Sunday, July 17, 2022

Percepatkan pembinaan Pos Kawalan Imigresen di Pagalungan

 

Pos Kawalan Imigresen Pagalungan
Hamzah ketika meninjau pengoperasian pos kawalan imigresen di Pagalungan. - Foto ihsan KDN


1. Percepatkan pembinaan Pos Kawalan Imigresen di Pagalungan

NABAWAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan rancangan pembinaan bangunan Pos Kawalan Imigresen di Pagalungan dapat disiapkan dengan kadar segera pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pembinaan pos kawalan imigresen seluas 26.3 hektar itu akan bermula apabila proses pengambilan tanah selesai kelak.

Beliau berkata, ia bukan ia hanya menempatkan kompleks imigresen semata-mata tetapi turut menempatkan kompleks kastam, polis dan sebagainya.

"Proses ini kita minta supaya dipercepatkan, kalau dapat tahun ini. Kita sudah mengenal pasti dan tengok kawasan menggunakan helikopter dan saya lihat di kawasan sebelah Indonesia, mereka sudah mulakan.

"Di kawasan kita belum lagi sebab itu saya akan percepatkan," katanya.

Hamzah berkata, pembinaan pos kawalan imigresen terbabit adalah usaha pihaknya dalam mengatasi masalah keselamatan membabitkan golongan pendatang tanpa izin (PATI) memasuki negara tanpa mempunyai dokumen sah

"Kita tidak mahu mereka masuk tanpa menyediakan dokumen sah. Sebab itu kita perlukan satu kompleks yang boleh menentukan sesiapa keluar masuk untuk kita daftar kerana data itu amat mustahak.

"Kita telah pun mempunyai satu masalah yang besar dalam negeri Sabah ini kerana sudah terdapat ramai PATI. Maka kita tidak mahu adanya pintu masuk yang amat mudah untuk mereka ini keluar masuk,

"Selain itu, ini juga untuk memberikan kemudahan kepada penduduk kawasan ini agar tidak perlu pergi jauh untuk urusan laporan kelahiran, kematian atau pun laporan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi tinjauan pengoperasian pos kawalan imigresen di

Pagalungan dan sekitar kawasan yang bersempadan dengan Indonesia, disini, semalam.

Dalam pada itu, Hamzah turut berkata, ini juga usaha pihaknya untuk membantu dan memudahkan urusan rakyat khususnya yang tinggal di kawasan pendalaman. (BH)


2. Pas Menyeberangi Sempadan boleh didapati di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan – PM 

KOTA KINABALU: Penduduk sekitar Pagalungan kini boleh mendapatkan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas ke Kalimantan, Indonesia di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan.

Perkara ini dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

”Saya mahu berkongsi berita gembira bagi penduduk sekitar Pagalungan, Nabawan yang memerlukan Pas Menyeberangi Sempadan atau Pas Lintas Batas. Mereka tidak perlu lagi pergi sejauh lebih 100 kilometer ke Keningau untuk mendapatkan pas berkenaan yang kini didapati di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan.

“Bagi memastikan “no wrong door policy”, urusan pembaharuan Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), kini boleh dilakukan di semua pejabat Imigresen di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, kerajaan turut menyedari pentingnya kerjasama antara negara jiran dalam mengawal sempadan negara yang kini terus diperketat kawalannya.

“Sehubungan itu, Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina akan disemak semula bagi mengukuhkan hal ehwal pertahanan dan keselamatan di perairan Sabah,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong. (SM)

Daerah Kecil Pagalungan
Etimologi: Pertemuan Kuala Sungai
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
Ditubuhkan1 Jun 2006
DaerahDaerah Nabawan
Kerajaan
 • BadanPejabat Daerah Kecil Pagalungan
 • DUNYang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (BERSATU) (Nabawan)
Luas
 • Jumlah205,661.30 km2 (79,406.27 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah7,640
 Populasi
Zon waktuMST
Daerah KejirananNabawan

Lihat sebelum ini.. 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Low Klass punya lapuran polis. Kes Sutan Kiram Sulu Pemuda PAN buat laporan polis terhadap Bossku.

Baru ada klass. Elok Tun, Tommy Tomas, Anwar Gayboy Malaysia, Tokong yang buat laporan pilis pada Bossku

Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan menuduh Najib memanipulasi fakta berhubung isu rampasan dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Ketua Strategi Pemuda Amanah Ammar Tan dilaporkan sebagai berkata, laporan polis dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 499 dan 505 Kanun Keseksaan.

Elok segerakan supaya Tun, Tommy Tomas, Anwar Gayboy Malaysia, Tokong yang buat laporan pilis pada Bossku.

Baru ada klass..!!

KHALAS

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas. Malaysia boleh pergi lebih jauh dengan pas. Tiada bocor sebab rasuah. Semua cukai dan projek kembali kepada rakyat. Parti lain banyak kes rasuah. Eng guan dgn kes trowong. Abam guna jet kerajaan masa jijah jadi tpm. Salah guna kuasa. Abam pun kaya. Ada rumah harga juta juta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails