Thursday, August 11, 2022

Datuk Seri berparti liar.. 'Terpaling Juara' bermaksiat?

 

Polis menjalankan pemeriksaan susulan aduan mengenai parti liar di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong, awal pagi tadi. - Foto ihsan polis

1. Datuk Seri antara 25 ditahan berparti liar di Janda Baik

KUALA LUMPUR: Polis menahan 25 individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang sedang leka berhibur dalam satu parti liar di sebuah banglo di Janda Baik, Bukit Tinggi, Bentong dekat sini, awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong susulan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil pemeriksaan didapati peserta parti liar turut menggunakan dadah untuk berhibur.

"KIta menemui dan merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram serta 1.43 gram pil ekstasi dianggarkan bernilai RM800.

"Semua suspek yang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita dengan lapan daripadanya adalah warga asing, berusia antara 18 hingga 64 tahun.

"Salah seorang daripadanya adalah seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan buat masa ini, kita sedang mengenal pasti siapa penganjur parti berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan mendapati banglo berkenaan disewa khas untuk penganjuran parti liar berkenaan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing, keputusan menunjukkan semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Semua suspek kini direman empat hari bermula hari ini hingga 14 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya.

Tambah Zaiham, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan tidak bermoral sebegini dan mengucapkan terima kasih khususnya kepada penduduk sekitar yang membantu menyalurkan maklumat.


2. Penyanyi otai, bintang baharu rebut gelaran Terpaling Juara  

Nini (tengah) bersama barisan penyanyi, juri tetap dan hos pada sidang media program Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama, Bandar Utama, di sini, petang ini. - NSTP/Rohanis Shukri

PETALING JAYA: Stesen televisyen, TV3 tampil dengan program hiburan yang bakal menyaksikan penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah bimbingan tiga pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk merebut gelaran Terpaling Juara.

Program Terpaling Juara akan membuka gelanggang menerusi siaran langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9 malam, setiap Ahad bermula 21 Ogos ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, pihaknya teruja memberikan hiburan baru dan segar buat penonton setia TV3.

"TV3 berbesar hati memperkenalkan program hiburan berkonsep baru. Saya sangat yakin akan kemampuan tenaga kerja produksi dalam menghasilkan program televisyen berkualiti dan menghiburkan.

"Pastinya, program Terpaling Juara bakal mendapat tempat di hati penonton dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya kepada BH Online.

Program Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten bersama enam peserta sepanjang lapan minggu.

Mereka adalah penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik berbakat besar iaitu juara AJL 30, Akim Ahmad, Hael Husaini (AJL 32 dan AJL 33) dan Naim Daniel (AJL 34) yang akan menggalas tanggungjawab sebagai kapten.

Tiga kapten akan membimbing penyanyi otai dan bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan bertemakan #playlistAJL iaitu lagu-lagu popular AJL yang diberikan nafas baharu.

Penyanyi otai, Ifa Raziah, Hazami dan Rahmad Mega pula menyahut cabaran melakukan anjakan paradigma dalam kerjaya nyanyian.

Ifa dikenali penyanyi dangdut, Hazami pula memiliki vokal lunak dalam menyanyikan lagu genre balada, manakala Rahmad adalah penyanyi rock yang pernah berentap di pentas akhir AJL.

Tiga peserta, Shazreen Shaharum (Shaz), 26, Aqmal Ramdan (Aqmal), 26, dan Aqeesh Aleeya (Aqeesh), 18, dipilih menerusi uji bakat yang diadakan pada 2 dan 3 Julai lalu.

Dalam saingan hebat yang mencatatkan jumlah 380 peserta pada sesi uji bakat, Shaz, Aqmal dan Aqeesh berjaya menempah tiket ke Terpaling Juara.

Akim berkata, dia tertarik menyertai Terpaling Juara disebabkan program baharu yang menampilkan konsep berbeza dengan program sedia ada.

"Saya akan memberikan terbaik bagi menjayakan tugasan sebagai kapten," katanya ketika ditemui BH Online pada sidang media program Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama, Bandar Utama, di sini, petang ini. 

Akim, Hael dan Naim memikul tanggungjawab sebagai kapten bersama hos program Terpaling Juara, Haziq dan Shiha. - NSTP/Rohanis Shukri

Hael tidak merasakan dua kali kemenangan menerusi AJL adalah bonus buatnya dalam program Terpaling Juara.

"Saya rasa kemenangan menerusi AJL selama dua tahun adalah rezeki.

"Jadi, ia tiada kena mengena dengan program Terpaling Juara ini.

"Itu bukannya menjadi kelebihan, saya berniat berkongsi pengalaman dan menimba ilmu dari rakan kapten lain. Kita sama-sama belajar," katanya.

Sementara itu, Naim sebagai kapten termuda mahu berseronok melaksanakan tugasannya dengan tidak meletakkan tekanan untuk bergelar juara.

"Saya menyertai program Terpaling Juara dan berdampingan pemenang AJL yang lebih senior.

"Ini adalah kali pertama saya dipertanggungjawab sebagai kapten dalam sesebuah program.

"Tetapi, apapun saya mahu berseronok. Saya tidak mahu terlalu tertekan untuk mengejar gelaran juara.

"Saya minta kerjasama dan doakan yang terbaik agar dapat menjalankan tugas sebagai kapten dengan baik," katanya.

Program Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos, manakala, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap.

Bakal bersiaran sebanyak lapan episod, program Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan enam peserta, sebelum tiga kapten mengumumkan siapakah dua peserta pilihan mereka.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara (RM50,000) dan pemenang ketiga (RM30,000).

Ia boleh ditonton menerusi TV3 dan distrim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Datuk Seri berparti liar.. libat dadah.  

(ii)'Terpaling Juara' bermaksiat? Anjuran rasmi stesen tv, TV3. Tidak patuh syariah?

Semuanya perlu dihalang atau di'dakwah'kan, yang menjadi tugas kepada setiap individu Muslim. Insya Allah, al-hmdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails