Thursday, November 03, 2022

Hujan lebat.. Presiden PAS dedah lagi, rakyat wajib tahu.

 

Sebahagian hadirin pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan, malam ini. (Foto: RIZAL TAHIR)

1. Hujan lebat tidak halang ribuan ikuti pengumuman calon PN

KOTA BHARU: Biarpun hujan agak lebat sejak petang lagi tidak menghalang ribuan rakyat Kelantan memenuhi Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV bagi mengikuti Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan.

Sebahagian mereka merupakan anak-anak anak muda tidak menghiraukan hujan dan berlindung di bawah khemah bagi mengikuti majlis tersebut.

Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, berdasarkan perkembangan yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan PN dapat menguasai 14 kawasan parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

“Kita tonjolkan calon calon yang berwibawa untuk menawarkan perkhidmatan kepada rakyat dengan penuh integriti,” katanya pada program tersebut.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Bersatu Kelantan Dato’ Kamaruddin Mohd Noor dan wakil Gerakan.

Mohd Amar pula berkata, Umno dahulu hebat pada zaman lampau, namun sekarang tidak lagi kerana tiada lagi kekuatan seperti sebelum ini.

“Jadi kita pelik lagi untuk berhadapan dengan Umno sekarang ditambah pula dengan rakan rakan dalam PN sekarang. Kita kena tunjuk kekuatan dan kehebatan yang pada kita,” ujarnya.

Menurutnya juga dengan perkembangan sekarang tidak dapat dinafikan peluang PN untuk sekali lagi mentadbir Putrajaya selepas PRU15 pada 19 November ini. – HARAKAHDAILY 2/11/2022


2. Ada komplot kecilkan kemenangan BN, tetapi besarkan PH 

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa wujud dalam kalangan Umno yang sedang bertindak mengecilkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU15 ini.

Menurut beliau, langkah pihak tersebut berbuat demikian bertujuan untuk membesarkan kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH) bagi memaksa BN bergabung bersama PH selepas daripada PRU15 nanti.

Jelasnya, dari maklumat diperolehi beliau, kerjasama itu sebagai satu strategi kalangan tertentu di dalam Umno untuk bersama PH bagi membebaskan diri daripada isu pertuduhan kes yang sedang dihadapi.

Tuan Guru mendedahkan perancangan sulit pihak di dalam Umno itu ketika sidang media selepas majlis Pengisytiharan Bakal Calon PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini sebentar tadi.

“Ramai kalangan Umno yang tak bersetuju dengan PH. Dengan sebab itu dibuat janji supaya mendukung pemimpin yang nak bergabung dengan PH ini. Dengan tujuan untuk membebaskan diri, bukan untuk menyelamatkan rakyat.

“Sehingga hari ini, mereka gagal menarik Umno ke dalam Khemah Besar nak gulingkan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN), gagal. Guling Kerajaan Perak, tak boleh tubuh Kerajaan (BN-PH), itu. Itu tanda aras yang boleh dibaca dengan jelas,” ujarnya menegaskan PAS tidak akan bersama PH.

Beritahunya, PN menawarkan untuk menegakkan kerajaan yang bertemakan bersih dan stabil atau singkatannya ‘BEST’ sebagaimana telah dibuktikan semasa pemerintahan sebelum daripada ini.

Terang beliau, pemerintahan tersebut telah berjaya mewujudkan kestabilan termasuk di negeri-negeri yang diperintah dan PN tetap mengalu-alukan sebarang pihak untuk menyokong dan bersama gabungan itu.

Akui beliau yang kekal bertanding di Parlimen Marang, PERIKATAN NASIONAL berkeyakinan tinggi di mana kemenangan dalam PRU15 ini adalah tidak mustahil, namun menyedari ia tidak mudah, selain sangat mencabar.

Beliau turut menjawab pertanyaan media mengenai calon bukan-Islam yang menunjukkan realiti negara ini bermasyarakat majmuk, selain menegaskan PAS mengambil pendekatan tidak menyerang Umno.

Berkenaan ura-ura tokoh-tokoh tertentu akan menyertai PN dan bertanding atas tiket gabungan itu, beliau meminta ditunggu sehingga penamaan calon dan menyifatkan politik sebagai dinamik.- HARAKAHDAILY 3/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimHujan lebat.. Presiden PAS dedah 'paksa BN gabung PH'.. Rakyat wajib tahu.

Maklumat bocor ketika ketika sidang media selepas majlis Pengisytiharan Bakal Calon PERIKATAN NASIONAL Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini tadi.

Sila sebarkn segera..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails