Wednesday, September 22, 2021

TFC II di tempat ketiga, Mintah menang bersama Kasut Emas

 

Pemain Kelantan United (jersi merah) meraikan jaringan Mohd Hakim Ismail (depan) pada aksi Liga Perdana menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Kelantan United menang 1-0. - Foto NSTP/Ghazali Kori.

SUKAN

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFC II) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tumpas 0-1 kepada Kelantan United FC (KUFC) dalam aksi terakhir Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Biarpun tewas, skuad kendalian Badrul Afzan Razali tetap berjaya menamatkan saingan liga di tempat ketiga berbanding kedua musim lalu.

Dalam masa sama, penyerang utama skuad itu, Jordan Mintah muncul pemenang bersama Kasut Emas dengan penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Fernando Rodriguez apabila mereka masing-masing meledak 16 gol.

Pada perlawanan malam tadi, KUFC selaku tuan rumah terlebih dahulu menguji kubu pelawat menerusi rembatan kapten, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit kelapan, namun terkena pertahanan skuad TFC II.

Skuad The Turtles hampir lebih dulu di depan menerusi sepakan percuma Mintah pada minit ke-11, tapi terkena tiang gol sebelah kanan.

Pada minit ke-19, berpunca sepakan penjuru Mohamad Amirul Shafik Che Soh, pemain pertahanan, Mohd Hakim Ismail berjaya meledak gol pendahuluan susulan suasana kelam kabut dalam kawasan kotak penalti.

Tersentak jaringan itu, skuad The Turtles yang lebih banyak mendominasi permainan menggandakan asakan untuk memburu gol namun buntu. Dua peluang terbaik yang diperolehi masing-masing menerusi tandukan Mintah pada minit ke-24 dan Che Mohd Arif Che Kamaruddin minit ke-37.

Bersambung babak kedua, skuad The Turtles mendapat empat peluang keemasan pada minit ke-51 menerusi Masaki Watanabe dan Mintah pada minit ke-57, 58 dan 67, namun masih buntu menembusi pintu gol tuan rumah. Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan. (BH)

Perhatian:

Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia..

Rentas Mendunia.

2 comments:

Anonymous said...

Tak perlu nak heret Tun ke mahkamah ternyata cukup kebal cuma dengan Mukhriz jadi ganti, maka terus melingkuplah legasi ini.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa wujud rekod pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah sebanyak RM13 juta ke akaun bank luar negara adalah amat berat.

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Mukhriz Mahathir, menyifatkan itu kali pertama beliau mendengar dakwaan sedemikian.

Mukhriz berkata, kenyataan dikeluarkan Sanusi dianggap dakwaan sangat serius.

“Kita berharap boleh dapat kenyataan rasmi. Tidak perlulah melontar dakyah atau tohmahan begitu saja, seolah-olah langgar lari. Ini kali pertama saya dengar perkara itu apabila wartawan membangkitkan soalan berkaitan perkara itu.

“Saya juga tidak tahu tentang satu isu lagi yang turut dibangkitkan dan menanti kenyataan rasmi berhubung kedua-dua dakwaan tersebut sebelum membuat kenyataan lanjut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Petang tadi, Sanusi mendedahkan terdapat rekod membuktikan berlaku pemindahan wang milik MBI Kedah sebanyak RM13 juta dimasukkan ke akaun bank yang berpangkalan di Kanada.

Anonymous said...

At least dah ada basis utk mulakan siasat. Empunya badan sentiasa cari dalih jika perkara itu benar. Macam org tak nak ngaku berak atas jalan. Atau mcm bang non tak nak ngaku w/pun mahkamah dah ada keputusan. Atau mcm sajat cabut lari, tak nak ngaku salah. Pindah2 duit ni dan incoporated bukan cerita longgok kedai kopi. Jadi elok adakan siasat supaya bersih. Jika fitnah siasat boleh bukti ia fitnah. Jika benar, yg salah masuk penjara. Jadi selesai bab cuci fitnah dan pecah amanah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails