Tuesday, October 05, 2021

MP Pasir Mas minta KDN perjelaskan pendirian isu judi.

 

“Setuju atau tidak, Timbalan Menteri bahawa hujah mengatakan peningkatan cabutan judi boleh menghalang operasi judi haram, sebenarnya hujah yang tidak betul,” -AP Pasir Mas.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperjelaskan sama ada peningkatan cabutan judi daripada 8 kepada 22 undi boleh menghalang judi haram sebenarnya adalah hujah yang tidak betul.

Malah, katanya hujah itu tidak ada kaitan langsung pun dengan meningkatkan bilangan cabutan judi akan menyebabkan judi haram berkurangan, selain tiada kaitan dari sudut keselamatan dan bidang kuasa.

Katanya, peningkatan cabutan judi memang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, namun meminta pandangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin, berhubung pendirian KDN berhubung isu itu.

“Setuju atau tidak, Timbalan Menteri bahawa hujah mengatakan peningkatan cabutan judi boleh menghalang operasi judi haram, sebenarnya hujah yang tidak betul,” katanya ketika mencelah sesi pertanyaan Cha Kee Chin (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan itu, Jonathan berkata, jawapannya tetap sama seperti ketika menjawab soalan Rasah, iaitu isu itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan kajian lebih terperinci untuk mengenal pasti punca peningkatan dan penurunan kadar operasi judi haram.

Sementara itu, Jonathan berkata, KDN akan mempertimbangkan cadangan untuk meminda Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 bagi mengekang jenayah judi haram, sama ada secara maya atau fizikal.

Sejak 1 Januari hingga 31 Ogos, katanya sebanyak 7,374 operasi dijalankan terhadap premis judi dan sebanyak 7,765 tangkapan telah dibuat.

Bagaimanapun, katanya maklumat berhubung pendakwaan yang dibuat atas jenayah itu akan diberikan dalam bentuk jawapan bertulis. – HARAKAHDAILY 4/10/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya pihak kerajaan tidak mampu mempertahankan hujahnya yang mengatakan peningkatan cabutan judi boleh menghalang operasi judi haram. Itu sebenarnya hujah yang tidak betul..

Video:

New

New


NOW PLAY

1 comment:

Anonymous said...

Ada ke patut saksi kes trowong bunuh diri. Dah songlap duit, nyawa pun boleh dicabut. Berat dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails