Saturday, November 05, 2022

Presiden PAS bongkar lagi.. & Poliik artis Aishah..

 

1. PRU15: Ada lagi pemimpin BN akan sertai PN

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ada lagi dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berminat untuk menyertai PERIKATAN NASIONAL.

“Ya ada lagi, ada lagi, sedang dalam proses,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh mereka.

“Saya tak boleh beritahu berapa kerusi. Apa yang penting ada di utara, ada di tengah, ada di selatan,” ujarnya yang diisytiharkan bertanding di Parlimen Marang.

Semasa ditanya bila akan diumumkan, beliau yang juga Timbalan Pengerusi PERIKATAN NASIONAL berkata,”…nantilah nama calon hari Sabtu”.

Tuan Guru Abdul Hadi juga ditanya mengenai Dato’ Seri Shahidan Kassim yang diumumkan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL pada PRU15.

“Beliau dari awal lagi bersama dengan kita di Parlimen. Kerjasama di Parlimen daripada awal lagi dan beliau menunjukkan keberanian mengkritik presiden Umno, dengan itu dia diambil tindakan secara terbuka,” jelasnya.

Tambahnya, PAS juga menyedari pengaruh Shahidan bukan sahaja di Arau tetapi DUN-DUN di Perlis dan parti itu juga mempunyai perancangan untuk menawan negeri itu pada PRU kali ini.

Tuan Guru Abdul Hadi turut mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Maran, Dato’ Seri Dr Ismail Abd Muttalib sebagai calon PERIKATAN NASIONAL pada PRU15.

Shahidan adalah Menteri Wilayah Persekutuan sementara Ismail adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada majlis itu, Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengisytiharkan bakal calon-calon yang akan bertanding di lapan Parlimen negeri ini.

Mereka terdiri daripada enam penyandang iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Marang, Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu), Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Ustaz Che Alias Hamid (Kemaman), Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir (Setiu) dan Dato’ Rosol Wahid (Hulu Terengganu).

Dua muka baharu ialah Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Alias Razak di Parlimen Kuala Nerus dan Dato’ Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut). – HARAKAHDAILY 4/11/2022


2. Poliik artis Aishah kini, dituduh masuk politik sebab tak laku 

Aishah bersetuju apabila ditawarkan kali keempat sebagai calon, namun menangis mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipikul.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Janji Manismu, Aishah melalui pengalaman dimaki dan dicerca ketika berkempen sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kongsinya, berbanding industri hiburan, orang politik lebih taksub dengan parti masing-masing.

"Hanya kerana kita tidak sehaluan dengan mereka, kita akan dimaki hamun sewenang-wenangnya.

"Ada yang menuduh saya masuk politik kerana sudah tidak laku sebagai penyanyi. Malah, ada juga yang bersikap sinikal dengan berpura-pura simpati kepada saya apabila tahu saya bertanding sebagai calon di kawasan mereka."Meskipun sikap mereka itu mencabar kesabaran saya, namun, pengalaman yang saya kutip sepanjang bergelar anak seni memberi kelebihan untuk menghadapi situasi seperti ini," kata penyanyi bersuara nyaring ini. 

Mengimbau kembali pengalaman menjayakan kempen untuk meraih undi, Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, lebih selesa menggunakan pendekatan diplomasi. Aishah menolak usaha melakukan serangan peribadi ke atas calon yang bersaing dengannya.

"Ketika berkempen, saya sering memberi amaran supaya kita tidak menyentuh hal yang membabitkan fizikal calon lain. Tidak perlulah sampai hendak aibkan calon dengan menghina bentuk tubuh mereka.

"Kita boleh dedahkan kepincangan atau salah laku yang dilakukan calon itu atau parti yang diwakili mereka menerusi fakta yang kita kemukakan.

"Namun jangan sesekali menghina mereka kerana ia akan mencerminkan sifat kita sebenar. Saya sifatkan perbuatan seperti itu sebagai politik kelas ketiga," katanya. 

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu (kanan) ketika mengumumkan Aishah sebagai calon PRU13 bagi Parlimen Jempol tewas di tangan Isa Samad.

Biarpun tewas di tangan calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika itu, namun pemenang Penyanyi Wanita Popular dan Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1990 ini tidak pernah kecewa dengan keputusan bertanding pada PRU13.

"Tujuan asal saya menyertai politik adalah untuk menjadi ahli biasa sahaja, bukannya memegang mana-mana jawatan.

"Sejujurnya, saya sudah tiga kali ditawarkan untuk bertanding atas tiket calon PAS, namun, semuanya saya tolak dengan alasan masih hijau dan biarlah peluang itu diberi kepada mereka yang lebih 'senior'.

"Hanya selepas ditawarkan buat kali keempat, barulah saya setuju untuk memikul tanggungjawab itu. Itupun sebaik sahaja sampai di rumah, saya menangis mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bersetuju," katanya.

Aishah mengakui gembira sebaik diumumkan dirinya tewas merebut kerusi Parlimen Jempol.

"Saya rasa segala beban di bahu hilang serta-merta. Walaupun ketika ini saya sudah tidak lagi aktif dalam politik kerana mahu fokus pada kerjaya seni, namun saya masih lagi mengikuti perkembangan.

"Kepada artis atau penggiat seni yang bakal bertanding pada PRU15, teruskan perjuangan dan betulkan niat. Kita kena tahu tujuan kita bertanding," pesan Aishah. (Sumber BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimPresiden PAS bongkar lagi.. & Poliik artis Aishah..

Kelmarin, pada majlis pengumuman calon PRU15 Gerakan Tanah Air (GTA)-Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta teman seangkatan dunia seni, Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan calon GTA bagi PRU15.

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Gagasan Bangsa, masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket PEJUANG.

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dilaporkan turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang. 

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails