Tuesday, September 06, 2022

PAS: Masyarakat majmuk dilindungi.. Lebih baik dari BN-PH.

 


1. Islam pegangan PAS menuntut masyarakat majmuk dilindungi

KUALA LUMPUR: Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS menjadikan parti ini bersifat sejagat dan inklusif serta membawa setiap nilai kebaikan dan keadilan, serta menghormati segala kepelbagaian sedia wujud.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, dasar Islam tidak menjadikan perjuangan PAS eksklusif kepada satu agama, bahkan berbeza dengan perjuangan atas nama bangsa.

Di mana perjuangan agama jelasnya, adalah memenuhi tuntutan perintah dan larangan Allah SWT, berbanding perjuangan bangsa sering kali dipengaruhi kehendak manusia kerana berbangkit sentimen kaum.

Malah katanya, perjuangan dengan dasar Islam memberi hak pilihan kepada semua manusia terhadap kepercayaan pegangannya, sedang bangsa pula adalah kejadian Allah SWT ke atas manusia yang bukan pilihannya.

“Bangsa bukan pilihan kita. Saya tak minta lahir Melayu. You pun tak minta, Lum tak minta lahir sebagai Cina. Jadi yang menentukan bangsa ini bukan kita, tapi Tuhan. Tapi agama pilihan. Agama kita punya pilih,” ujarnya.

Beliau mengupas demikian ketika bersiaran dalam rancangan Feng Ren Guan bersama pengendalinya yang juga pengulas isu semasa dan sosial, Lum Chih Feng di Youtube, kelmarin.

Menurut beliau, PAS sendiri lahir atau didaftarkan di Pulau Pinang yang bermasyarakat majmuk dan kemudian berkembang di Perak dahulu, bukannya Kelantan atau negeri bermajoriti rakyat Melayu dan beragama Islam.

Terangnya, kerana dasar Islam itulah PAS berlaku adil, bertimbang rasa dan bertoleransi kepada semua agama dan kaum di mana nilai itu menjadi kukuh dan teguh dalam setiap perkara yang digerakkan oleh parti.

Namun akui beliau, masih berlaku masyarakat melihat PAS secara sebaliknya, bahkan dengan persepsi buruk kerana media tidak memberikan liputan sebenar mengenai parti ini dalam pelaporan mereka.

Malah, PAS beritahunya, sejak sekian lama telah membina hubungan dengan masyarakat bukan-Melayu menerusi penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) tahun 1986 sebelum Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

PAS juga katanya, kurang dilihat dalam masyarakat bukan-Islam kerana dalam realiti kerusi pilihan raya hanya bertanding di kawasan yang mempunyai 51 peratus atau majoriti penduduk Melayu-Islam.

Menjawab mengenai pemahaman kononnya slogan ‘PAS For All’ dan ‘Demi Islam’ saling berbeza, beliau mengulangi penegasan betapa Islam itu sendiri bersifat kesejagatan dan memenuhi tuntutan keadilan.

“Jadi oleh kerana itu yang kita nak bawa dalam soal ini ialah PAS menawarkan sebuah kerajaan yang adil kepada semua kaum. PAS menawarkan ekonomi yang maju yang tidak dirosakkan dengan nilai-nilai rasuah, penyelewengan, salah guna. Kita bukan bercakap, tapi kita buktikan. Dalam polisi PAS memang semua orang tahu.

“Ya alhamdulillah hingga setakat ni kita perintah Kelantan 30 tahun lebih. Terengganu hingga setakat inilah kita tak ada kes pun pemimpin kita dihadapkan ke mahkamah, dituduh rasuah, sabit kesalahan tak ada. Kita boleh bangga dengan itu sejak kita lama pun. Dalam PAS pun kita memang ini aspek kita, ini soal integriti kita.

“Kemudian PAS menawarkan kepada masyarakat bukan-Islam hak mereka, hak beragama, hak budaya, hak adat istiadat mereka dan hak untuk hidup aman damai dalam satu negara.

“Kita terima masyarakat non-Muslim ialah rakyat kita sama hak sebagai rakyat Malaysia. Kita bersama-sama membangunkan negara kita. Dan mereka ini pun tak ada tempat lain dah, mereka inilah negara kita.

“Walaupun dia Cina, inilah negara dia. India, inilah negara dia. Jadi kita terima hakikat bahawa Malaysia masyarakat majmuk. Berbagai-bagai budaya, kita boleh hidup aman,” hujah beliau. – HARAKAHDAILY 31/8/2022

2. Pentadbiran PAS lebih baik dari 60 tahun BN, 22 bulan PH 

ALOR SETAR: Pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuktikan bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah, tetapi juga memberikan keprihatinan terhadap rakyat. 

Perwakilan PAS Kedah, Ustaz Mohamad Helmi Abd Hamid berkata, ia menunjukkan parti Islam ini mentadbir lebih baik daripada 60 tahun Barisan Nasional dan 22 bulan Pakatan Harapan. 

“Alhamdulillah, keprihatinan ini menjadi tonggak pemerintahan untuk membentuk kerajaan sejahtera ini. Dalam membentuk sebuah kerajaan, Kedahlah merupakan contoh sebagai panduan untuk memerintah Malaysia dalam masyarakat majmuk. 

“Ini kerana komposisi kaum negeri Kedah adalah sama komposisi kaumnya dengan Malaysia. Sekiranya kita bercita-cita untuk memerntah Malaysia Sejahtera, Kedahlah yang terbaik sebagai contoh ataupun panduan asas dalam memerintah. 

“Kerana Kedah telah berjaya memerintah di dalam pentadbiran tiga parti, PAS, BERSATU dan juga Barisan Nasional dengan komposisi kaum seperti Malaysia,” ujarnya membahas Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 di Kompleks PAS Kedah, di sini hari ini. 

Menurut beliau, Kedah mencapai pelaburan tahun lepas RM68.3 bilion dan suku kedua ini telah mencapai RM20 bilion serta telah diakui oleh Perdana Menteri sendiri bahawa pencapaian ini adalah yang terbaik bagi seluruh negeri dalam malaysia. 

Tegas beliau, pencapaian ini bukan semat-mata untuk negeri Kedah, tetapi pencapaian bersama PAS diketuai Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan didukung PAS Negeri Kedah. 

Seluruh ahli PAS serunya perlu melihat pencapaian itu sebagai peluang untuk disebarkan kepada masyarakat Malaysia umumnya dan bukan semata-mata negeri Kedah. 

“Tuan Guru Presiden seringkali melahirkan cita-citanya untuk melihat teknokrat-teknokrat yang bertakwa mentadbir dan membawa memacu pentadbiran Malaysia, insya-Allah Kedah dengan tawaran pekerjaan yang luas dalam bidang profesional. 

“Ini merupakan satu peluang kepada PAS untuk memikirkan secara keseluruhannya bagi kita menyediakan teknokrat-teknokrat-teknokrat yang akan mengisi peluang pekerjaan di dalam negeri Kedah,” ujarnya. 

Beliau percaya selain mengekalkan tiga negeri itu selepas PRU15, PAS akan dapat menjadikan Perlis dan Pahang milik parti ini. – HARAKAHDAILY 3/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS, masyarakat majmuk dilindungi.. dan lebih baik dari BN-PH.

Inilah wajah PAS sebenarnya.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails