Wednesday, September 07, 2022

Another new milestone -S'pura.. & Zaid 'pusing' MN.

 


1. Another new milestone dalam Penerangan PAS!

SEMALAM, saya dijemput oleh Kedutaan Singapura untuk bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong dalam sesi minum petang eksklusif di Hotel Mandarin Oriental, KLCC. 

Saya ditemani dengan Tuan Wan Rohimi Wan Daud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Saudara Khidir Izaidin, Setiausaha Lajnah Antarabangsa mewakili PAS Pusat. Manakala pihak Kerajaan Singapura diwakili oleh The Honourable DPM Mr. Lawrence, High Commissioner Mr. Vanu Gopala Menon dan dua orang Pegawai Politik dari Kedutaan Singapura. 

Dalam agenda mempersada peranan PAS di peringkat antarabangsa, PAS meletakkan tiga tonggak utama iaitu;

1. Tumpuan isu dan peluang berfokus.

2. Kerjasama strategik.

3. Pendidikan politik antarabangsa.

(Petikan Ucapan Dasar Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Muktamar PAS kali ke-68)

Melalui pertemuan ini kami delegasi PAS memanfaatkan peluang ini seluas-luasnya untuk bertukar fikiran, berkongsi pengalaman serta memperjelaskan dasar PAS melalui tawaran Malaysia Sejahtera serta Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang digagaskan oleh PAS.

Sehingga kini, alhamdulillah PAS telah berjaya membuktikan kecemerlangan dasar-dasar dan polisi-polisi PAS dengan rekod sifar kes rasuah di kementerian-kementerian, kerajaan-kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah serta GLC-GLC yang diuruskan oleh tokoh-tokoh PAS.

Dasar PAS adalah Islam dan Islam adalah rahmat untuk semua rakyat sama ada Melayu, Cina, India, Muslim dan bukan-Muslim. Prinsip ini jelas dan ianya sangat mudah difahami oleh semua pihak termasuk mereka yang bukan-Islam.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas peluang dakwah merentasi sempadan negara ini. Semoga dakwah ini sampai.

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS – HARAKAHDAILY 7/9/2022 


2. Pemusingan maksud sebenar Muafakat Nasional oleh Zahid  

MEMBACA tulisan Presiden Umno, DS Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, menyebabkan kita tergelak beberapa kali. 

Naratifnya mudah, Muafakat Nasional tidak dapat dipertahan kerana salah PAS. Sedangkan PAS hari-hari sebut mahu berunding dan perkasakan Muafakat. 

Umno? Hari-hari sebut mahu solo dalam PRU15. Dari sini sudah kita boleh nilai manakah parti yang tidak mahu bermuafakat. 

Zahid juga masih lagi bermain dengan naratif PAS khianat Muafakat sebab sertai PN. Sedangkan Tok Mat, Timbalan Presiden Umno pernah berkata, 

“PAS nak bekerjasama dengan parti mana-mana itu tak ada isu, kita tidak mengikat, Umno telah buat pendirian kita tidak akan menyertai PN, itu pendirian parti kita. PAS menghormati pendirian kita. 

“PAS pula kata nak bersama untuk menyertai PN, kita juga menghormati pendirian PAS. Tak ada isu, saya harap orang tidak terkeliru perkara ini.”

Jelas dan nyata patah perkataan Tok Mat ini, masalah sekarang Zahidlah yang paling terkeliru atau buat-buat keliru. Boleh pula Zahid kata PAS khianati MN sebab bersama PN. Hodoh perangai kamu Zahid. 

Lagi kelakar, Zahid mengatakan bagaimana Umno nak bersama BERSATU yang mahu hancurkan Umno dari luar dan dalam. 

Habis tu Umno sedang bersama siapa sekarang sehingga membentuk Kerajaan Persekutuan, bermula dari Muhyiddin hingga Ismail Sabri. Bukankah bersama BERSATU? Lawak.

Bukankah Zahid juga yang tandatangani surat jemputan ajak BERSATU bersama MN sebelum ini. Inilah Muafakat Nasional yang sebenar, bukan hanya PAS dan Umno sahaja. 

Zahid jangan tunding jari pada PAS, sedangkan andalah punca kelemahan Muafakat Nasional dengan penerokaan Jajaran Baharu. Bukan PAS yang kata, tapi bekas Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajudin yang kata. 

Hari ini Muktamar PAS berlangsung, tiada seorang MKT Umno yang hadir, sedangkan surat jemputan sudah diberikan. Soalnya siapa yang angkuh tidak menunjukkan cita penyatuan ummah? 

Keangkuhan itu, Zahid nyatakan lagi mahu bergerak solo dalam PRU. Sedang Tok Mat pernah berkata dahulu, 

“Yang penting bila diumum pilihan raya kita elak pertandingan tiga penjuru. Itu penting, kalau kita bertanding tiga penjuru kita kalah, yang menang nanti Pakatan Harapan.”

Apakah Zahid memang sengaja mahu membawa Umno kalah dalam PRU15 dengan berlakunya tiga penjuru? Dalam hal ini Tok Mat lebih bijaksana dari Zahid. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 5/9/2022


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
(i) Demikian Another new milestone dalam Penerangan PAS.
(ii) Kita kenal, Zahid kaki pusing?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

PDRM tido Jho Low bermewah di Kelab Layar Hong Kong. Jho Low jadikan maruah PDRM dipandang rendah oleh rakyat Malaysia..!?

Tom Wright dan Bradley Hope telah mendakwa bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho telah menggunakan proksi, termasuk isterinya Jesselynn Chuan, untuk membuka akaun bank dan juga untuk menyertai kelab kapal layar mewah di Hong Kong.

Yang jumpa Jho Low bukan PDRM yang jumpa Jho Low cuma juru gambar amatur..

https://malaysia.news.yahoo.com/billion-dollar-whale-authors-claim-055633371.html

PDRM juga gagal kesan Zety dan Taufik Ayman.

PDRM tido masih tidak jumpa Taufik dan Zety dan ex-CEO company Astro kroni Tun. Dipercayai Taufik dan Zety masih berada di Kuala Lumpur Malaysia...!!

Dalam episod terbaru Finding Jho Low di saluran YouTube mereka yang digelar "Project Brazen", Hope berkata Chuan telah menjadi saluran utama aktiviti Low kerana namanya didakwa terdapat dalam banyak bil berkaitan pelarian kelahiran Pulau Pinang itu, termasuk permohonan untuk menyertai Kelab Kapal Layar Diraja Hong Kong.

Netizen telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka yang mempersoalkan kewibawaan polis kerana masih gagal menangkap Jho Low.

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/614263/igp-1mdb-scandal-fugitives-hiding-china

Tinjauan di laman Twitter, wargamaya telah meluahkan perasaan mereka yang rata-rata memberi pandangan polis mesti segera menangkap Jho Low yang menjadi watak utama dalam skandal 1MDB itu.

Menteri Amaran Malaysia berjanji akan cari Jho Low sampai ke lubang cacing' - Hishammuddin

https://headtopics.com/my/hishammuddin-sedia-cari-jho-low-hingga-ke-lubang-cacing-the-malaysian-insight-2065230

Tun Dail tahu dimana Jho Loh berada

https://berita.mediacorp.sg/dunia/saya-tahu-di-mana-jho-low-tun-daim-244536

Akhirnya Tun pun mula goreng mamak menyebabkan rakyat naik kembang tekak nak muntah.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2018/07/445817/saya-tak-tahu-di-mana-jho-low-dr-mahathir

Bahana bila Pemimpin Melayu percaya kan pada kaum Cina sebagai partner, sebagai kawan, akhirnya jadi barua DAP@ LeeKwanYew dan bahaya bila bela kroni Cina tempatan berkiblat Cina Lee Kwan Yew dan akhirnya Pulau Batu Putih digadai dan di serah pada Cina anak Lee Kwan Yew..!!

Jho Low, Zety Taufik jadikan PDRM, SPRM hilang maruah dan intigrity dipandang sangat rendah dimata rakyat..!!

Lupakan Singapura pedulikan Singapura. Eratkan hubungan ekonomi dengan Indonesia rakan serumpun yang boleh dipercayai.

#lingkupboboimelingkupbarualeekwanyew

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails