Thursday, November 10, 2022

BN, PH di kerusi tumpuan Perak.. & Calon profesional muda PAS

 


1. Laluan BN, PH di kerusi tumpuan Perak masih di persimpangan

Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi tumpuan utama seluruh rakyat, terutama apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun lebih awal.

Beliau dijangka mempunyai kelebihan tinggi berbanding pencabar lain atas pertimbangan kepemimpinan dan iltizam politik. Selain Anwar, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mempertahankan kerusi daripada Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH) dan Muhammad Faiz Na'aman daripada Perikatan Nasional (PN) di Bagan Datuk.

Setiausaha BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan bersaing sengit dengan penyandang kerusi di Parlimen Lumut, Dr Hatta Ramli.

Selain nama besar itu, PRU15 juga menyaksikan beberapa nama besar dipertaruhkan untuk berentap di negeri ini. Calonnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi BN di Parlimen Gerik dan Nik Omar Nik Abdul Aziz diletakkan PH di Parlimen Pasir Salak.

Pada umumnya, pertembungan beberapa politik gabungan di Perak menimbulkan kekeliruan dari segi pilihan rasional kepada pemilih pada PRU15 yang jarang disaksikan pada PRU sebelum ini.

BN walaupun dijangka mempunyai kelebihan dari segi sokongan akar umbi, terutama pengundi Melayu di Parlimen Gerik, ketidakpuasan menjelang penamaan calon sedikit sebanyak boleh mempengaruhi peralihan sokongan pengundi baharu dan sedia ada kepada PH atau PN.

PH menerusi DAP cuba memanfaatkan peluang sokongan penuh pengundi boleh diperoleh daripada pengundi Cina, India dan lain-lain dengan meletakkan Ahmad Tarmizi Jam sebagai calon.

Parlimen Gerik dalam senarionya memberikan laluan sukar kepada semua politik gabungan, tetapi dengan percaturan politik dibuat PH, ia bakal memberikan tentangan hebat kepada PN dan BN hingga menjelang hari pengundian.

Bagi pertembungan tiga penjuru antara BN, PH dan PN di Lenggong, ia bakal menyaksikan laluan penyandang tampak mudah. Lebih-lebih lagi Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah kekal dilihat ikon kubu kuat di Parlimen berkenaan.

Perebutan getir kerusi Parlimen Larut

Parlimen Larut pula berhadapan perebutan getir antara BN dan PN dengan kerusi ini pernah dimenangi dengan majoriti kurang selesa tetapi meyakinkan penyandangnya, iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk mengekalkan kerusinya.

Calon BN dipertanggungjawab bagi menggempur Hamzah, iaitu Mohd Shafiq Fhadly Mahmud dijangka boleh 'menarik nafas lega' dengan kekuatan jentera BN dan sokongan akar umbi sedia ada, manakala calon PH dan Gerakan Tanah Air (GTA) bakal berhadapan kesukaran tinggi jika jumlah pemilih keluar mengundi kekal seperti pola PRU14.

Parlimen Parit Buntar mempertaruhkan pengundi dengan empat politik gabungan berbeza. Namun, penyandangnya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berada dalam kedudukan di hadapan berbanding pencabar daripada PN. Apatah lagi, keputusan kes mahkamah berhubung Tabung Haji (TH) turut memberikan kemenangan moral kepada penyokong dan pengundi setempat yang mengikuti perkembangan isu ini.

Bagaimanapun, calon PN, Mohd Misbahul Munir Masduki mempunyai kelebihan sokongan akar umbi dan berupaya mengubah corak pengundian jika bijak memanfaatkan kempen serta manifesto dilancarkan kepada pengundi luar bandar di Parit Buntar.

Sementara itu, BN akan cuba memberi saingan hebat kepada penyandang kerusi khususnya dengan kekuatan dari segi isu keterangkuman bandar-luar bandar dan ekonomi B40 yang dekat dengan sokongan akar umbi. GTA pula berhadapan kesukaran tinggi dalam bertembung dengan budaya politik penduduk setempat.

Bagan Serai menyediakan pengundi dengan empat penjuru politik gabungan termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, dipertaruhkan kelebihannya untuk menawan Parlimen itu daripada BN.

PH meletakkan calon wanita, Siti Aishah Shaik Ismail bakal memberi saingan sengit kepada dua calon baharu dalam pertandingan kali ini. Dua faktornya, pertambahan pengundi muda dan pengundi sedia ada daripada sokongan akar umbi boleh merancakkan lagi pertembungan empat penjuru ini.

Berdasarkan PRU14, biarpun PH dan PAS tewas di Bukit Gantang dengan majoriti mudah, kemenangan BN dalam edisi lepas perlu direnung semula dari segi sifir, faktor dan cabaran politik hari ini. Lebih-lebih lagi PH dengan pertambahan jumlah pengundi berumur 18 tahun dan 21 hingga 29 tahun sekitar 25,388 orang sebenarnya berupaya memberi saingan sengit.

Ipoh Timur dan Ipoh Barat masing-masing diwakili Howard Lee Chuan How dan M Kulasegaran daripada PH, mungkin tidak berhadapan masalah besar mempertahankan kubu kuat terbabit.

Kedua-duanya mendapat kekuatan dari segi sokongan pengundi pelbagai lapis bangsa, terbuka, majoriti undi lepas besar, tingkah laku pengundi dijangka dan ketekalan dalam juang isu ekonomi.

Begitu juga V Sivakumar di Parlimen Batu Gajah; Ngeh Koo Ham (Beruas); Chong Zemin (Kampar); Tan Kar Hing menggantikan penyandang sebelumnya, Dr Lee Boon Chye (Gopeng) dan Nga Kor Ming (Teluk Intan) mempunyai laluan mungkin kurang sukar. Bagaimanapun, Chang Lih Kang di Tanjung Malim berhadapan cabaran dengan calon yang juga perlu direnung semula dari segi pertambahan pengundi baharu dan sedia ada yang belum pernah turun mengundi sebelum ini.

Kelebihan BN di Kuala Kangsar

Parlimen Kuala Kangsar menampilkan PN dan GTA tidak akan memberi laluan mudah kepada persaingan sengit antara PH dengan BN. Namun, untuk calon BN mengekalkan kerusi ini kepada penyandang baharu, Maslin Sham Razman, beliau juga antara individu berpengalaman dengan iltizam komuniti setempat.

Kerusi ini walaupun sengit, kelebihan dimiliki BN lebih besar berbanding PH. Namun, ia juga bergantung jumlah keluar mengundi. Jika ditinjau pada sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU14, jumlah pengundi di Parlimen ini berada pada tahap sederhana baik.

Di Parlimen Parit, BN tidak berhadapan kesukaran luar biasa mengekalkan penyandang kerusi, Datuk Mohd Nizar Zakaria tetapi di Pasir Salak, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali Azwan Bro yang juga muka baharu ditampilkan BN akan diuji figura tidak kurang hebat, iaitu Nik Omar.

Kelebihan dimiliki Azwan Bro adalah sebagai calon setempat tetapi dalam keadaan tokoh prolifik luar diletakkan mewakili PH, ia bakal membuka pintu persaingan sengit kepada pesaing lain. Kebarangkalian sama akan berlaku dalam pertandingan merebut kerusi di Tapah antara BN diwakili Datuk Seri M Saravanan dan K Saraswathy (PH).

Ringkasnya, ada beberapa kerusi Parlimen di Perak masih berada di persimpangan membawa kedudukan sengit, terutama BN dan PH. Kedudukan ini boleh diubah jika pengundi baharu serta yang belum pernah turun mengundi diberi kesedaran mengundi.

Apapun, kita memerlukan kempen matang, tidak menyerang peribadi dan fokus kepada manifesto seperti dilancarkan untuk menarik sokongan dan menyeru pengundi keluar memberikan undi.

Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan NaratifMalaysia (NARATIF)&Felo Penyelidik Institut KajianMalaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 

(BH)


2. Latar belakang pendidikan – Calon profesional muda PAS

KEJAYAAN sesebuah negara bertitik tolak daripada keupayaan pemimpinnya melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. 

Ini bermakna, pemimpin negara khususnya Ahli Parlimen haruslah mempunyai sikap profesional, berilmu, dan berintegriti.

PAS melalui PERIKATAN NASIONAL (PN) mempersembahkan calon-calon profesional dan muda di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

1. Menerima pengiktirafan Institusi Pengajian Tinggi.

Saudara Syahir Sulaiman (P.025 Bachok) pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kelas Pertama) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2006). Beliau menerima tiga anugerah ketika beliau masih belajar di UIAM iaitu:

– Anugerah Rektor UIAM. – Anugerah Pelajar Terbaik Kuliyyah Ekonomi. – Anugerah Khas Unvar Rahman (Ko-kurikulum).

2. Mempunyai kelayakan profesional.

Saudara Farique Zubir (P.100 Pandan) adalah seorang ahli berdaftar di Institut Akauntan Malaysia (MIA), semenjak tahun 2014 dan juga ahli Akauntan Profesional Bertauliah Asean (ASEAN CPA), semenjak tahun 2019.

Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

3. Pengiktirafan luar negara.

Saudara Nazrul (P.102 Bangi) dilantik sebagai Delegasi Malaysia ke International Youth Leadership Programme to United Kingdom, British High Comission (2020).

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (Dengan Kepujian) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

4. Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD).

Bukan calang-calang Muslimah muda, Ustazah Dr. Siti Mastura Mohamad berjaya menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) semasa usianya 32 tahun.

5. Melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.

Dalam kesibukan dengan tanggungjawab yang banyak, dua calon ini tidak melepaskan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat PhD. 

– Ustaz Fadhli Shaari sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat PhD, di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pengurusan.

– Ustaz Rif’aat pula melanjutkan pelajaran dalam pengajian Doktor Falsafah, di Universiti Utara Malaysia (UUM).

6. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar Mesir.

Enam orang dalam kalangan calon profesional muda PAS mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar Mesir.

– Ustaz Afnan Hamimi (P.009 Alor Setar), Sarjana Muda Usuluddin.

– Ustaz Amin, (P.007 Padang Terap) Sarjana Muda Kepujian, Usuluddin dan Dakwah.

– Ustaz Fadhli Shaari (P.022 Pasir Mas), Sarjana Muda Dakwah Islamiah.

– Ustaz Fawwaz Mat Jan (P.044 Permatang Pauh), Sarjana Muda Bahasa Arab.

– Ustaz Rif’aat (P.055 Lenggong), Ijazah Sarjana Muda.

– Muslimat muda, Ustazah Dr. Siti Mastura (P.041 Kepala Batas) juga mempunyai kelulusan Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar Mesir.

7. Pelbagai bidang pengajian.

– Saudara Hamdan Sani (P.201 Batang Lupar) mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi di UiTM Shah Alam.

– Ustaz Aire Roslan (P.084 Paya Besar) mempunyai kelulusan dalam bidang Pengurusan Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

– Saudara Wan Razali (P.083 Kuantan) mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan di Open University Malaysia (OUM).

– Satu-satunya wakil Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) saudara Steven (P.045 Bukit Mertajam) mempunyai Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

BESTkan latar belakang pendidikan mereka.

Admin nak tahulah, ada tak yang membaca ni sama Universiti dengan calon-calon profesional muda kita?

JABATAN PROFESIONAL MUDA DPPM – JPRO – HARAKAHDAILY 9/11/2022 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN, PH di kerusi tumpuan Perak masih di persimpangan.. & Calon profesional muda PAS. 

PAS melalui PN mempersembahkan calon-calon profesional dan muda di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini, demi kepentingan politik, Islam dan pembangunan masa depan negara.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Unknown said...

Tukar kepada kerajaan yg lebih baik

Anonymous said...

Pilihlah PN.

Anonymous said...

Hati hati dengan komunis dapig.

Anonymous said...

Dulu pee hancing fitnah 90 juta. Sekarang fitnah 2 billion. Dua fitnah ni jer dah super mega. So tolak pee hancing.

Ayuh sokong PN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails