Sunday, October 03, 2021

P.Pinang jambatan ke 3 ganti terowong.. P.Tioman, G/Higland ditangguh.


1. P.Pinang perlu teliti kesan, keperluan bina jambatan ketiga.

NIBONG TEBAL: Kerajaan Pulau Pinang dinasihatkan agar meneliti beberapa perkara dari aspek kesan ekonomi sosial, persekitaran dan analisis kos manfaat, sebelum meneruskan dengan perancangan membina jambatan ketiga bagi menggantikan terowong dasar laut, kata Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Seri Fadillah Yusof.

“Dalam pelaksanaan apa-apa projek, kita perlu lihat beberapa perkara khususnya kajian awal tentang keperluan projek ini, dan seterusnya aspek kesan ekonomi sosial, persekitaran dan analisis kos manfaat.

“Saya enggan mengulas lanjut kerana setakat ini, pihak kementerian tidak ada menerima permohonan rasmi dari kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang media selepas menyempurnakan penyerahan projek naik taraf Laluan Persekutuan FT001 serta projek naik taraf jambatan FT.001/724/5 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebagai berkata kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut telah siap, dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lama lagi, sejurus segala ulasan daripada agensi teknikal, termasuk agensi-agensi persekutuan, diterima.

Chow turut berkata bahawa kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan membina jambatan sebagai hubungan laluan ketiga bagi menggantikan projek terowong dasar laut, namun ia belum lagi dipertimbangkan.

Sementara itu, Fadillah berkata Kementerian Kerja Raya komited untuk memainkan peranan sebagai penggerak ekonomi negara, di mana sektor pembinaan menyumbang sebanyak 4.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Setiap RM1 juta yang kementerian peruntukkan untuk sektor ini, mempunyai kesan pengganda sekurang-kurangnya 2.8 kali.

“Sektor pembinaan adalah sangat penting, kerana ia mempunyai kesan limpahan ke atas sektor lain seperti sektor perkhidmatan dan perbankan,” katanya. – BERNAMA

2. Gelembung pelancongan di Pulau Tioman, Genting Highlands ditangguh

ROMPIN: Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Okt ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak, kata Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim.

Beliau berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Sehubungan itu, katanya hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.

“Bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan kami minta mereka hubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SOP Pulau Tioman di pintu masuk utama Terminal Feri Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok), di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan selepas Pulau Langkawi, Kedah, tiga lagi destinasi akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik iaitu Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.

Mengenai pelaksanaan SOP di Pulau Tioman, Kamaruddin berkata antara SOP yang dikenakan ialah pengunjung mesti lengkap dua dos vaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19 masing-masing sebelum menaiki feri.

Beliau berkata sekiranya pengunjung membuat saringan kendiri mereka boleh membeli kit ujian kendiri di jeti atau di tempat lain, namun ujian mesti dilakukan di terminal jeti.

“Bagi individu yang melakukan ujian di klinik, mereka perlu membawa surat keputusan ujian untuk diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.

“Dengan melakukan ujian saringan, ia turut memberi keyakinan kepada pengusaha pelancongan menerima pengunjung di lokasi mereka,” katanya.

Dalam pada itu, selaras dengan peralihan Pahang ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), beliau mengharapkan penduduk negeri ini kembali membantu merancakkan sektor pelancongan yang terjejas sekian lama akibat Covid-19.

“Selepas beralih ke Fasa Tiga, banyak aktiviti dilonggarkan malah rentas daerah juga dibenarkan dan saya berharap lebih ramai yang berkunjung ke lokasi menarik di negeri ini seperti Janda Baik, Taman Negeri Rompin dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

(IH)

6 comments:

Anonymous said...

Nasib Melayu Pulau Pinang bagaikan umat Palestin di Gaza.

Daerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza

Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Barat Daya (BD) yang masing-masing berada di tanah besar dan tanah pulau negeri ini sudah bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza di Palestin.

Dari segi demografi ujar beliau, hanya tiga dari 13 Parlimen di negeri ini merupakan kawasan majoriti Islam-Melayu iaitu 78.56 peratus di P.41 Kepala Batas dan 72.23 peratus di P.42 Tasek Gelugor.

Manakala di P.53 Balik Pulau beritahunya, yang merupakan satu-satunya kawasan majoriti Islam-Melayu masih tinggal di dalam pulau ini, sudah semakin menyusut dengan berbaki hanya 64.9 peratus.

Sebabnya kenapa jadi begitu ianya di sebabkan pemimpin Melayu dari negeri Kedah Lama punya angkara khianat.

Ada pulau pulau Strategik seperti Singapura sedekah pada Lee Kwan Yew, Pulau Pinang sedekah pada Francis Light Pulau Batu Putih yg timbul tenggelam baru tahun lepas Tun sedekah pada anak Lee Kwan Yew.

Tak cukup pulau pulau strategik disedekahkan akidah dan iman pulak nak di gadai dengan ajaran Pluralisma Murtad , sokong lgbt sambil julang plakad COMANGO anak beranak perjuangkan Sister In Islam dan Seksualiti Merdeka anak beranak sekali.. Parti Barua PAN pun ada bau bau Syiah Pengerusi pun mai dari negeri Kedah Lama jugak tu.

Hebat Pemimpin Melayu Utara ini...

Suma nak digadai selagi nyawa masih di kandung badan.

Anonymous said...

Suma Melayu yg ada dlm umno sudah beramboss dari umno... melayu yg banyak berambos dari umno kebanyakan dri utara jadi barua lee kwan yew DAP

Anonymous said...

Bukti pencuri hado...!? fakta dah jumpo..!? Dah jatuh hukum ka blom..!?

Jangan fitnah jijik itu kerja ultra oopss dah jadi barua...

kikiki

Anonymous said...

Ha ha cari bukti tak jumpa

Tapi duit negara hilang berbillion.

Toyol curi kot ha ha

Menteri kerejaan gagal pun cakap duit dah kureng. Nak cukai baru lagi

Nak jumpa bukti.... Pilih PH pru nanti.

Anonymous said...

curi duit torwong jangan dilupe yeopp

Anonymous said...

Bukti mahkamah tengah bersidang torwong tak ada duit dah berjuta lingkup.. alahai.... seronok nye kau jilat cina tokong...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails