Wednesday, August 10, 2022

Kesal pakaian menjolok mata di Minggu Fesyen Kedah

 

Datuk Dr Mohd Hayati Othman

1. Penganjur kesal tetamu berpakaian menjolok mata

ALOR SETAR: Gambar wanita yang tular berpakaian menjolok mata pada Kedah Fashion Week 2022 (KFW22), di Aman Central, baru-baru ini adalah tetamu dan bukan model yang memperagakan pakaian pada majlis itu.

Difahamkan, individu itu merakamkan gambar di bahagian pentas selepas tamat majlis berkenaan.

Aman Central dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya kesal dengan perkongsian gambar daripada salah seorang tetamu hadir yang tidak mencerminkan kod etika pemakaian ditetapkan."

Pihak kami selaku penganjur turut memohon maaf atas sebarang kejadian yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Pihak kami kesal atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memastikan etika pemakaian ditetapkan di mana-mana majlis di Aman Central akan dipantau dengan lebih ketat selepas ini," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengulas lanjut, Aman Central berkata pihaknya sudah mendapatkan kesemua kelulusan oleh pihak berwajib sebelum majlis dijalankan.

Katanya, acara berkenaan adalah acara tahunan di Aman Central dan tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak lain.

"Acara ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama oleh pereka pereka tempatan di mana KFW

menjadi sebuah platform rasmi dalam kalangan pereka fesyen.

"Ia dianjurkan setiap tahun bagi mempromosikan pakaian dan jenama-jenama di Aman Central, di samping menampilkan pereka-pereka tempatan tanah air untuk mempromosikan Aman Central," katanya.

Aman Central menjelaskan penganjuran KFW kali ini adalah penampilan semula selepas dua tahun di mana acara dibatalkan pada tahun tahun sebelumnya ketika negara dilanda pandemik.

"Setinggi-tingi penghargaan buat kesemua pihak pihak penaja yang tidak pernah putus menyokong

KFW 2022.

"Pihak kami sekali lagi memohon maaf atas sebarang kejadian yang telah menyentuh sensitiviti mana-mana

pihak," katanya. (BH)


2. Penganjur Minggu Fesyen Kedah akan diambil tindakan Ogos 10, 2022 @ 8:52am 

Penganjur Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) akan dipanggil kerajaan negeri untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata. - Foto ihsan pembaca

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil mereka untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata hasil semakan yang dibuat, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

"Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, malam tadi.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian menjolok mata pada KFW22di sebuah pusat membeli-belah di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos.

Gambar yang tular kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Memetik laporan media pada 4 Ogos, Mohd Hayati menasihatkan penganjur KFW22 agar mematuhi peraturan serta syarat-syarat melalui kelulusan lesen hiburan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.

Beliau berkata, sewajarnya pakaian yang diperagakan mestilah sopan serta tidak menjolok mata.

"Walaupun pertunjukan fesyen antara acara yang dibenarkan di dalam Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 diharapkan pakaian yang diperagakan mestilah sopan bersesuaian dengan budaya timur," katanya.

Dr Mohd Hayati juga menjelaskan, Kedah Fashion Week berkenaan di luar bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala urusan kebenaran dan lesen dikeluarkan oleh pejabat daerah.

Katanya, MBAS hanya menjalankan tugas pemantauan untuk memastikan syarat serta peraturan yang ditetapkan dipatuhi pihak penganjur. (BH)

Komen Weblogg Ibnu HasyimKesal pakaian menjolok mata di Minggu Fesyen Kedah. Ya, kembalilah kapada disiplin 'Patuh syariat', di negara umat Islam Malaysia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails