Saturday, November 05, 2022

Penamaan calon, Wan Azizah tercicir k/p, & PH hilang DUN Kemayan.

 

Dr Wan Azizah (tengah) berarak bersama penyokong menuju ke Pusat Penamaan Calon Parlimen P124 Bandar Tun Razak di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Foto Bernama

1. PRU15: Wan Azizah tercicir kad pengenal ketika berarak

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tercicir kad pengenalan ketika berarak ke pusat penamaan calon di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini.

"Saya dah selitkan IC (kad pengenalan) dalam pas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ini tapi itulah tadi tercicir masa perarakan, mujurlah saya dapat balik. Penting ni!" kata calon Pakatan Harapan (PH) itu kepada pemberita selepas proses penamaan calon P124 Parlimen Bandar Tun Razak.

Kad pengenalan Wan Azizah yang berjaya ditemukan seorang penyokongnya ternyata memberi kelegaan kepada kira-kira 200 penyokong Pengerusi Penasihat PKR itu ketika beliau memasuki pekarangan pusat penamaan calon itu.

Parlimen Bandar Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Wan Azizah, penyandang kerusi Datuk Kamarudin Jaffar (Perikatan Nasional) dan Ketua MCA Tun Razak Datuk Chew Yin Keen (Barisan Nasional).

Seramai 119,185 pemilih layak mengundi di Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU15.

SPR menetapkan 19 November sebagai hari pengundian dan 15 Nov bagi pengundian awal. – BERNAMA


2. PH hilang kerusi di DUN Kemayan, borang penamaan calon ditolak SPR 

Calon Pakatan Harapan, Manolan Mohamad (tiga kanan) membuat rayuan selepas borang pencalonannya bagi DUN Kemayan ditolak ketika proses penamaan di Pusat Penamaan Calon P.090 Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera sempena Pilihanraya Umum ke-15. - Foto HAIRUL ANUAR RAHIM

BERA: Pakatan Harapan (PH) hilang satu kerusi selepas borang penamaan calonnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Penolakan borang pencalonan Manolan Mohamad diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif ketika mengumumkan senarai akhir calon yang bertanding bagi kerusi DUN berkenaan.

Susulan daripada penolakan itu, DUN Kemayan dalam Parlimen Bera menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Khaizulnizam Mohamad Zuldin dengan Shapuan Hussin (PN).

Punca penolakan borang pencalonan itu akan dimaklumkan kelak oleh SPR Pahang. DUN Kemayan sebelum ini dimenangi Mohd Fadil Osman dari BN dengan majoriti 4,618 undi.

Sekian. (IH)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails