Thursday, September 08, 2022

Kit Siang mahu Melayu ubah... Gerakan Daulat

 


1. Kit Siang mahu Melayu ubah atau beliau yang perlu ubah?

MENARIK posting veteran DAP Lim Kit Siang dalam Facebooknya:

Adakah pemenjaraan Najib Razak akan menjadi titik perubahan untuk orang Melayu, yang membentuk kumpulan majoriti utama di Malaysia, untuk sedar bahawa kita semua perlu utamakan identiti Malaysia dan bukannya Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban untuk Malaysia berjaya sebagai negara hebat bertaraf dunia? “

Terbukti beliau masih taksub dengan gagasan Malaysian Malaysianya yang mahu meletakkan semua kaum setaraf dan sama rata tanpa ada keistimewaan apa sekalipun.

Inilah gagasan mendiang Lee Kuan Yew pengasas PAP Singapura yang diwarisi DAP apabila Singapura keluar dari Malaysia.

Memang tak syak lagi bahawa Malaysia yang kini ditadbir Kerajaan Keluarga Malaysia sejak dahulu lagi mengutamakan identiti Malaysia.

Kita lahirkan Rukunegara sebagai asas dan bukti kesatuan kita di tanah air tercinta.

Malaysia dihuni pelbagai kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain namun rakyat Malaysia yang pelbagai itu sedar (mungkin Kit Siang tidak setuju) bahawa pribumi atau penduduk asal bumi bertuah yang dahulu dikenali Tanah Melayu dan Borneo ini adalah orang-orang Melayu, orang Asli, Kadazan, Iban yang merupakan kaum Bumiputera.

Yang lain mengikut sejarah adalah pendatang yang sebahagian besarnya dibawa masuk oleh penjajah Inggeris. Ketika British berundur kaum Cina dan India mahu terus kekal bermastautin di sini. Mereka enggan kembali ke tanah asal.

Yang Kit Siang jarang sebut bahawa atas keterbukaan dan besarnya jiwa orang-orang Melayu Bumiputera yang majoriti inilah maka, kaum pendatang itu diterima tinggal di bumi bertuah kita dan dijadikan warganegara, berteduh dan mencari rezeki di tanah air warisan Melayu Bumiputera ini.

Di sana lahir kontrak sosial bahawa bangsa Malaysia yang baru ini mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, kedaulatan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan Melayu Bumiputera, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan lain-lain.

Kontrak ini dihormati sejak Merdeka hinggalah ke hari ini dengan semangat toleransi dan keharmonian.

Dalam pada itu kaum Cina dan India bebas mengamalkan adat-budaya dan bahasa asal mereka. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil bebas dibuka, perayaan budaya dan anutan mereka dirayakan secara terbuka dengan mendapat Cuti Umum.

Kit Siang tidak sebut kaum Cina dan India bebas berniaga dan terlibat dalam aktiviti ekonomi sehingga hari ini rata-rata yang berjaya dan jutawan adalah di kalangan mereka. Mereka tidak dikekang malah lebih mewah dari orang Melayu Bumiputera.

Malah mereka juga bebas berpolitik, mengundi dan diundi serta diangkat menjawat jawatan. Anak Kit Siang pernah jadi YAB Ketua Menteri, Menteri Kewangan, menantunya Ahli Dewan di Melaka, anak perempuannya Ahli Dewan Negara, dan bukankah Kit Siang sendiri seawal 1969 sudah menjadi wakil rakyat hingga kini, lupa?

Orang Melayu tidak perlukan nasihat Kit Siang malah Kit Siang yang sepatutnya dinasihatkan agar menghormati sejarah dan kontrak sosial yang kita junjung zaman berzaman. Malaysian Malaysia tidak cucuk dan sesuai biar ia terkubur bersama Kuan Yew di Singapura.

Jangan jadi batu api, pengadu-domba dan rasis yang ekstremis, jadilah pendamai biar semua dapat hidup sebagai Keluarga Malaysia yang hormat-menghormati dan berkasih sayang. Insya-Allah Malaysia berjaya dan hebat dalam acuannya sendiri.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 7/9/2022


2. Benteng penangkis ancaman terhadap perundangan Islam

KUALA LUMPUR: Kebimbangan terhadap ancaman kepada perundangan Islam di negara ini  telah melahirkan Gerakan Daulat sebagai suatu benteng penangkis yang utuh.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, Gerakan Daulat  merupakan satu petisyen yang menolak Doktrin Struktur Asas (BSD) yang dikemukakan kepada rakyat umum untuk disokong dan didokong oleh semua pihak bagi mempertahankan  Perlembagaan Persekutuan daripada ancaman doktrin luar yang boleh menganggu gugat perundangan Islam. 

“Gerakan Daulat  lahir susulan situasi yang memperlihatkan beberapa keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak berpihak kepada Islam, dikhuatiri wujud gerakan tersusun dan licik memanipulasi BSD yang dicedok dari luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Gerakan Daulat yang berlangsung  di ibu pejabat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 6 September 2022 bersamaan 9 Safar 144H dengan menampilkan agenda ‘Kedudukan Islam untuk Mendepani Ancaman’.

Mrenurut Mohd Zai, Gerakan Daulat bertitiktolak daripada satu pertemuan pada 9 Ogos 2022 di Putrajaya yang telah dihadiri  beberapa pimpinan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam, antaranya Gabungan NGO Ummah, Gabungan NGO MPM, Gabungan NGO Pembela, Gabungan NGO Demi Melayu dan Gabungan NGO daripada Macsa dan Centhra.

“Ssemasa pertemuan itu diadakan dianggarkan semua gabungan ini berjaya menghimpunkan 1,000 hadirin. Turut hadir ketika itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary,” katanya kepada HarakahDaily

Mohd Zai memberitahu bahawa, natijah daripada pertemuan ini adalah berkaitan kebimbangan pemimpin-pemimpin NGO tentang berlakunya ancaman kepada perundangan Islam di negara ini.

“Semasa perbincangan itu diadakan didapati semua pihak bersetuju agar satu gerakan rakyat umat Islam dapat disatukan bagi memperkasakan undang-undang di negara ini.

“Sehubungan itu, agenda memperkasakan undang-undang Islam diteruskan lagi pada 20 Ogos 2022  di Kuala Lumpur,” jelas beliau. 

Katanya, sidang meja bulat yang diadakan hampir separuh hari itu bersama tokoh-tokoh dan perwakilan NGO Islam yang dijemput hadir itu adalah membincangan dengan lebih kukuh lagi dan memfokuskan kepada isu-isu perundangan dan BSD  Perlembagaan Persekutuan serta kes pengislaman anak Puan Loh.

Para tokoh, NGO dan tokoh-tokoh individu (NGI) yang hadir pada persidangan tersebut telah  sebulat suara berikrar akan mempertahankan kedaulatan Islam di negara ini, dengan demikian, pelan tindakan akan digerakkan di segenap sudut.

“Antara NGI yang  dijemput hadir ialah Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu,  Prof Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan; Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah; dan Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Dato Paduka Prof. Dr. Supyan Hussin.

“Turut serta Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia, Dato Sri Haji Zakaria Bin Haji Jaffar; Pengerusi PERKIM, Wilayah Persekutuan, Dato Nakhaei Haji Ahmad; Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad; dan  Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang.

“Tidak ketinggalan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Roslan Mohd Nor; Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Hussin; dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM, Tun Hanif Omar. 

Melalui persidangan meja bulat itu, ujar Mohd Zai, kata sepakat telah diperolehi yang  mencadangkan Hanif dilantik sebagai Penasihat dalam melaksanakan tugas bersama-sama dengan NGI  yang lain.

“Maka dengan itu, satu jawatankuasa pelaksana kepada Gerakan Daulat telah dibentuk. Pada 30 Ogos 2022, satu mesyuarat jawatankuasa pelaksana telah diadakan dan dengan rasmi ditubuhkan satu nama Gerakan Daulat dengan Prof. Madya Dr. Roslan Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusinya.

“Timbalan Gerakan Daulat pula disandang oleh Ustaz Kamaruzaman Mohamad, semenara jawatan Setiausaha dan Bendahari masing-masing dipegang oleh saya dan Dato Muhammad Abdullah, di samping 15 orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang dilantik daripada pelbagai NGO,” jelasnya. – HARAKAHDAILY  7/09/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini posting veteran DAP Lim Kit Siang dalam Facebooknya:

Adakah pemenjaraan Najib Razak akan menjadi titik perubahan untuk orang Melayu, yang membentuk kumpulan majoriti utama di Malaysia, untuk sedar bahawa kita semua perlu utamakan identiti Malaysia dan bukannya Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban untuk Malaysia berjaya sebagai negara hebat bertaraf dunia? “

Biadap!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails