Sunday, August 08, 2021

Prihatin keluarga nelayan terjejas pendapatan, Al-haamdulillah!

 

PAS Lumut prihatin keluarga nelayan terjejas pendapatan

LUMUT: PAS Lumut menyampaikan kotak makanan kepada 25 buah keluarga yang menetap di perkampungan nelayan yang dikenali dengan nama Labuhan Bilis Teluk Senangin, di sini, hari ini.

Melalui program ziarag penduduk kampung itu, pihaknya turut menyampaikan barang mainan untuk anak-anak yang masih kecil di kampung tersebut.

Yang Di-Pertua PAS Lumut, Rosli Abdul Rahman ketika ditemui Harakahdaily berkata, majoriti penduduk kampung itu berasal dari negeri jiran, Kedah dan telah mendiami kampung itu dengan meneruskan kehidupan sebagai nelayan sejak dahulu lagi.

Salah seorang penduduk, Che Amah Osman berkata beliau telah mendiami kampung itu sejak lebih 43 tahun lalu selepas berkahwin dengan arwah suaminya yang merupakan penduduk asal dan memperoleh lapan orang anak hasil perkahwinan mereka.

Kongsinya anak-anak beliau kini mengikut jejak arwah suaminya yang bekerja sebagai nelayan sebagai sumber pendapatan harian keluarga.

Dalam pada itu, luahnya, kebanyakan suri rumah di sini membantu suami mereka dengan berniaga kecil-kecilan kepada pengunjung di Pantai Senangin.

Namun begitu, sususlan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada lagi aktiviti pelancongan dan perkara itu menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

“Saya bersimpati dengan keadaan mereka ketika ini. Nasihat saya, walaupun kehidupan penduduk di sini jauh daripada masyarakat luar, (namun) binalah hubungan dengan Allah sebagai tempat bergantung,” ujar Rosli.

Turut hadir ke program tersebut Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lumut, Hamidun Ahmad dan Alwi Abu Bakar; Ketua Muslimat, Rohawati Abidin Ketua Pemuda, Nizar Majid, aktivis PAS, Raai Yusof dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lumut. – HARAKAHDAILY 7/8/2021

1 comment:

Anonymous said...

Patut lebih ramai politisian mcm ni. Jgn asyik rebut kuasa. P raya sabah patut dijadikan contoh. Ramai yg dpt covid dari p raya. Bila dah holoba waras pun hilang. Fitnah jadi bahan penting.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails