Tuesday, September 06, 2022

Penyihir Rusia sukar sihir Muslim.. & Anak muda, PAS, UMNO, Anwar.

 

Ahli sihir Rusia, Zhanna Khushnir muncul dalam video tular terkini menceritakan pengalamannya dalam menghadapi golongan umat Islam. (FOTO askara.co)

1. Penyihir Rusia sukar sihir Muslim yang jaga solat.

MOSCOW: Tular sebuah video di Twitter mengenai seorang penyihir atau ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara yang mengakui dirinya sukar untuk menyihir Muslim yang menjaga solat.

Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi Muslim berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, umat Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.

“Mereka (Muslim) sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka. 

“Ini kerana umat Islam sentiasa menghadap Allah SWT dalam solat,” katanya. 

Mengulas lanjut, Kushnir berkata, ritual doa bukan satu gangguan seperti penganut Kristian yang hanya datang ke gereja ketika hidup mereka ditimpa kesusahan. 

Hal ini  menurutnya, berbeza dengan orang Islam yang beriman dan mempunyai hubungan yang utuh dengan Allah SWT. 

“‘Pelindung’ mereka (orang Islam) ialah Allah SWT yang melindungi mereka yang menyembahnya.

“Allah SWT sangat melindungi. Jadi, menyerang seorang Muslim yang taat apabila dia berpegang kepada agamanya adalah sangat sukar,” akui Kushnir.

Dalam Islam, khususnya terkandung dalam kitab suci al-Quran kaedah bagi mengelakkan sihir, salah satu caranya adalah  memohon perlindungan kepada Allah SWT dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. 

Dengan izin Allah SWT, insya-Allah, Allah SWT akan memberikan kesembuhan. Justeru, umat Islam  hendaklah yakin sebagaimana  Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud:  “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”. – HARAKAHDAILY 6/9/2022

2. Kempen PAS Pilihanku 4.0 diperhebat, sasar anak muda 

KUALA LUMPUR: Kempen PAS Pilihanku 4.0 menyasarkan untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya 50,000 ahli baharu bermula Julai sehingga Disember depan.

Pengarah kempen, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pihaknya menyasarkan golongan muda khususnya pengundi usia 18 tahun ke atas.

Sehubungan itu, ujarnya sekretariat Kempen PAS Pilihanku 4.0 akan memperhebatkan lagi kempen itu melalui gerak kerja di peringkat PAS kawasan-kawasan dan akan mengunakan hebahan di media sosial (Medsos) sebagai medium bagi menarik anak-anak muda menyertai PAS.

Menurutnya, PAS telahpun berjaya mencapai keahlian melebihi 1 juta orang seperti mana yang diumumkan oleh setiausaha agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-68 di Kompleks PAS Kedah, Ahad lalu.

Katanya, jumlah terkini ahli PAS di seluruh negara sehingga Ogos lalu adalah sebanyak 1,005,710 orang.

Tambahnya, sejumlah 7,322 orang ahli baharu PAS diluluskan bermula Julai dan 3,360 orang pada Ogos menerusi kempen tersebut.

“Kempen PAS Pilihanku 4.0 telah berjaya melonjakkan bilangan ahli berdaftar lebih 10,000 dalam masa dua bulan namun ia masih lagi jauh dari sasaran yang telah ditetapkan,” ujarnya dalam satu kenyataan. – HARAKAHDAILY 6/9/2022

3. Ironi: Umno kata PAS kejar harta, Anwar kata PAS mahu jawatan 


SESUNGGUHNYA dunia sudah terbalik. Nur Jazlan kata PAS yang ada hari ini cacamerba dan sibuk kejar harta dunia. 

Apakah Nur Jazlan mahu menutup keadaan Umno yang sedang cacamerba dan menutup kes-kes pendakwaan serta keputusan bersalah terhadap pimpinan Umno kerana penyelewengan dan rasuah?

Cacamerbanya Umno hari ini sehingga terpaksa dikumpulkan ahli Umno semata-mata untuk desak Perdana Menteri bubarkan Parlimen dan adakan PRU15. 

Bukankah Perdana Menteri itu merupakan pimpinan Umno? Nur Jazlan tak nampakkah betapa cacamerbanya Umno.

Tak malu ke Nur Jazlan kata PAS kejar harta dunia, sedangkan yang dijatuhkan hukuman bersalah kerana terlalu kejar harta dunia hingga sanggup ambil rasuah dan lakukan penyelewengan adalah daripada Umno. 

Umno yang terkejar-kejar harta duniawi, dicalit pula kepada PAS. Ironi sungguh. Jangan nak tarik PAS disamakan dengan Umno. Loya.

Begitu juga Anwar Ibrahim yang kata cita-cita PAS jadi King Maker kerana mahukan jawatan. PAS pula diperlihatkan seperti gilakan jawatan. 

Wahai Anwar, kenal tak anda dengan seorang sosok yang sejak tahun 1998 bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri. Sudah lebih 20 tahun dia dicalonkan sebagai Perdana Menteri (PM). 

Sebelum ini jadi calon PM ke-5, calon PM ke-6, calon PM ke-7 disailang Tun Mahathir. Tidak mengapa diangkat sebagai calon PM ke-8. Disailang lagi, PM ke-5 hingga PM ke-9 sekarang ini orang lain menjawatnya. 

Katanya PRU15, dia yang tak gila jawatan ini dicalonkan sebagai PM ke-10 pula. Anwar kenal tak siapa yang tak gila jawatan ini? 

Inilah ironinya dunia politik. Dia yang tergila-gilakan jawatan, dipalitkan PAS pula mahukan jawatan. Jangan diturunkan PAS setahap anda. Luga

Sedangkan dalam isu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kanan, walaupun PAS selayaknya mendapat tempat sebagai Menteri Kanan. 

Tapi Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno nyatakan PAS tidak pernah timbulkan isu ini dan tidak pula menuntut jawatan Menteri Kanan. 

Hari ini kita lihat, Anwar dan Nur Jazlan (Umno) menyerang PAS. Apakah mereka berdua masih mengenangkan ‘hubungan sulit’ di bawah khemah Jajaran Baharu yang tidak berhasil?

Ironi, si gilakan harta dunia dan si gilakan jawatan mengatakan orang lain pula gilakan harta dunia dan kejar jawatan. Dunia tipu-tipu, begitulah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 5/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyihir Rusia sukar sihir Muslim yang jaga solat. Ada beza antara solat dengan 'jaga solat'. Jaga solat ertinya menghayati solat sepanjang masa. Padanya, hanya AIIah saja yang Maha Besar lain semua kecil.

Agidah begitulah yang menjadi sasaran tarbiah kepada anak-anak muda dalam PAS. Insya Allah!



Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails