Sunday, November 06, 2022

Luar biasa! Rakyat terima PN, Presiden PAS, & Bukan Melayu..

 

Suasana perarakan calon PERIKATAN NASIONAL bagi parlimen Sik, semalam.

1. Penerimaan rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL luar biasa

ALOR SETAR: Pengalaman dilalui bersama rakan-rakan parti komponen PERIKATAN NASIONAL (PN) dilihat mampu memberi kelebihan kepada gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini.

Pengerusi PN Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun PN pertama kali menyertai PRU, namun PAS dianggap sebagai ‘otai’ kerana melalui banyak pengalaman pilihan raya.

Katanya, begitu juga rakan-rakan komponen lain ada pengalaman menghadapi PRU sebelum ini.

“Malah PN lebih stabil berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), dan ini memberi kelebihan kepada PN,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam masa yang sama, beliau turut bersyukur kerana proses penamaan calon PN di semua 15 parlimen di Kedah berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan di setiap tempat.

Semalam, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mengiringi calon PN Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Perarakan calon bermula dengan solat hajat di Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Pekan Sik sebelum berarak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah, Sik.

Menurutnya juga penerimaan rakyat terhadap PN agak luar biasa dan mengejutkan biar pun BN dan PH memberi saingan sengit di beberapa parlimen.

“Pengundi tegar tidak berubah dan akan menjadi faktor kemenangan, sementara pengundi kali pertama dan pengundi atas pagar akan membantu calon membuat kejutan,” tambah beliau.

Sementara beliau tidak menolak apabila berlaku pertandingan lebih tiga penjuru akan memberi kesan kepada jumlah pengundian.

“Secara dasar pertandingan dua penjuru yang terbaik bagi PN dan BN. Parti-parti lain akan beri kesan berdasar asal usul parti tersebut,” katanya.

Bagaimanapun baginya dalam apa juga keadaan PN dilihat mempunyai peluang lebih cerah.

Parlimen Sik menyaksikan penyandang Ahmad Tarmizi dicabar Maizatulakmam Othman (BN) dan Datuk Latipah Md Yatim (PH). Pada PRU14 beliau menang dengan majoriti 5,218 undi. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

2. Ribuan penyokong iringi Presiden PAS 

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi calon, mewakili PERIKATAN NASIONAL dalam PRU-15 di Marang bagi kali kelapan.

Ribuan penyokong PAS mengirinya beliau bersama pimpinan PAS Kawasan yang diketuai oleh Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Rhu Rendang Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diapit oleh Speaker Dun Terengganu, Dato’ Yahaya Ali.

Dato’ Dr Samsuri sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Marang merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir bersama Bendahari PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, yang juga Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri sekaligus Adun Bukit Payong.

Turut sama dalam perarakan, Exco Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman iaitu Adun Alor Limbat, bersama Adun Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat, Hussin Ismail.

Semua berhimpun seawal 7 pagi di Masjid Kijing, Marang yang terletak kira-kira 800 meter dari pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang.

Dimulai dengan solat hajat, doa munajat berjemaah, semua penyokong berjalan mengiringi Presiden PAS sehingga ke pusat penamaan calon, disertai zikir dan selawat sepanjang perjalanan dan waktu menunggu.

Semua borang calon diterima SPR, dengan didahului oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Jasmira Othman dari BN, Azhar Ab Shukur mewakili PAN dan Zarawi Sulong, menjadi pertaruhan Pejuang.

Kesediaan Presiden untuk turun sekali lagi ke medan dilihat sebagai semangat beliau yang tidak pernah luntur demi Islam.

Beliau dilihat sebagai tonggak bagi perpaduan Melayu Islam, tidak pernah putus asa untuk membawa agenda itu walau diserang segenap penjuru. – HARAKAHDAILY 5/11/2022

3. Calon bukan-Melayu yakini kebaikan, integriti PAS 

TELUK INTAN: PAS adalah sebuah parti yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan terbukti memiliki integriti tinggi serta dilihat ikhlas memperjuangkan pembelaan hak rakyat dan kepentingan negara.

Calon PERIKATAN NASIONAL N.55 DUN Pasir Bedamar, Suria Nayaranan memperakui demikian menyifatkan faktor beliau dan kaum bukan-Melayu tertarik untuk bersama dengan parti Islam itu.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Perak telah diberi kepercayaan oleh PAS untuk bertanding di kerusi tersebut dengan sokongan padu Jentera PAS Kawasan Teluk Intan.

“Saya lihat tak ada parti sebaik PAS yang tak ada rasuah, ahlinya sentiasa berdisiplin patuh kepada parti,” ujar beliau kagum dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan serta tadbir urus baik ditunjukkan PAS.

Beliau turut menyatakan keazamannya untuk menyampai mesej PN pada PRU15 kali ini yang membawa slogan Bersih dan Stabil atau BEST kepada pengundi di DUN Pasir Bedamar khasnya dan Parlimen Teluk Intan amnya.

“Saya mahu menyampaikan mesej ‘Bersih dan Stabil’ dibawa PN kepada pengundi-pengundi di Teluk Intan. Ia telah terbukti sepanjang PN memerintah walaupun masa pandemik COVID-19, pentadbiran Kerajaan PN berjalan baik.

“Saya akan bekerja keras bersama Jentera PN bagi memastikan rakyat mengundi PN,” ujarnya melafaz janji dan kesungguhan bagi memastikan kejayaan PN. – HARAKAHDAILY 5/11/2022  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Luar biasa! Rakyat terima PN, Presiden PAS, & Bukan Melayu..

Sudah nampak tanda-tanda kemenangan, insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Jom pilih parti yg tidak tolerate dgn rasuah.
Tolak parti yg ramai kluster mahkamah.
Tolak parti yg materialisme.
Tolak parti yg liberal.
Tolak parti yg bawa faham komunis.

JOM TOLAK RASUAH DAN TIDAK GADAI AQIDAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails