Saturday, August 13, 2022

Perunding swasta hina Islam.. & perubahan iklim.

 

Hong Jia Ming keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghina agama Islam dan membayar denda RM8,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

1. Ibu tunggal mengaku salah hina Islam didenda RM8,000

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi hantaran dimuat naik menerusi Facebook, dua tahun lalu.

Hong Jia Ming, 34, yang bekerja sebagai perunding syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Nor Hasniah turut memerintahkan Jia Ming menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik melalui perkhidmatan aplikasi laman web profil Joyceanne Hong pada 9.22 malam, 12 Mac lalu.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya selain boleh didenda RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Jia Ming.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Haijan Omar berhujah supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman minimum dengan mengambil kira status tertuduh sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak lelaki berusia sembilan tahun selain mempunyai penyakit jantung dan bekerja sebagai perunding swasta berpendapatan RM12,000 sebulan.

Semasa dalam proses rayuan, tertuduh memaklumkan bahawa dia menyesal dengan perbuatannya dan mengakui hantarannya di Facebook itu mencetuskan salah faham dan menyinggung perasaan bekas rakan sekerjanya.

"Saya sudah belajar satu pengajaran akibat perbuatan ini dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam meluahkan pandangan pada masa hadapan," katanya.


2. Perubahan iklim sebabkan fenomena besar alam  

DUNIA telah mengalami perubahan iklim yang menyebabkan berlakunya cuaca tidak menentu dengan mendatangkan pelbagai fenomena seperti kemarau dan banjir ekstrem hingga memberi banyak impak teruk.

Bukan sahaja peningkatan kepanasan bumi dan paras air laut, tetapi turut bersama kesan sampingan seperti ketidakmenjadian pertanian, kerosakan infrastruktur dan perubahan fizikal muka bumi, selain kekurangan bekalan makanan.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu ini bukan baharu di mana telah mula menjadi perhatian sejak sebelum tahun 1900 iaitu selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah.

Menurutnya, ketika itu sudahpun dikesan berlaku beberapa senario besar secara agak agresif terutama peningkatan suhu sejuk dan panas global di mana diunjurkan kenaikan 0.4 darjah Celsius lagi kepada 1.5 darjah Celsius menjelang tahun 2050.

“Akan mengakibatkan berlaku fenomena yang lebih besar daripada yang kita alami sekarang. Yalah, dunia dah nyanyuk, dunia dah tua. Hakikat sebenar kalau kita belajar dari segi syaraknya, bumi dah makin tua, makin nyanyuk. 

“Sampai masa dia akan musnah. Kita tak boleh menyekat kemusnahan, cuma kita boleh mengurangkan impak sahaja. Jadi sekarang ni ialah mengurangkan impak kepada perubahan iklim,” serunya.

Malaysia beritahu beliau, telah menyatakan komitmen pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2021 (COP26) di Glasgow untuk mencapai sifar pelepasan karbon pada tahun 2050.

“Bermakna Malaysia bukan menjadi penyumbang kepada kepanasan global. Hingga setakat ini kita ada 75.12 juta tan karbon yang belum diserap. Ini lebihan karbon negara kita.

“Kita masih lagi berusaha untuk melakukan pelbagai program mitigasi perubahan iklim ni termasuklah tindakan segera menghentikan penjualan minyak diesel biasa kepada RON kepada Euro 5 sahaja. 

“Sebab minyak biasa-biasa ni menyumbang karbon yang agak tinggi, selain menghentikan 45 peratus loji-loji tenaga elektrik daripada menggunakan arang batu,” ujarnya memberitahu elektrik dan pengangkutan awam sebagai penyumbang keadaan itu.

Maklum beliau, sebagai solusi, Malaysia sedia beralih kepada tenaga baharu seperti solar dan kerajaan turut memutuskan penggunaan kenderaan rasmi kepada jenis EV bagi mengurangkan kepanasan global. 

Beliau turut menggambarkan impak kenaikan air paras laut yang dijangka pada tahun 2050 akan meningkat 0.5 meter, manakala di Sabah Sarawak sehingga paling tinggi 0.72 meter.

Menurutnya, jika berlaku peningkatan sehingga 5 meter akan menyebabkan banyak bandar di negara ini ditenggelami di mana memerlukan negara merancang pembinaan tebatan banjir yang lebih tinggi dan kos berganda.

KASA dalam pada itu beritahunya, merangka pelan-pelan mitigasi bagi menghadapi semua perubahan tersebut termasuk bantuan kecemasan, latihan kepakaran dan peralatan diperlukan.

Beliau juga mengajak merenungi fenomena berlaku mutakhir ini seperti ribut, angin luar biasa, puting beliung di laut, hinggalah gempa bumi dan gegarannya di beberapa lokasi dalam negara.

Ketika sama juga serunya, perlu juga prihatin terhadap bencana alam yang turut berlaku di negara-negara lain untuk dihulurkan bantuan kepada mereka.

IZWAN ABDUL HALIM – HARAKAHDAILY 12/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kadang-kadang perlakuan manusia di muka bumi menjadi penyebab berlakunya perubahan iklim di bumi yang ditumpanginya. Termasuk perlakuan mengghina agama...


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails