Thursday, August 11, 2022

10 projek berskala besar.. PAS Perlis buka kepada Umno

 


1. Sekuriti makanan: Perlis laksana 10 projek berskala besar

KANGAR: Perlis telah memulakan strategi dan pelaksanaan bagi menggerakkan pengeluaran makanan secara komersial bermula dari tahun 2014 lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob, berkata 10 projek berskala besar telah dan sedang dilaksanakan selaras dengan dasar Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025.

“Antaranya Projek Superfruits Valley seluas 50 hektar di Hutan Simpan Rimba Mas-Mas oleh FigDirect Sdn Bhd dengan tanaman lemon, buah tin, gac, markisa dan mulberi.

“Projek Tanaman Nanas MD2 seluas 87 hektar di Wang Kelian oleh GG Eco Farm Sdn Bhd dan juga projek tanaman Pisang Cavendish seluas 160 hektar di Hutan Simpan Kekal Lubuk Sireh oleh PCE Retails Sdn. Bhd,” katanya semasa menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (PAS-Guar Sanji) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini.

Mohd Ridzuan mengemukakan soalan berhubung perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Perlis sebagai hab pertanian dalam skala sederhana dan besar bagi menjamin bekalan makanan untuk masa akan datang.

Nurulhisham berkata, pihaknya juga sedang membangunkan Zon Ekonomi Pertanian Bio Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NAEZ) yang diterajui oleh pihak swasta.

“NAEZ menyasarkan lebih daripada RM2.5 billion pelaburan dan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

“Ia juga bakal meningkatkan produktiviti dan daya saing rantaian nilai industri pertanian melibatkan sektor hiliran dan huluan pertanian, penyelidikan, pembangunan dan pengkormesilan (R&D&C), modal insan dan aspek pembiayaan projek,” katanya.

Menurut beliau lagi, menerusi Jabatan Pertanian negeri, empat program utama telah dilaksanakan antaranya pewujudan ladang benih padi selaras dengan hasrat menjadikan Perlis sebagai pengeluar benih padi bernilai tinggi.

“Sehingga kini, sebanyak 228 projek telah dilaksanakan di bawah Program Pertanian Bandar dan Kebuniti melibatkan seramai 6,138 orang peserta dengan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

“Manakala Projek Pertanian Pemacu Ekonomi Hidroponik (PEH) pula sedang dilaksanakan secara berfasa melibatkan penyertaan peserta dari 15 kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Program ini sekaligus akan memberi manfaat kepada 125 orang peserta,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2022


2. MN: PAS Perlis sentiasa buka ruang kepada Umno 

KANGAR: PAS Perlis sentiasa membuka ruang khasnya kepada Umno negeri untuk terus bersama dalam Muafakat Nasional (MN).

Pesuruhjayanya, Mohd Shukri Ramli menzahirkan kekecewaan kerana Umno Perlis menyatakan hasrat untuk tidak lagi berkawan dengan PAS.

“Kita kini sedang usahakan perpaduan ummah, tetapi Umno pula menyatakan hasrat sebaliknya.

“Walau bagaimapun kita sentiasa bersedia, kerana sebelum ini saya pun runsing mahu meletakkan calon di mana sebab Arau dan Padang Besar masih bersama dengan kita,” katanya yang juga ADUN Sanglang ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Menurutnya lagi, Arau kini sedang berusaha untuk kembalikan MN seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah kami di Arau, mengalukan hasrat Umno dan Barisan Nasional bahagian Arau untuk bersama dalam MN.

“Namun begitu, harapan saya masih mahukan MN ini kembali dan kepada kawan-kawan yang bukan Islam juga dialukan untuk bersama dengan kita,” katanya lagi.

Beliau turut menyentuh aspek kebersihan yang wajar dititikberatkan untuk memastikan Perlis terus mendapat tempat di hati pelancong,

“Walaupun kerajaan negeri mempunyai Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025, kerjasama erat dari setiap rakyat amat diperlukan.

“Setiap rakyat perlu mengubah sikap dan meningkatkan amalan kebersihan dalam kehidupan terutama penjagaan alam sekitar dan premis makanan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/8/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 10 projek berskala besar.. Perlis buka kepada Umno. Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Tokoh tokoh ahli agama yg ramai x tahu.
Menentang penjajah dan pejuang kemerdekaan.
Dato seri maharaja lela - mufti perak.
Tok janggut - hj hassan bin munas pengajian pondok.
Dato Bahaman - Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh.
Mat Kilau - Mat Kilau bin Imam Rasu.
Tok Gajah - Imam Rasu bin Shahrum.

Sapa kata orang agama x sayang tanah air.
JOM PAKAT PAKAT SOKONG PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails