Friday, November 04, 2022

Bapa pelawak Shuib Sepahtu pilih PAS. PN baik.

 

Mohamad (dua kanan) bapa kepada Shuib Sepahtu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Idris. - Foto NSTP/Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

1. Bapa Shuib Sepahtu masuk PAS

BAGAN SERAI: Tertarik dengan kesepakatan dan semangat bantu membantu ahli PAS sewaktu menyampaikan bantuan banjir dan COVID-19, membuatkan bapa pelawak Shuib Sepahtu, tekad meninggalkan UMNO dan menyertai PAS, malam tadi.

Mohamad Arsyad, 65, yang sebelum ini ahli UMNO sejak lebih 20 tahun lalu, tampil menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad pada program Ceramah Umum Bersama Calon PN P058 yang diadakan di Tapak Pasar Awam Pekan Alor Pongsu.

Mohamad berkata hasrat untuk menyertai PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah lama dipendamkan setelah melihat hubungan erat dan saling bantu membantu yang terjalin dikalangan ahli Pas kawasannya sewaktu mengurus dan mengagihkan bantuan bencana dan COVID-19 kepada penduduk yang terkesan.

"'Semangat dan keakraban yang ada dalam Pas berbeza dari parti asal saya. Melihat hubungan ukhuwah yang terjalin dikalangan ahli PAS, saya rasa macam ada aura tersendiri yang mengajak menyertai mereka. 

"Penghijrahan saya ikhlas dan tiada paksaan, malah saya tak minta sebarang jawatan atau sebagainya.

"Saya telah bincangkan dengan ahli keluarga malah Shuib juga tak menghalang keputusan saya ini," katanya ditemui media selepas menyerahkan borang keahlian PAS kepada Idris.

Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang juga mantan Ahli Parlimen Bagan Serai.

Mohamad berkata dia yang juga Setiausaha UMNO Cawangan Parit Haji Ali sejak 10 tahun lalu akan melepaskan jawatan itu serta merta dan akan memaklumkan kepada kepimpinan UMNO Bagan Serai dalam masa terdekat.


2. Tadbir urus Tabung Haji lebih baik di bawah PERIKATAN NASIONAL 

KETIKA Umno dan Pakatan Harapan (PH) saling menyalahkan, siapakah yang lebih merugikan Tabung Haji (TH), PAS sudah pun ke hadapan mencari jalan meningkatkan prestasi TH, sekali gus memenangi kepercayaan rakyat. 

Segala budaya tidak elok dalam pentadbiran yang lepas kita telah hentikan dalam TH. 

Kita akui, banyak yang perlu dilakukan bagi membaik pulih Tabung Haji, tetapi kita tidaklah sampai mahu aset-aset strategik institusi umat Islam ini tergadai. 

Tindakan tergesa-gesa PH yang telah melakukan pemindahan besar-besaran aset TH kepada syarikat UJSB melalui pelan penstrukturan semula TH termasuklah perancangan penjualan besar-besaran aset perladangan, akhirnya merugikan TH sendiri kerana ia menjejaskan keyakinan pendeposit kepada institusi umat Islam ini pada waktu itu.

Hal ini boleh dilihat melalui jumlah simpanan deposit TH yang telah mencatatkan penurunan yang ketara pada tahun 2019 iaitu penurunan daripada RM75.41 bilion kepada RM69.42 bilion (jatuh 7.94 peratus dari tahun sebelum), dan aset TH juga telah menurun sebanyak 2.03 peratus.

Apabila kita mengambil alih TH daripada Pakatan Harapan, kita telah menghentikan pelan penjualan aset-aset TH Plantation secara besar-besaran yang telah dirancang oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan melaksanakan langkah-langkah yang lebih strategik seperti penubuhan semula panel pelaburan yang telah dihapuskan oleh kerajaan sebelum ini.

Alhamdulillah, susulan langkah-langkah yang telah dibuat ini, TH telah mencatatkan pendapatan berjumlah RM1.47 bilion bagi tempoh separuh pertama 2022 dengan jumlah deposit sebanyak RM88.09 bilion, iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhannya.

Sepanjang tempoh enam bulan pertama, lebih daripada 200,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, seterusnya menyaksikan peningkatan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 8.6 juta orang.

Ini semua menunjukkan kepercayaan dan keyakinan pendeposit terhadap TH telah mula kembali pulih dengan peningkatan simpanan deposit yang sangat ketara, sesuatu yang gagal dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini.

DATUK AHMAD MARZUK SHAARY
2 November 2022 – HARAKAHDAILY 2/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimBapa pelawak Shuib Sepahtu pilih PAS. PN baik.

Mengapa? Bermula tertarik dengan kesepakatan dan semangat bantu membantu ahli PAS sewaktu menyampaikan bantuan banjir dan COVID-19, membuatkan bapa pelawak Shuib Sepahtu, tekad meninggalkan UMNO dan menyertai PAS, malam tadi.

Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails