Wednesday, September 07, 2022

Pertahan 3 negeri, PAS X cakap besar! Penting atasi banjir..

 


1. Misi PAS pertahan 3 negeri, kekal kedudukan di pusat


ALOR SETAR:
 Misi PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 mempertahankan kemenangan di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta memperluaskan pengaruh di negeri-negeri lain.

Naib Presidennya, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata parti itu juga memastikan supaya kedudukan dalam kerajaan Persekutuan terus kekal.

Katanya dalam tempoh dua tahun lebih buat pertama kali PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan selepas meninggalkan kerajaan Pusat pada 1977.

“Di zaman moden ini pertama kali kita menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat walaupun dengan jumlah yang kecil, jadi kita kena pastikan supaya keberadaan di pusat terus kekal.

“Ibarat orang yang berjalan kita terus melangkah ke hadapan dan kita tidak boleh undur ke belakang, terus melangkah supaya kedudukan kita kekal dan menjadi semakin kukuh,” katanya ketika memberi taujihat pada majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS, di Kompleks PAS Kedah, di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Senator Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor,

Selain itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Dato’ Ahmad Yahaya, dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Senator Nuridah Mohd Salleh.

Tambah Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, objektif ketiga memperkuatkan kedudukan di Putrajaya dengan menambah jumlah kerusi parlimen.

“Kita kena bekerja bersungguh-sungguh supaya kita mesti menang tidak kurang 40 kerusi di Parlimen. Insya-Allah dengan tiga perkara ini kita dapat menjayakan cita-cita perjuangan yang telah lama kita bawa di Malaysia.

“Untuk memastikan kita boleh kekal dan bertambah kerusi di parlimen kita kena pastikan tiga negeri terbabit boleh kita pertahankan dan menang bergaya di samping meningkatkan pencapaian kita di Pahang dan di negeri lain

“Boleh jadi bagi setengah orang merasa perkara ini sukar dan mustahil tetapi kita diajar di dalam agama tidak ada yang mustahil pada zat Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/9/2022


2. Hampir RM400 bilion diperlukan atasi banjir hingga 2100 

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menganggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM392 bilion sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah banjir di negara ini hingga 2100.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesungguhan kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim ditunjukkan melalui pelaburan besar kepada sektor air negara.

Beliau berkata ia termasuk peruntukan RM15 bilion secara off budget untuk tempoh lapan tahun bermula 2023 hingga 2030 bagi projek tebatan dan penyelesaian banjir serta pembinaan struktur sabo di kawasan kritikal yang terjejas teruk akibat Monsun Timur Laut.

“Untuk langkah jangka masa panjang hingga tahun 2100, KASA menganggarkan peruntukan sebanyak RM392 bilion diperlukan bagi mengatasi masalah banjir di Malaysia.

“Anggaran kos ini antara lain merangkumi komponen utama tebatan banjir dan saliran bandar sebanyak RM230.71 bilion serta infrastruktur pantai RM126.55 bilion,” katanya ketika berucap pada Simposium Perubahan Iklim 2022 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Parlimen di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata KASA komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui langkah jangka sederhana dan panjang termasuk pembangunan infrastruktur perlindungan khususnya bagi bencana berkaitan air.

Di samping itu, menurutnya faktor perubahan iklim turut diambil kira dalam penyediaan reka bentuk pembangunan bagi memastikan infrastruktur air yang dibangunkan berdaya tahan terhadap kesan fenomena perubahan iklim.

“Kementerian juga sedang merangka pelaksanaan adaptasi perubahan iklim. Peningkatan suhu global akan meningkatkan lagi risiko bencana dan kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat dan ekonomi.

“Dalam hal ini, kerajaan telah membangunkan Agenda Transformasi Sektor Air Negara 2040 bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-12 hingga ke Rancangan Malaysia Ke-15,” katanya.

Beliau berkata agenda itu turut memberi fokus kepada usaha pengukuhan tadbir urus sektor termasuklah mengarusperdanakan adaptasi dalam pengurusan risiko banjir dengan mengambil kira integrasi pengurusan risiko bencana melalui mitigasi jangka panjang dan pendek pengurusan banjir.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju mengetuai delegasi negara ke Sidang Kemuncak Ketua Negara dan Kerajaan pada 6 Nov 2022 di Persidangan ke-27 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP27-UNFCCC) di Sharm El Sheikh, Mesir.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dalam ucapan pembukaannya berkata masalah banjir yang sering dikaitkan dengan perubahan iklim memerlukan setiap Ahli Parlimen memainkan peranan dalam membina kesedaran terhadap krisis iklim di kawasan masing-masing.

Beliau berkata Ahli-Ahli Parlimen boleh memainkan peranan dengan melibatkan diri dan aktif dalam pertubuhan masyarakat sivil antaranya berkaitan dengan perubahan iklim, pembangunan mampan, bantuan kemanusiaan dan bencana termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan belia.

“Penglibatan ahli Parlimen dalam masyarakat sivil ini mampu menyumbang pengalaman dan bimbingan dalam memberi bantuan kepada masyarakat setempat yang terjejas akibat bencana,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Misi PAS pertahan 3 negeri, PAS tak cakap besar! Yang penting kerja-kerja kebajikan rakyat diteruskan. Hampir RM400 bilion diperlukan atasi banjir hingga 2100.

Itulah PAS!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails