Wednesday, November 02, 2022

12 negeri diramal ribut petir hari penamaan calon..

 


Tangkap layar laman web MetMalaysia pada Selasa.

1. PRU15: 12 negeri diramal ribut petir hari penamaan calon

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di semua kawasan Parlimen 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sebelah petang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Menurut paparan laman web MetMalaysia pada Selasa, negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak.
Bagaimanapun pada sebelah pagi di kawasan berkenaan diramalkan cuaca cerah selain di beberapa Parlimen di negeri Pantai Timur, Utara dan Sabah.
Kebanyakan kawasan di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak pula diramalkan hujan pada waktu pagi.
Selain itu, cuaca di Parlimen Putrajaya cerah pada waktu petang pada hari sama. -- Sinar Harian
2. Projek penstabilan tebing Sungai Kelantan Kampung Pohon Celagi siap Disember 
Runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi berlaku pada 17 Feb tahun lepas menyebabkan lima rumah musnah. - Gambar fail
KOTA BHARU: Projek Penstabilan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, dekat sini, dijangka siap sepenuhnya 12 Dis depan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata projek tersebut telah mencapai 96.8 peratus kemajuan fizikal pembaikan tebing dengan skop kerja merangkumi penambakan batu dan pasir, pembinaan rumah pam baharu, pembinaan tembok dan longkang baharu.
"Sebelum ini, tebing Sungai Kelantan runtuh sepanjang 100 meter sehingga menyebabkan beberapa rumah rosak teruk dan 15 keluarga terpaksa dipindahkan.
"Sekiranya tidak diperbaiki menjelang musim tengkujuh nanti, hakisan tebing dan banjir lebih teruk akan melanda banyak kawasan sekitar Pasir Mas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berharap projek itu berjalan lancar dan dapat disiapkan dengan baik demi kepentingan rakyat.
Runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi berlaku pada 17 Feb tahun lepas menyebabkan lima rumah musnah.
-- BERNAMA
3. Tebing sungai runtuh: Rumah pusaka hanya tinggal kenangan buat Wan Khadijah 
Wanita berusia 77 tahun itu merupakan pemilik kediaman pertama yang musnah dalam kejadian tebing runtuh di Sungai Kelantan berhampiran Dataran Air Muleh dekat kampung berkenaan.
4. KASA peruntuk RM100,000 elak hakisan tanah lebih serius di Kampung Pohon Celagi 
Wang bantuan awal itu digunakan untuk membeli kanvas kalis air bagi menutup sepanjang 200 meter tebing sungai yang telah runtuh di lokasi kejadian.

5. Lebih 50 penduduk dipindahkan dalam insiden tanah runtuh di Pasir Mas 
Proses pemindahan penduduk melibatkan 50 penghuni daripada 20 keluarga bermula 5.30 pagi. Dua PPS dibuka.

Sekian. (IH)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails