Sunday, August 08, 2021

PAS ucap terima kasih MP Umno kekal sokong PN

 

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen Umno yang kekal memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau percaya sebarang peletakan jawatan ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19 akan mengganggu proses Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Justeru itu katanya, sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen Umno terhadap kerajaan PN ketika ini membuktikan bahawa mereka mengutamakan agenda mensejahterakan kehidupan rakyat, memerangi Covid-19, mencapai imuniti berkelompok serta menstabilkan politik dan ekonomi negara.

“Kita sedia maklum sekurang-kurangnya tiga orang Ahli Parlimen Umno iaitu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Timbalan Perdana Menteri), YB Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan YB Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) sedang menggalas tugasan penting dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Sekiranya berlaku peletakan jawatan, maka proses pemulihan negara akan terganggu,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru itu, PAS menyeru agar ahli-ahli Parlimen lain turut bersama dan bersatu padu mendukung usaha Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan beranggapan bahawa situasi sekarang bukan masa untuk berpecah belah. – HARAKAHDAILY 7/8/2021

1 comment:

Anonymous said...

Mujur pemimpin bodoh ada dlm ph. Asyik bincang kuasa ketika covid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails