Thursday, November 03, 2022

Remaja dipukul 10 lelaki. Mengapa, apa tak kena?

 

Tangkap layar video tular memaparkan seorang remaja dipukul sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di Bandaraya Johor Bahru pada Rabu. -Foto Sinar Harian

Tular remaja dipukul 10 lelaki berhampiran restoran

JOHOR BAHRU: Berpunca daripada seorang wanita dikenali menerusi media sosial, tular seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di bandar raya ini pada Rabu.
Rakaman video yang tular itu menunjukkan remaja lelaki berkenaan dipukul termasuk dengan menggunakan kon sehingga mengakibatkannya cedera di bahagian muka, kepala serta badan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian terbabit dilaporkan berlaku pada jam 5.15 pagi.
"Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui media sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.
"Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa bertindak melarikan diri ke kawasan berhampiran sebelum dikejar enam lagi lelaki sehingga akhirnya dibelasah 10 lelaki terbabit.
Tambah Raub, mangsa kemudian diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. -Sinar Harian
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Remaja dipukul 10 lelaki. Mengapa, apa tak kena?
Ini suatu contoh problem remaja masa kini. Kerana bagi seseorang yang berpemikiran Islam, ia yakin mesti ada jalan penyelesaian menurut Islam, dalam apa jua masalah di muka bumi ini. Dalam politik, ekonomi dan sosial. Hanya yang otaknya dijajah saja, yang mencari jalan keluar menurut cara bukan Islam. 
Bagaimana mendekatkan diri dengan Islam? Banyak cara, antaranya...   
(i) PRU15 ini, anda perlu undi PAS atau kumpulan partinya.
(ii) Pergi ke makas PAS, berkenalan dengan penghuni-penghuninya, minta bantuan supaya anda dapat mengundi PAS atau gengnya.
(iii) Ikuti program-program PRU15, ceramah, forum, dialog, ziarah rumah ke rumah dan lain-lain.
(iv) Jadi ahli PAS, dan ikut programnya hingga lepas pilihanraya.
(v) Di situlah anda akan faham segala problem manusia di dunia dan cara penyelesaiannya menurut Islam.
Sekian secara ringkas.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails