Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
PORT ELIZABETH, AFRIKA SELATAN: Lebih 60 ekor penguin yang juga spesies terancam mati akibat sengatan lebah di pantai luar Cape Town, menurut Yayasan Afrika Selatan untuk Pemuliharaan Burung Pesisir, semalam.
"Selepas diperiksa, kami temui sengat lebah sekitar mata 63 ekor penguin.
"Kejadian ini sangat jarang berlaku. Kami tidak menjangkakan ini akan berlaku kerap, ia adalah satu kebetulan. Ada juga lebah yang ditemui mati di tempat kejadian," kata doktor haiwan klinik yayasan itu, David Roberts kepada AFP.
Kawasan terbabit adalah taman negara dan lebah madu Cape adalah sebahagian daripada ekosistem.
"Penguin itu tidak sepatutnya mati seperti itu berikutan ia adalah spesies terancam kepupusan dan dilindungi," katanya.
"Tiada kecederaan fizikal luaran ditemui pada penguin berkenaan," menurut kenyataan taman negara itu.
Hasil bedah siasat menunjukkan semua penguin mempunyai sengatan lebah.
Penguin Afrika, yang mendiami pantai dan pulau di selatan Afrika berada dalam senarai merah Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi Antarabangsa iaitu haiwan yang mempunyai risiko tinggi kepupusan. - AFP
No comments:
Post a Comment