Friday, November 04, 2022

Noh Omar Tanjong Karang hari ini. Shahidan & Ismail, Arau & Maran.

 

Noh Omar pada majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi. NSTP/Faiz Anuar

1. Noh Omar perjelas isu kerusi Parlimen Tanjong Karang hari ini

SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar akan membuat pengumuman berhubung isu pencalonan kerusi bagi Parlimen Tanjong Karang, hari ini.

Noh berkata, setakat ini hanya 21 watikah pencalonan diterima pada Majlis Penyerahan Watikah Calon Parlimen BN Selangor yang diadakan di semalam.

"Watikah pelantikan calon bagi Tanjong Karang masih belum peroleh dan saya hanya mengetahui bahawa Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu menerusi media sosial.

"Sebab kenapa saya tidak dicalonkan di Tanjong Karang, kalau nak tahu..datang ke Tanjong Karang, esok (hari ini).

"Saya kena jelaskan perkara ini kepada pengundi-pengundi saya," katanya selepas majlis penyerahan watikah calon BN di ibu pejabat UMNO Selangor, di sini, malam tadi.

Noh berkata, sebelum penamaan calon dibuat, beliau ada berjumpa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan membawa 84 usul daripada cawangan Tanjong Karang yang meminta pucuk pimpinan mengekalkan namanya di Parlimen berkenaan.

"Presiden bagi tahu akan panggil saya semula untuk berbincang mengenai Parlimen Tanjong Karang dan hari ini (semalam) saya menunggu panggilan daripada pagi, malah turut menghantar pesanan WhatsApp kepadanya tetapi tiada respon, mungkin Presiden 'busy'," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sasaran kerusi yang ingin dimenangi di negeri ini, Noh berkata, jika BN Selangor memenangi 10 kerusi, ia sudah cukup membanggakan.

Katanya, komposisi calon parti itu pada PRU kali ini terdiri daripada 10 calon UMNO, lapan calon MCA, tiga calon MIC serta seorang calon Friends of BN iaitu Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Beliau berkata, 22 calon yang dipilih juga terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan termasuk tokoh muda dan calon popular.

"Barisan calon-calon yang akan bertanding pada Parlimen terdiri daripada pelbagai lapisan kepimpinan dan bukan penyandang kerusi.

"Ada yang memang terkenal dan muka baharu seperti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Kewangan yang akan bertanding di Kuala Selangor, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh dan tokoh popular di media sosial yang akan bertanding di Shah Alam iaitu Hizatul Isham Abdul Jalil.

"Saya harap gabungan ini dapat berikan gambaran serta persepsi pada rakyat Selangor bahawa BN sedang membuat perubahan untuk pastikan 22 kawasan di negeri ini dapat dimenangi," katanya.


2. Shahidan dan Ismail guna tiket PN pertahan Arau, Maran 

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (depan, kiri) mengangkat tangan Datuk Seri Shahidan Kassim yang diumumkan akan bertanding di Parlimen Arau atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pengisytiharan Calon PN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di Rusila di Marang, malam ini. - Foto BERNAMA

TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan oleh Barisan Nasional (BN) akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah, diumumkan akan bertanding atas tiket PN bagi mempertahankan kerusi oleh Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang turut digugurkan BN, turut diumumkan mewakili PN bertanding mempertahankan kerusi itu.

Shahidan ketika berucap selepas namanya diumumkan bertanding atas tiket PN di Parlimen Arau, berkata beliau memilih untuk bersama PN dibuat selepas nama 'calon boleh menang' yang dicadangkan kepada UMNO pusat tidak dipedulikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau mendakwa, Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk, bersikap tidak jujur dan menipu apabila mengubah namanya daripada bertanding tanpa mengikut keputusan Top-5.

"Nama saya sudah diserahkan kepada Top-5, tetapi Ahmad Zahid gagal mengikut keputusan dan penipu apabila mengubah senarai calon yang sudah diputuskan Top-5," katanya pada Majlis Ceramah Perdana sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15, di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam ini.

Yang turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Datuk Ser Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Datuk Husain Awang dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Senator Datuk Razali Idris serta kira-kira 10,000 ahli PN daripada seluruh negeri.

Bagaimanapun, Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tidak hadir pada majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata gerakan perpaduan ummah perlu dan akan terus dilaksanakan.

"Bagi memastikan kemenangan PN, kita akan gempur Parlimen Arau secara habis-habisan.

"Terima kasih kepada seluruh pimpinan PN termasuk Abdul Hadi kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Arau," katanya sambil berseloroh terpaksa bergegas pulang ke Arau untuk mengisi borang pencalonan selepas menerima watikah sebagai calon PN.

Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. - Foto fail NSTP

....

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Noh Omar Tanjong Karang hari ini. Shahidan & Ismail, Arau & Maran.

Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar. Terkebil-kebilkah BN?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails