Tuesday, November 01, 2022

Apa cerita N/Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN? & Bumi biru...

 

Penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (kiri) dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

1. PRU15: Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?

KOTA BHARU: Landskap politik di Kelantan semakin menarik menjelang hari penamaan calon apabila yang terkini dua penyandang Parlimen dari PAS dikatakan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Desas desus mengatakan penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dijangka bertanding mempertahankan kerusi masing-masing mengguna tiket Barisan Nasional (BN)

Bagi Parlimen Tumpat, PAS dikatakan meletakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai calon.

Di Parlimen Bachok pula, PAS dijangka meletakkan Dr Wan Martina Wan Yusuff sebagai calon di kerusi berkenaan.

Spekulasi itu semakin kencang apabila Nik Mohamad Abduh semalam memuat naik gambar bumi berwarna biru di Facebook sehingga mendapat reaksi balas warganet.

Turut tersebar sejak pagi tadi poster ucapan tahniah kepada Che Abdullah kerana terpilih sebagai calon BN di Parlimen Tumpat.

Bagaimanapun, usaha penulis untuk mendapat reaksi kedua-dua penyandang Parlimen berkenaan setakat ini gagal apabila masing-masing tidak menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, PAS enggan membuat sebarang spekulasi berhubung gambar bumi berwarna biru dimuat naik di Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abduh semalam.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pihak terbabit.


2. PRU15: PAS enggan buat spekulasi status FB Nik Abduh  

Gambar bumi berwarna biru yang dijadikan ‘cover photo’ Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mencetuskan tanda tanya.

KOTA BHARU: PAS enggan membuat sebarang spekulasi berhubung gambar bumi berwarna biru dimuat naik di Facebook penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, semalam.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pihak terbabit.

Katanya, isu berkenaan bukan di bawah pengetahuannya dan enggan mengulas lanjut.

"Kena tanya tuan punya badan (Nik Mohamad Abduh), saya pun tidak tahu dan tidak pandai hendak tafsir-tafsir mengenainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Sempena 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebooknya semalam.

Pada masa yang sama anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut membuat satu hantaran yang menggambarkan perasaannya ketika ini.

Sebelum ini, khabar angin tersebar mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas itu tidak tersenarai sebagai calon PAS pada PRU15.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan mengenai desas desus berhubung nama penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Nik Abduh yang tidak tersenarai dalam PRU15.

"Senarai calon PAS yang sudah dimuktamadkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini berada di tangan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

"Senarai kesemua calon-calon ini akan diisytiharkan pada malam esok.

"Jangan tidur dan tunggu pengumuman yang dibuat," katanya sambil berseloroh.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini tidak pernah berlaku situasi 'cah keting' (sabotaj) dalam PAS dan berharap ia tidak berlaku.

"Sekarang ini terpulang kepada pengundi bagaimana untuk menilai," katanya.

(BH)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails