Thursday, November 03, 2022

Keluar undi rendah bahayakan PN. & Ganti Nik Abduh..

 

Penyokong PN hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

1. Peratus keluar undi rendah bahayakan PN

KOTA BHARU: Peratusan keluar undi yang rendah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh membahayakan Perikatan Nasional (PN) yang bermatlamat meneraju kerajaan baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata justeru rakyat perlu keluar mengundi, selain menekankan golongan muda serta perantau untuk pulang dan melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Katanya, anak muda perlu mengundi PAS atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kelantan supaya PN boleh menang.

"Kalau nak jelas hala tuju negara, bina negara yang stabil, keadilan yang sama antara kaum, kemajuan ekonomi dan semangat bermuafakat, maka rakyat perlu memenangkan PN.

"Insya-Allah, dengan kemenangan itu kita dapat bina sebuah negara yang hebat. Tambahan pula, kemenangan kita untuk mendaulatkan agama selain Islam menuntut untuk berlaku adil pada semua orang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini.

Pada majlis sama, Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata pengundi dalam kalangan anak muda di Kelantan sangat ramai iaitu 59 peratus, sekali gus menjadi aset penentu masa depan bukan sahaja untuk kejayaan PN di Kelantan tetapi seluruh negara.

"Insya-Allah di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang, dapat menjanjikan kepemimpinan cemerlang dan ia tawaran terbaik khusus buat anak muda.

"Saya sendiri pernah jadi menteri. Kerajaan kita cukup duit untuk diberi kepada Kelantan, namun masalahnya adalah pada pentadbiran di Putrajaya yang tidak amanah dan jujur.

"Justeru, marilah kita mengundi PN yang mana terdiri daripada kalangan ulama dan ahli politik yang bebas rekod rasuah," katanya.

BERITA BERKAITAN

...

2. Syahir ganti Nik Abduh di Parlimen Bachok

Ustaz Nik Abduh hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

KOTA BHARU: Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal disahkan bertanding di kerusi Parlimen Machang bagi membawa misi untuk merampas kawasan berkenaan yang dikuasai BN sejak dua penggal lepas.

Seorang peguam Zahari Kechik pula menggantikan Dato’ Seri Mustapa Mohamed bagi mempertahankan kerusi Parlimen Jeli pada pilihan raya umum ke-15, 19 November ini.

Kedua-dua calon tersebut mewakili Bersatu yang akan bertanding menggunakan logo PAS. Manakala PAS pula menampilkan dua calon baharu iaitu Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Mumtaz Md Nawi menggantikan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi di Parlimen Tumpat.

Perkembangan itu diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan PERIKATAN NASIONAL Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PERIKATAN NASIONAL Negeri Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Selain itu Mohd Syahir Che Sulaiman menggantikan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di kerusi Parlimen Bachok. Beliau merupakan Setiausaha Politik Presiden PAS. Nik Abduh turut hadir malam ini. (Foto atas)

Calon baharu yang ditampil juga mewakili Bersatu iaitu Mejar Jeneral (B) Mohd Khilir Mohd Nor di Parlimen Ketereh, manakala Mohd Azizi Abu Naim, 50, di Gua Musang.

Manakala calon-calon penyandang kekal di kerusi masing-masing iaitu Datuk Ahmad Marzuk Shaary di Pengkalan Chepa, Datuk Seri Takiyudfin Hassan di Kota Bharu, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian), Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas), Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang).

Selain itu, Dato’ Seri Ikmal Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Dr Nik Zawawi Salleh (Pasir Puteh) dan Abdul Latif Abdul Rahman (Kuala Krai).

Selepas pengisytiharan bakal calon-calon itu, Tuan Ibrahim dan Wan Ahmad Fayhsal menyampaikan ucapan sebagai mewakili parti masing-masing. – HARAKAHDAILY 2/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Keluar undi rendah bahayakan PN. & Ganti Nik Abduh..

Apakah hal ini berlaku termasuk dalam strategi UMNO/BN merampas Kelantan?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails