Sunday, August 07, 2022

Isu kapal tempur, Zaid nafi. 90% PRU14 PAS K'tan laksana..

Ahmad Zahid menjelaskan, menurut laporan audit PAC, kontrak kepada BNS dianugerahkan mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

1. Isu kapal tempur TLDM: 'Tak wajar kait dengan saya' - Zahid

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tidak wajar menuding kepadanya berkait isu kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Kata Presiden UMNO itu, beliau bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.

Ahmad Zahid menegaskan, mereka yang terbabit dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

"Ia (bagi) menyokong penuh pendedahan kelewatan ini," katanya seperti dilapor UMNO Online, malam tadi.

Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship - LCS) bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC berkenaan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

BNS adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, menurut laporan audit PAC, kontrak kepada BNS dianugerahkan mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

"Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu," katanya turut menyatakan kesediaan memberi keterangan dan penjelasan kepada PAC berhubung isu terbabit.

Dalam laporannya sebelum ini, PAC turut memaklumkan kajian daya maju yang dilakukan kerajaan terhadap BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, yang berkuat kuasa ketika itu. 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim (dua dari kanan) ketika hadir upacara penamaan dan pelancaran Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia di Boustead Naval Shipyard, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, 24 Ogos 2017. - Foto fail NSTP

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019 tetapi hanya 44 peratus siap, menurut laporan PAC.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima TLDM tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa siasatan dalaman juga menunjukkan sekurang-kurangnya RM890 juta telah diselewengkan daripada projek itu akibat penipuan, pertindihan kontrak dan pelbagai penyelewengan lain.


2. 90 peratus manifesto PRU14 dilaksana PAS Kelantan 

PASIR PUTEH: Hampir keseluruhan manifesto pilihan raya PAS Kelantan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) empat tahun lalu berjaya dilaksanakan.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri Wan Roslan Wan Hamat bagaimana pun berkata, hanya satu lagi belum dapat dilaksanakan, iaitu Bazar Emas di bawah segmen pembangunan belia bermaruah.

Bagaimanapun kata beliau pada kempen pilihan raya tersebut, PAS Kelantan mengemukakan 14 tawaran kepada rakyat untuk dilaksanakan sekiranya parti itu terus mendapat mandat mentadbir kerajaan negeri.

“Manifesto yang dikemukakan pada PRU14 tahun 2018 berjaya dilaksanakan sehingga mencapai tahap 90 peratus kecuali Bazar Emas sahaja, yang lain sudah dilaksanakan dengan sempurna.

“Kita pun dalam portfolio Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya pengerusikan secara keseluruhannya sudah dilaksanakan lebih 90 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-63 di Tok Aman Bali Beach Resort di sini semalam.

Perasmian muktamar itu disempurnakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Adun Batu Buruk Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi. – HARAKAHDAILY 7/8/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails