Tuesday, August 09, 2022

Boling padang, atlet muda. Artis (KPN) buka hijab.

 

Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran akhir pada Sukan Komanwel 2022 di Pusat Akuatik Sandwell, Birmingham. - Foto BERNAMA.

1. Boling padang, terjun perlu beri peluang atlet muda

BIRMINGHAM: Sukan boling padang dan terjun perlu memberi peluang kepada atlet muda mewakili negara pada masa depan susulan kegagalan pada Sukan Komanwel 2021 di sini.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri

Ngadirin berkata persatuan yang menaungi mereka perlu mencari muka baharu sebagai persediaan termasuk ke Sukan Komanwel di Victoria, Australia empat tahun lagi.

"Kita akan bincang dengan persatuan sukan ini supaya atlet muda diberi peluang. Mereka patut contohi sukan badminton yang sudah pun melahirkan ramai pemain muda dan berjaya memenangi pingat.

"Ini perlu diberi perhatian. Seperti sukan boling padang, kita sasarkan emas dari mereka di sinu tapi gagal. Jadi kira rasa program larihan persatuan perlu dirombak dengan memberi peluang muka baharu," katanya pada sidang media pencapaian kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; dan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Shahrul Zaman Yaha dan timbalannya, Gerard Monteiro Clair serta Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Sebelum ini, boling padang dan terjun menjadi sandaran untuk masing-masing meraih satu pingat emas, namun gagal berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Jefri berkata dalam sukan terjun negara seperti Australia dan England sudah lama menggunakan khidmat atlet muda bagi menyertai temasya seperti Sukan Komanwel 2022.

Katanya, ini adalah kali pertama atlet terjun, Datuk Pandele Rinong tidak memenangi sebarang pingat pada temasya sukan besar seperti Sukan Komanwel 2022 di sini.

"Sebelum datang ke sini, dia berjaya memenangi dua gangsa di kejohanan dunia di Hungary dan harapan sudah pasti dia akan turut menyerlah namun gagal," katanya.

Jefri juga mengesahkan pihaknya buat masa ini akan terus menghantar atlet berlatih di luar negara bagi memberi pendedahan kepada mereka.

Katanya, perbincangan akan dilakukan dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bagi membincangkan mengenai isu babitkan Nauraj Singh dan atlet lompat tinggi, Muhammad Irfan Shamsuddin yan sedang berlatih di Jerman.

Kedua-dua atlet berkenaan gagal menyerlah pada temasya di sini terutama Nauraj yang tersingkir awal pada pusingan final acara lompat tinggi. (BH)


2. Elyana tidak lagi berhijab 

Elyana enggan mengulas isu tidak berhijab kerana pelbagai versi cerita tidak masuk akal akan menyusul selepas membuat penjelasan. - NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Akhirnya, teka-teki terjawab apabila penyanyi Kalis Rindu, Elyana, 35, tidak lagi memakai hijab ketika muncul dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, petang ini.

Tiga hari lalu, Elyana mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar tidak berhijab dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut berhubung soal hijab.

"Saya mengambil keputusan tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tak menginginkan penjelasan. Bila saya menjelaskannya, macam-macam versi cerita tidak masuk akal akan keluar.

"Jadi, demi menjaga jiwa dan persekitaran, saya ambil keputusan tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang tidak mahu memahami saya.

"Ini adalah proses kehidupan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, saya impikan kehidupan lebih baik, setiap hari," katanya kepada BH Online.

Tambah Elyana, dia juga memilih tidak menghiraukan pandangan dan pendapat orang ramai.

"Dahulu, saya sangat mementingkan jiwa dan hati orang. Sekarang, saya akan melakukan apa yang saya rasa terfikir nak buat. Baik buruk biarlah saya sendiri yang menanggungnya.

"Jika boleh terima, Alhamdulillah. Kalau tak boleh terima, tak mengapa kerana saya tidak ada apa-apa masalah, tetapi, inilah diri saya," katanya.

Elyana berkata, dia tetap berterima kasih untuk mereka yang mendoakannya selama ini.

"Jika masih ada yang mendoakan, saya berharap doa itu berbalik pada anda.

"Kalau rasa doa tidak layak untuk saya, namun, saya tetap berdoa agar urusan anda dipermudahkan Allah. Biarpun sekali pun anda tidak rasa apa yang saya lalui. Saya doakan yang baik-baik untuk semua," katanya. 

Elyana muncul dalam program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara di MAHA 2022, petang ini. - NSTP/Aziah Azmee

Mengulas adakah akan meneruskan menggunakan media sosial sebagai platform membuat perkongsian, Elyana berkata, dia tiada pilihan melainkan menggunakan media sosial sebagai medium.

"Kalau saya bukan dalam industri hiburan, mungkin saya ada pilihan untuk tidak menggunakan sosial media. Itu mungkin cara yang terbaik buat saya.

"Contohnya, saya bekerja sebagai suri rumah tangga, jadi tidak memerlukan media sosial. Ia lebih membahagiakan, tetapi sekarang zaman media sosial.

"Jadi, mungkin saya akan letak sempadan seperti menutup komen, namun, ia bukan bermaksud saya takut. Cuma, netizen senang sangat untuk melontarkan kata-kata.

"Saya sebenarnya suka berkawan dengan peminat, contohnya apabila ada yang nak bergambar.

"Sebab saya ia adalah tanda kasih sayang saya pada peminat. Namun, ada kala kebaikan tidak dibalas dengan kebaikan. Jadi saya akan letak sempadan," katanya.

Kata Elyana, buat masa ini, dia mahu fokus pada diri sendiri dan keluarga yang sentiasa ada saat susah dan senangnya.

"Fokus menjaga jiwa saya. Jiwa saya sangat rosak, tetapi saya tidak mahu menyalahkan siapa sebab saya juga manusia biasa, Saya tak nak menangis, nanti ada yang mengatakan saya minta simpati.

"Jadi, lebih baik saya fokus pada jiwa dan keluarga. Bagaimanapun, saya tetap akan berbuat baik dengan orang ramai," katanya.

Terdahulu, Elyana memuat naik gambar tidak berhijab, namun, tidak menulis sebarang keterangan pada gambar dan menutup ruangan komen.

Tindakan wanita kelahiran Shah Alam, Selangor itu menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengumumkan dirinya bebas kanser limforma pada penghujung, tahun lalu selepas 12 tahun menanggung derita.

Elyana kali pertama membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Dalam perkembangan lain, Elyana berkata, dia masih menjalani rawatan kemoterapi.

"Rawatan kemoterapi masih belum selesai. Apabila sudah selesai barulah saya fikir rawatan lain," katanya yang juga pernah ke Indonesia untuk menerima rawatan.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimBoling padang, atlet muda. Artis (KPN) buka hijab. Ini berlaku kerana seluruh Malaysia masih belum ada disiplin 'patuh syariah'. 

Kecuaali di negeri-negeri yang diperinth oleh PAS (Parti Islam Se Malaysia).

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
Pelancong masuk pelancong keluar.
Hantar pulang 1.2 juta pelancong haram.
Oktober fest bukan budaya sini.
Kedai toto boleh tutup.
Rasuah budaya dap bukan budaya pas.
Jangan lupa dap lupus harta muslim.
Ingat kencing mereka 22 bulan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails