Tuesday, August 10, 2021

Hampir 20,000 jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu


PUTRAJAYA: Angka penularan kes COVID-19 di negara ini kembali menghampiri 20,000 kes, iaitu sebanyak 19,991 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,299,767 kes.

Katanya, enam negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Selangor dengan 7,338 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344) dan Kelantan (1,030).

"Selain itu ialah Perak dengan 953 kes, Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76) dan Perlis (24).

"Hanya Labuan mencatatkan satu kes baharu hari ini sekaligus menjadi wilayah yang melaporkan pertambahan kes terendah," katanya menerusi Facebook hari ini.

Jangkitan COVID-19 semakin serius dengan 360 pesakit meninggal dunia Ahad lalu. Gambar pasukan pengurusan jenazah Islam COVID-19 selesai mengebumi jenazah di Tanah Perkuburan Wakaf Islam, Kampung Padang, Melaka. - Foto NSTP/SYAFEEQ AHMAD

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China..

1 comment:

Anonymous said...

Baru nak sedar ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails