Monday, September 05, 2022

Punca X menang p/raya.. & Anak muda-wanita, Sabah-Sarawak

 


1. Tiada thiqah dan wala’ punca tidak menang pilihan raya

ALOR SETAR: PAS masih tidak mencapai kemenangan di kerusi-kerusi tertentu kerana wujudnya ahli yang tidak thiqah dan wala’ kepada pimpinan, demikian kata Perwakilan PAS Johor, Dr Karim Deraman. 

Menurut beliau, walaupun pimpinan menentukan strategi dan mengenengahkan calon boleh menang, tetapi sikap itu membawa kepada tindakan sebaliknya apabila ahli yang seperti itu tidak mengundi calon sendiri. 

Akibatnya ujar beliau, dalam konteks PRN Johor baru-baru ini, PAS hanya menang satu kerusi daripada sekurang-kurangnya dua kerusi DUN boleh dicapai kemenangan ketika itu. 

“Oleh kerana sikap ahli-ahli kita yang tidak tsiqah kepada pimpinan, tidak wala’ kepada pimpinan, bila pimpinan dah putuskan calonnya ini, ada di kalangan ahli-ahli kita yang tidak mengundi ahli kita.  

“Ataupun tidak mengundi parti yang telah diputuskan oleh pimpinan yang kita ada calon di situ ialah daripada BERSATU. Ini khususnya di Johor. Saya tak tahu mungkin di Melaka,” ujarnya. 

Beliau membahas Ucapan Dasar Presiden PAS pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Dewan Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, di sini sebentar tadi. 

Kata beliau, ahli-ahli PAS di negeri Selatan yakni Johor, Melaka dan Negeri Sembilan tidak ramai, oleh itu beliau berharap agar pimpinan PAS lebih kerap turun untuk memberi suntikan bergerak kerja. 

Menurut Dr Karim lagi, pada PRU15 nanti, PAS Johor akan bertanding beberapa kerusi Parlimen dan bertekad mencipta kemenangan Parlimen sulung di negeri itu. 

“Jadi kita minta pimpinan daripada Pusat, turun juga ke Johor seterusnya kalau turun ke Johor, tolonglah selesaikan masalah kita dengan Kerajaan UMNO. Kita dah hantar surat ataupun untuk buat appointment, untuk pertemuan, tapi tak dilayan. 

“Jadi kita mintalah kalau boleh Menteri-menteri kita, Timbalan Menteri, atas kapasitinya sebagai Kerajaan Pusat turun ke Johor. Dalam apa-apa aktiviti yang ada,” rayu beliau. 

Turut dikemukakannya adalah selain calon boleh menang, PAS juga perlukan formula boleh menang iaitulah bersama dengan parti-parti lain sebagaimana dalam Perikatan Nasional ketika ini. – HARAKAHDAILY 4/9/2022


2. Beri perhatian isu anak muda, wanita, Sabah dan Sarawak  

ALOR SETAR: PAS mesti menjadikan isu anak muda dan wanita sebagai keutamaan, selain penting memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak, demikian kata Perwakilan Muslimat PAS, Dr Siti Mastura Muhammad. 

Bentangnya, isu pengangkutan awam penting untuk mendekati anak muda, selari dengan kenderaan berdaftar di negara ini sebanyak 33 juta iaitu tertinggi di Asia Tenggara. 

Menurut beliau, sistem pengangkutan yang sistematik dan efisien mesti diadakan, selain membatalkan rekod CCRIS untuk anak muda disebabkan isu Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

“Ini bagi memudahkan hidup anak-anak muda sebagai permulaan hidup dan yang kedua kita melihat langkah ini oleh tabung-tabung pinjaman pendidikan negeri. Dan yang ketiga kita melihat berkenaan dengan isu pendidikan.  

“Di mana data meletakkan tujuh puluh lima peratus pelajar lepasan SPM tidak meneruskan untuk sesi pembelajaran. Lebih memilih untuk menjadi content creator, lebih memilih untuk menjadi influencer yang terkenal tanpa ada pendidikan.  

“Jadi kita melihat kepada perkara ini, belajar sambil bekerja kan? Satu inisiatif yang penting untuk kita lihat kepada anak muda supaya mereka tak tercicir sebagai modal insan dan generasi bakal mencorakkan negara,” ujarnya. 

Beliau bercakap demikian membahas Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-68 di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah, di sini sebentar tadi. 

Beritahunya, Muslimat PAS ada mewujudkan akademi pendidikan tinggi, selain berfokus kepada isu-isu wanita antaranya caruman khas KWSP untuk suri rumah dan juga Akta Antigangguan Seksual. 

Perkara tersebut menurutnya, memberi imej dan reputasi kepada kerajaan kini, selain banyak mengubah kehidupan suri rumah dan mangsa keganasan rumah tangga. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails