Tuesday, September 06, 2022

Liz Truss PM baharu UK bekukn.. Pakistan jadi tasik.

 


1. Liz Truss PM baharu UK: Bakal bekukan bil tenaga

LONDON: Liz Truss yang diumumkan sebagai Perdana Menteri United Kingdom dijangka bakal membekukan bil tenaga untuk rumah dan perniagaan di negara itu dalam masa beberapa hari ini.

Pakej sokongan untuk membekukan bil dijangka diumumkan menjelang Khamis (15 Sept) ini dan boleh menelan kos perbendaharaan mencecah £90 bilion, dan pelan yang sedang dipertimbangkan itu bakal menyaksikan kerajaan UK memberi subsidi kos tambahan gas borong yang dibeli oleh syarikat tenaga, menurut The Times.

Setakat ini, Truss belum mengumumkan tentang jenis pakej sokongan yang mungkin bakal diperkenalkannya, tetapi laporan mencadangkan beliau mungkin akan menampilkan kaedah pembekuan bil tenaga dalam beberapa bentuk.

Hari pertama Truss memegang jawatan berkenaan menyaksikan beliau menghadapi isu krisis kos sara hidup kerana rakyat Britain tidak sabar-sabar menanti pengumuman mengenai sokongan kewangan selanjutnya dalam menghadapi bil tenaga yang melambung tinggi.

Truss diumumkan sebagai PM baharu UK menggantikan Boris Johnson selepas menewaskan lawannya, Rishi Sunak dengan undian 81, 326 berbanding 60, 399 dalam pemilihan kepimpinan Tory.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Ahli Parlimen Konservatif 1922, Sir Graham Brady di Pusat Persidangan QEII di tengah London hari ini selepas beribu-ribu ahli parti Tory mengundi sebelum tarikh akhir pada hari Jumaat, lapor Manchester Evening News.

Truss akan diserahkan kunci pejabat Perdana Menteri Britain di Nombor 10 Downing Street pada hari ini, Selasa (6 September) selepas Boris Johnson secara rasmi menyerahkan peletakan jawatannya dalam pertemuan dengan Ratu Elizabeth di Istana Balmoral. 

Terdahulu, beliau yang menerima tepukan gemuruh ketika naik ke pentas untuk membuat ucapan kemenangan, mengucapkan terima kasih kepada ahli parti kerana meletakkan kepercayaan kepadanya untuk memimpin Parti Konservatif.

“Saya tahu itulah sebabnya anda semua mengundi kami dalam jumlah sedemikian pada 2019 dan sebagai ketua parti anda, saya berhasrat untuk menunaikan apa yang kami janjikan kepada pengundi itu di seluruh negara besar kami.  

“Boris (Johnson), anda telah menyelesaikan Brexit, anda menghancurkan Jeremy Corbyn, anda melancarkan vaksin dan anda menentang Vladimir Putin. Anda dikagumi dari Kyiv hingga Carlisle,” katanya sambil memuji Boris. 

Beliau mengakhiri ucapannya dengan janji untuk menyampaikan kemenangan besar  untuk partinya dalam masa dua tahun. 

“Kita semua akan melaksanakan tugasan penting untuk negara ini dan saya akan memastikan bahawa kita menggunakan semua kebolehan hebat semua ahli-ahli Parti Konservatif.

“Dan kami akan memberikan kemenangan besar untuk Parti Konservatif pada 2024,” katanya. 

Truss bakal menjadi perdana menteri UK keempat dalam tempoh lebih sedikit daripada enam tahun selepas  perolehan terpantas dalam penghuni baharu 10 Downing Street selama hampir satu abad. 

Pada usia 47 tahun, Truss kini mengambil alih pemerintahan daripada Johnson sebagai perdana menteri wanita ketiga dalam sejarah UK.

Pemilik nama Mary Elizabeth Truss yang dilahirkan pada 26 Julai 1975 ini merupakan seorang ahli politik British yang telah menjadi Ahli Parlimen (MP) untuk South West Norfolk sejak 2010.

Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha sejak 2021 dan Menteri untuk Wanita dan Persamaan sejak 2019.

Truss terkenal dengan pandangan libetarian tentang ekonomi dan perdagangan, yang mana beliau telah mengasaskan Kumpulan Ahli Parlimen Konservatif Free Enterprise, iaitu kumpulan pasaran bebas ahli parlimen yang memperjuangkan ekonomi yang lebihbercirikan keusahawanan dan lebih sedikit undang-undang pekerjaan.

Sebagai seorang ahli Parti Konservatif, beliau telah berpengalaman berkhidmat dalam pelbagai jawatan kabinet di bawah era kepimpinan Perdana Menteri David Cameron, Theresa May dan juga Boris Johnson.

Sedikit mengenai latar belakang peribadinya, beliau mengahwini akauntan, Hugh O’Leary pada 2000, dan mereka dikurniakan dua anak perempuan. – HARAKAHDAILY 6/9/2022

2. Pakistan jadi tasik selebar 100km 

Gambar yang dirakam dari udara pada 31 Ogos 2022, menunjukkan mangsa yang terjejas berlindung di kem sementara yang dikelilingi 'tasik' yang terbentuk angkara banjir di daerah Jaffarabad, wilayah Balochistan, Pakistan. (FOTO AFP/Getty Images)

ISLAMABAD: Banjir dahsyat dengan aliran deras di sesetengah kawasan yang telah menenggelami satu pertiga bumi Pakistan kini menjadikan negara itu sebuah tasik selebar kira-kira 100 kilometer.

Imej satelit baharu mendedahkan mala petaka banjir di Pakistan berpunca dari Sungai Indus yang melimpah telah menjadikan sebahagian daripada Wilayah Sindh menjadi tasik selebar 100 kilometer, lapor CNN

Banyak kawasan di Pakistan kini digenangi air banjir, selepas apa disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) angkara sebagai ‘monsun steroid’ yang membawa hujan paling lebat dan banjir besar, yang telah meragut 1,162 nyawa, mencederakan 3,554 orang, dan menjejaskan 33 juta rakyat Pakistan kehilangan tempat tinggal akibat dimusnahkan banjir sejak pertengahan Jun tahun ini.

Imej-imej baharu itu, yang dirakam pada 28 Ogos lepas daripada satelit MODIS NASA, menunjukkan gabungan hujan lebat dan limpahan Sungai Indus telah menenggelami sebahagian besar wilayah Sindh di selatan Pakistan. 

Pemandangan dari udara ini menunjukkan kawasan kediaman penduduk yang dinaiki air selepas hujan monsun lebat di wilayah Balochistan pada 29 Ogos 2022. (FOTO AFP)

Di tengah-tengah gambar satelit berkenaan, menunjukkan kawasan besar berwarna biru tua menandakan kawasan limpahan Sungai Indus yang telah membanjiri kawasan sekitar 100 kilometer lebar, mengubah ladang pertanian menjadi tasik pedalaman bersaiz gergasi.

Sementara, Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman berkata, satu pertiga negara itu kini berada digenangi air banjir yang kini menenggelamkan hampir seluruh Pakistan, lapor BBC.

“Banjir besar itu telah menghanyutkan jalan raya, rumah dan tanaman  meninggalkan jejak mala petaka yang membawa maut di seluruh Pakistan itu.

“Bumi Pakistan kini umpama lautan yang luas, tidak ada tanah kering untuk mengepam air keluar,” kata Rehman, menyebut mala petaka itu sebagai ‘krisis yang tidak pernah dapat dibayangkan akan terjadi’. 

Imej wilayah Sindh yang kini dipenuhi limpahan air banjir (berwarna biru tua), dirakam pada 28 Ogos daripada sensor satelit MODIS NASA.

Hujan monsun adalah yang paling lebat direkodkan dalam sedekad ini dan kerajaan Pakistan meletakkan punca mala petaka banjir kali ini adalah angkara perubahan iklim.

“Secara literal, satu pertiga daripada Pakistan dipenuhi air banjir sekarang ini, yang telah melebihi setiap sempadan negeri di negara ini.

“Kami tidak pernah melihat perkara seperti ini,” kata Rehman kepada agensi berita AFP.

Daripada jumlah yang diketahui telah terkorban, 75 orang adalah dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, ujar jurucakap kerajaan pada Isnin, sambil menambah bahawa jumlah kematian dijangka meningkat.

Bercakap kepada BBC, Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari pula berkata, satu pertiga daripada yang terkorban adalah golongan kanak-kanak. – HARAKAHDAILY 2/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam, tiap pemimpin bertanggung jawab ke atas kepimpinannya.

Lihat dalam sejarah Islam, kisah Umar dan keprihatinannya pada Rakyat Miskin

Pelajaran mana yang lebih baik daripada sebuah keteladanan? Terlebih dalam kondisi ketika banyak pemimpin negeri kita yang tak amanah. Namun tak selayaknya kita berputus asa, justru kita wajib berdoa. Semoga Allah kan hadirkan sosok pemimpin teladan seperti sejarah merekam Umar bin Khattab dan kepemimpinan beliau dalam kisah inspirasi berikut...

Krisis itu masih melanda Madinah. Korban sudah banyak berjatuhan. Jumlah orang-orang miskin terus bertambah. Khalifah Umar Bin Khatab yang merasa paling bertanggung jawab terhadap musibah itu, memerintahkan menyembelih hewan ternak untuk dibagi-bagikan pada penduduk.

Ketika tiba waktu makan, para petugas memilihkan untuk Umar bagian yang menjadi kegemarannya: punuk dan hati unta. Ini merupakan kegemaran Umar sebelum masuk islam. “Dari mana ini?” Tanya Umar.

“Dari hewan yang baru disembelih hari ini,” jawab mereka.

“Tidak! Tidak!” kata Umar seraya menjauhkan hidangan lezat itu dari hadapannya. “Saya akan menjadi pemimpin paling buruk seandainya saya memakan daging lezat ini dan meninggalkan tulang-tulangnya untuk rakyat.”

Kemudian Umar menyuruh salah seorang sahabatnya,” Angkatlah makanan ini, dan ambilkan saya roti dan minyak biasa!” Beberapa saat kemudian, Umar menyantap yang dimintanya.

Kisah yang dipaparkan Khalid Muhammad Khalid dalam bukunya ar-Rijal Haular Rasul itu menggambarkan betapa besar perhatian Umar terhadap rakyatnya. Peristiwa seperti itu bukan hanya terjadi sekali saja. Kisah tentang pertemuan Umar dengan seorang ibu bersama anaknya yang sedang menangis kelaparan, begitu akrab di telinga kita.

Ditengah nyenyaknya orang tidur. Ia berkeliling dan masuk sudut-sudut kota Madinah. Ketika bertemu seorang ibu dan anaknya yang sedang kelaparan, Umar sendiri yang pergi mengambil makanan. Ia sendiri juga yang memanggulnya, mengaduknya, memasaknya dan menghidangkannya untuk anak-anak itu.

Keltika kelaparan mencapai puncaknya Umar pernah disuguhi remukan roti yang dicampur samin. Umar memanggil seorang Badui dan mengajaknya makan bersama. Umar tidak menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum Badui itu melakukannya terlebih dahulu. Orang badui sepertinya sangat menikmati makanan itu. “Agaknya anda tidak pernah merasakan lemak?” Tanya Umar.

“Benar,” kata Badui itu. “Saya tidak pernah makan dengan samin atau minyak zaitun. Saya juga sudah lama tidak menyaksikan orang-orang memakannya sampai sekarang,” tambahnya.

Mendengar kata-kata Badui, Umar bersumpah tidak akan makan lemak sampai semua orang hidup seperti biasa. Ucapannya benar-benar dibuktikan. Kata-katanya diabadikan sampai saat itu, “Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenayangan, aku ingin orang terakhir yang menikmatinya.”

Padahal saat itu Umar bisa saja menggunakan fasilitas Negara. Kekayaan Irak dan Syam sudah berada ditangan kaum Muslimin. Tapi tidak. Umar lebih memilih makan bersama rakyatnya.

Pada kesempatan lain, Umar menerima hadiah makanan lezat dari Gubernur Azerbeijan, Utbah bin Farqad. Namun begitu mengetahui makanan itu biasanya disajikan untuk kalangan elit, Umar segera mengembalikannya. Kepada utusan yang mengantarkannya Umar berpesan, “Kenyangkanlah lebih dulu rakyat dengan makanan yang biasa anda makan.”

Sikap seperti itu tak hanya dimiliki Umar bin Khattab. Ketika mendengar dari Aisyah bahawa Madinah tengah dilanda kelaparan. Abdurrahman bin Auf yang baru pulang dari berniaga segera membagikan hartanya pada masyarakat yang sedang menderita. Semua hartanya dibagikan.

Ironisnya, sikap ini justru amat jauh dari para pejabat sekarang. Penderitaan demi penderitaan yang terus melanda bangsa ini, tak meyedarkan mereka. Naiknya harga keperluan pokok sebelum harga BBM naik dan meningkatnya jumlah orang-orang miskin, tak menggugah hati mereka. Bahkan, perilaku boros mereka kian marak.

Anggota Dewan yang ditunjuk rakyat sebagai wakil, justru banyak yang berleha-leha. Santai dan mencari aman. Pada saat yang sama, para pejabat yang juga dipilih langsung, tak pernah memikirkan rakyat. Yang ada dalam benak mereka , bagaimana dapat aman selama lima tahun ke depan.

Mereka yang dulu vocal mengkritik para pejabat korup dan zalim, justru kini diam. Ia takut kalau kursi yang saat ini didudukinya lepas. Sungguh jauh beda dengan Abu Dzar al-Ghifari, seorang sahabat Rasulullah saw. Ketika suatu saat dia cukup pedas mengkritik para pejabat di Madinah, Ustman bn Affan memindahnya ke Syam agar tak muncul konflik. Namun, ditempat inipun ia melakukan kritik tajam pada Muawiyah bin Abu Sufyan agar menyantuni fakir miskin.

Muawiyah pernah mengujinya dengan mengirimkan wang. Namun ketika esok harinya wang itu ingin diambilnya kembali, ternyata Abu Dzar telah membagikannya pada fakir miskin.

Sesungguhnya, negeri kita ini tidak miskin. Negari kita kaya. Bahkan teramat kaya. Tapi kerana tidak dikelola dengan baik, kita menjadi miskin. Negeri kita kaya, tapi kerana kekayaan itu hanya berada pada orang-orang tertentu saja, rakyat menjadi miskin. Kekayaan dimonopoli oleh para pejabat, anggota parlemen dan para pengusaha tamak.

Di tengah suara rintihan para pengemis dan orang-orang terlantar, kita menyaksikan para pejabat dan orang-orang berduit dengan ayik melancong ke berbagai negari. Mereka seolah tanpa dosa menghambur-hamburkan wang dengan membeli barang serba mewah.

Ditengah gubuk-gubuk reot penuh tambalan kardus bekas, kita menyaksikan gedung-gedung menjulang langit. Diantara maraknya tengadah tangan-tangan pengemis, mobil-mobil mewah dengan santainya berseleweran. Pemandangan kontras yang selalu memenuhi hari-hari kita.

Dimasa Umar bin Abdul Azis, umat islam pernah mengalami kejayaan. Kala itu sulit mencari mustahiq (penerima) zakat. Mereka merasa sudah mampu, bahkan harus mengeluarkan zakat. Mereka tidak terlalu kaya. Tapi, kekayaan dimasa itu tidak berkumpul pada orang-orang tertentu saja.

Disinilah peran zakat, infak dan shadaqah. Tak hanya untuk ‘membersihkan’ harta si kaya, tapi juga menuntaskan kemiskinan.

Jika ini tidak kita lakukan, kita belum menjadi mukmin sejati. Sebab, seorang Mukmin tentu takkan membiarkan tetanggana kelaparan. Rasulullah saw bersabda, “Tidak beriman seseorang yang dirinya kenyang, sementara tetangganya kelaparan.” (HR. Muslim)

Source : (Majalah Sabili no 7 Th XIII Judul Asli : "Prihatin pada Rakyat Miskin") diambil dari http://myquran.org/forum/index.php/topic,54692.msg1660153.html#msg1660153.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails