerai bukan hanya membabitkan Parlimen itu, malah menimbulkan sentimen dan persepsi tidak baik kepada pengundi di seluruh negara.

Beliau mendakwa konflik di Kedah berpunca apabila pimpinan partinya memutuskan melakukan pertukaran kerusi bersama DAP, iaitu menyerahkan Parlimen Jerai kepada DAP, manakala Parlimen Alor Gajah diserahkan kepada Amanah.

Namun, katanya pertukaran itu tidak pernah dibincangkan pada peringkat negeri dan hanya diketahui pada awal bulan ini.

“Mengikut rundingan awal antara Amanah dan PKR di Kedah, PKR akan bertanding sembilan kerusi dan baki enam kerusi akan ditandingi Amanah.

“Bagaimanapun, tiba-tiba DAP menuntut Baling dan Jerai, namun Amanah dan PKR berpendirian bahawa belum tiba masanya DAP melebarkan sayap ke kawasan luar bandar majoriti Melayu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, calon DAP akan berdepan kesukaran bertanding di Jerai kerana sejak sekian lama, Amanah berdepan masalah apabila dituduh menjadi kuda tunggangan dan barua kepada DAP.

Antara strategi DAP di bawah kepimpinan baharu Setiausaha Agung, Loke Siew Fook, ialah untuk menonjolkan DAP sebagai parti yang mempunyai pemimpin pelbagai kaum.

Ini dilakukan dengan bukan sahaja meletakkan calon Melayu bertanding mewakili parti itu dalam PRU15, malah lebih drastik ialah meletakkan mereka di kawasan majoriti Melayu seperti di Parlimen Jerai (Kedah), Mersing (Johor) dan Gerik (Perak)

Jika tidak kerana konflik di Kedah, tidak ramai akan tahu bahawa dasar DAP yang bertujuan memecah penguasaan PAS dan Umno di kawasan majoriti Melayu luar bandar, sebenarnya turut menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan parti komponen PH sendiri.

Bukan rahsia bahawa DAP juga bersaing dengan PKR di kawasan pengundi campuran dan kini memasuki kawasan yang sepatutnya Amanah wakili. Ini sekali gus menimbulkan persoalan terhadap masa depan Amanah dalam PH jika dasar DAP sekarang berterusan.

Berdasarkan pencapaian Amanah dalam PRU14 yang hanya memperolehi 11 kerusi Parlimen, berbanding PKR (47) dan DAP (42), kedudukan parti itu agak lemah dalam perundingan jumlah kerusi yang ditandingi dalam PRU15.

Dalam kes di Kedah, Phahrolrazi berkata berdasarkan rundingan awal, DAP hanya diperuntuk dua kerusi DUN iaitu di Derga dan Kota Darulaman.

Namun, beliau mendakwa DAP terus membuat tuntutan kerusi Parlimen apabila mengatakan mereka mempunyai pemimpin Melayu sehingga berlaku rundingan pada peringkat pucuk pimpinan PH.

Konflik di Kedah tidak akan berlaku jika DAP tidak melaksanakan dasar baharu itu kerana akan menimbulkan persaingan dengan Amanah di kawasan majoriti Melayu.

Realitinya, pertembungan antara DAP dan Amanah juga berlaku di negeri lain seperti di Perak, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong apabila kedua-dua parti menamakan calon untuk bertanding di kerusi itu pada 28 Oktober lalu.

Amanah mengumumkan Dr Muhaimin Sulam sebagai calon pada waktu pagi dan pada sebelah malam pula, DAP mengumumkan Badrul Hisham Badarudin, sebagai calon.

Walaupun Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian mengumumkan bahawa hasil perbincangan antara pimpinan tertinggi parti telah dibuat dan bersetuju untuk menyerahkan kerusi itu kepada DAP dan bukan Amanah, tetapi ini cukup menggambarkan pertentangan antara dua parti komponen dalam PH.

Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli dan pemimpin Amanah negeri juga dapat dilihat di Johor apabila Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Johor, Mazlan Aliman berkata, sebelum ini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan Ayer Hitam turut diberikan kepada Muda dan DAP.

Dalam parti komponen PH, Mazlan berkata kepimpinan Amanah dilihat lemah menangani rundingan kerusi yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.

Bagi pemimpin utama PH, ribut ini mungkin dianggap kecil, tetapi kadang-kadang ribut boleh bertukar menjadi taufan. – HARAKAHDAILY 1/11/22

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presiden PAS dedah lagi.  Ugutan UMNO & DAP/Amanah.

Semoga jahannam UMNO, DAP dan Amanah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kepada barua-barua yang suka menjilat roket dan makan dedak roket, sila baca dan hadam berita di bawah ini. Jika masih belum faham maksud berita ini, sila meninggal....

Kita perlu Ketuanan Malaysia, bukan Ketuanan Melayu - Kit Siang
Diterbitkan: Nov 1, 2022 1:33 PM
Diterbitkan oleh malaysiakini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails