Monday, August 08, 2022

.S'pura tarikh balik 2 lagi produk ais krim & makanan.

 

Dua produk ais krim popular, Haagen-Dazs, yang ditarik semula daripada pasaran oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas ia dikesan mengandungi racun perosak. - Foto SFA

1. Singapura tarik balik 2 lagi produk ais krim Haagen-Dazs

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan, dua produk ais krim popular, Haagen-Dazs, ditarik semula daripada pasaran selepas ia dikesan mengandungi racun perosak.

Sebelum ini, dua produk ais krim Haagen-Dazs ditarik semula bulan lalu berikutan dikesan mengandungi racun perosak sama, etilena oksida.

Produk terkini yang ditarik semula adalah perisa ais krim Belgian Chocolate bersaiz 100 mililiter (ml) dengan tarikh luput 8 Jun 2023, serta ais krim Cookies & Cream bersaiz 473ml dengan tarikh luput 27 Mei 2023.

Produk yang ditarik semula bulan lalu membabitkan dua ais krim vanila Haagen-Dazs jenis pain dan Classic Collection Mini Cups, dengan tarikh luput antara 4 Julai 2022 dan 21 Julai 2023.

Semua produk yang ditarik semula daripada pasaran itu adalah diimport dari Perancis.

Produk terkini ditarik semula selepas Sistem Amaran Pantas Makanan milik Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah, mengeluarkan notifikasi tarik semula bagi kedua-dua perisa itu selepas mengesan kewujudan etilena oksida.

Etilena oksida tidak diluluskan untuk kegunaan dalam makanan.

Menurut SFA, meskipun tiada risiko segera akibat pengambilan makanan yang tercemar dengan kadar etilena oksida yang rendah, pendedahan jangka panjang mungkin menyebabkan masalah kesihatan.

"Sehubungan itu, pendedahan pada bahan ini perlu diminimumkan sebanyak mungkin," katanya.

Menurut laporan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS), manusia yang terdedah pada etilena oksida untuk jangka panjang berisiko mengalami kerengsaan pada mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru, serta merosakkan otak dan sistem saraf, selain meningkatkan risiko kanser.

SFA menasihatkan pengguna yang sudah membeli produk terkesan itu untuk mendapatkan rawatan perubatan jika sudah memakan produk itu dan bimbang dengan keadaan kesihatan. - AGENSI


2. Singapura tarik produk makanan mengandungi bahan meragukan Julai 27, 2022 @ 6:33pm 

Kek Aneka 'Best One' perisa pisang yang ditarik balik kerana mengandungi kadar asid sorbik yang tinggi. - Foto ihsan SFA

SINGAPURA: , Produk kuih terpilih daripada sembilan pengeluar tempatan, serta Kek Aneka 'Best One' (rasa pisang) dan pek campuran buah-buahan Bake King, ditarik balik dari pasaran kerana penggunaan bahan diragui serta bahan tambahan tidak diisytiharkan.

Penarikan balik itu memberi kesan kepada produk kuih seperti kuih lapis, kuih ubi kayu dan ondeh-ondeh daripada Toh Chuan Kee Foodstuff, Tongli Food Manufacturing, AMK Nonya Kueh, Chit Guan Foodstuff, Delight Baker, Thomson Foodstuff Manufacturing, Sin Hwa Coconuts Industrial, Tiong Bahru Tian Bo Shui Kueh dan Lim Food Industries.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung pengeluaran, pengedaran dan penjualan produk kuih yang terbabit mulai semalam sehingga diberitahu kelak.

Produk kuih itu dikesan mengandungi asid benzoik dan asid sorbik yang tinggi, melebihi had dibenarkan digunakan hanya dalam pengisian produk kuih.

SFA juga menemui asid sorbik dalam Kek Aneka 'Best One' (rasa pisang) yang melebihi had maksimum seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura, dan sulfur dioksida, alergen yang tidak diisytiharkan, dalam buah-buahan campuran Bake King. 

Asid benzoik dan asid sorbik adalah bahan tambahan biasa yang selamat apabila digunakan dalam kuantiti yang kecil, namun SFA berkata kajian terhadap haiwan yang diberi makan asid benzoik dalam dos tinggi mengalami kerosakan pada sistem saraf serta perubahan dalam otak.

Haiwan yang diberi makan dengan dos asid sorbik yang tinggi menunjukkan kesan seperti pertumbuhan yang terencat.

Pada masa sama, tahap sulfur dioksida yang berlebihan dalam makanan boleh mengakibatkan tindak balas alahan pada orang yang hipersensitif kepada sulfat.

Gejala yang dikesan termasuklah ruam kulit, kegatalan, sakit perut, cirit-birit, dan muntah.

"Pengguna yang sudah memakan produk yang terbabit dan bimbang mengenai kesihatan mereka boleh mendapatkan nasihat perubatan," kata SFA. - AGENSI

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails