Saturday, August 13, 2022

Serbuan di rumah Trump, 'rahsia besar' ditemui.. & M'sia SKSSR.

 

Media AS melaporkan, ejen FBI menemui semula dokumen yang ditandakan sebagai ‘rahsia besar’ semasa menggeledah rumah Donald Trump di Florida. - Foto AGENSI

1. Dokumen 'rahsia besar' ditemui dalam serbuan di rumah Trump

TALLAHASSEE: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapatkan semula dokumen yang dilabelkan sebagai 'rahsia besar' selepas serbuan di premis milik bekas presiden Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida, Amerika Syarikat (AS).

Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan semalam, ejen FBI telah mengambil 11 set rekod sulit daripada serbuan dilakukan Isnin lalu.

Dokumen yang dirampas termasuk beberapa yang ditanda bukan sahaja maklumat rahsia, tetapi dalam kategori maklumat sensitif iaitu kategori khas yang bertujuan melindungi rahsia paling penting negara.

Sekiranya didedahkan secara terbuka, ia boleh menyebabkan kerosakan 'sangat teruk' kepada kepentingan AS.

FBI sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran tiga undang-undang persekutuan yang berbeza termasuk satu yang mengawal pengumpulan, penghantaran atau kehilangan maklumat pertahanan di bawah Akta Pengintipan.

Akta lain ialah penyembunyian, pencacatan atau penyingkiran rekod, pemusnahan, pengubahan atau pemalsuan rekod dalam penyiasatan persekutuan.

Dokumen mahkamah itu juga menunjukkan FBI mengumpul rekod lain, termasuk perintah pengampunan sekutu Trump, Roger Stone dan maklumat mengenai 'Presiden Perancis'.

Nota tulisan tangan yang bertulis 'pelbagai dokumen rahsia' dan 'pelbagai dokumen sulit' turut dirampas dalam serbuan.

Peguam Trump, Christina Bobb, hadir ketika FBI melakukan serbuan.

Dalam satu kenyataan awal semalam, Trump mendakwa dokumen yang dirampas FBI 'semuanya telah didedahkan' dan mendakwa beliau akan menyerahkannya jika diminta Jabatan Kehakiman. - AFP

BERITA BERKAITAN


2. SKSSR: Optimumkan perlindungan suri rumah 

PADA sesi perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) baru-baru ini, saya berpeluang mencadangkan beberapa perkara berkaitan RUU ini bagi memastikan segala keperluan dan kebajikan golongan mulia ini tidak diabaikan. 

Antara cadangan yang telah dibangkitkan adalah berkenaan perluasan tafsiran suri rumah kepada golongan lelaki. Hal ini demikian kerana, realiti lelaki bergelar suri rumah sepenuh masa kini bukan lagi perkara asing dan mula diterima dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, saya juga mencadangkan agar lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi menarik lebih ramai suami untuk mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Tidak dinafikan, pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh PERKESO antaranya melalui aktiviti Skuad Prihatin, program Sosial Sinergi dan lain-lain lagi.

Namun begitu, masih ramai golongan suami yang culas untuk mengambil peluang ini bagi mencarum kepada isteri mereka. Walau bagaimanapun, saya berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula nilai caruman sebanyak RM120 sebulan kerana jumlah tersebut agak membebankan terutama kepada golongan B40. 

Hal ini demikian kerana, saya kira masih ramai suami yang berkira-kira untuk mencarum RM120 sebulan berikutan lebih banyak keutamaan yang lebih mustahak untuk dipenuhi, lebih-lebih lagi dalam tempoh negara sedang berhadapan dengan krisis inflasi kini. 

Justeru, besar harapan saya agar kerajaan mampu menormalisasikan skim perlindungan agar kemaslahatan rakyat terjamin walaupun di mana sahaja mereka berada. 

Jelas sekali, inisiatif ini selari dengan prinsip Islam yang sentiasa menggalakkan setiap individu sentiasa berusaha dan berikhtiar bagi memastikan kesejahteraan dan aspek kebajikan dapat dioptimumkan khususnya melalui perlindungan sosial.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 12/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Serbuan di rumah Trump, 'rahsia besar' ditemui.. Memanglah, sama-sama geng pengganas, mana ada kejujuran? Realitinya, mesti saling gigit-menggigit!

(ii) Malaysia SKSSR... Inisiatif ini selari dengan prinsip Islam yang sentiasa menggalakkan setiap individu sentiasa berusaha dan berikhtiar bagi memastikan kesejahteraan dan aspek kebajikan dapat dioptimumkan khususnya melalui perlindungan sosial. Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails