Thursday, August 12, 2021

Berdentum lagi 'gendang kosong DAP..

 


MAKA berkata lagi Roketkini hari ini..

"[Usaha-usaha mencegah dan menangani kes rasuah perlu digiatkan lagi, tegas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng. 

Mengikut data tahun 2020 yang diberikan oleh Transparency International, beliau berkata, Malaysia terletak di tangga yang ke-51 daripada 180 buah negara. 

Menurutnya, kedudukan yang agak corot itu menyatakan bahawa budaya rasuah sudah berakar umbi dalam masyarakat dan jelasnya, ia sudah menembusi segenap lapisan masyarakat dari setiap aras jawatan, dari Menteri hingga ke pegawai.

“Oleh yang demikian, saya menyeru orang ramai untuk sama-sama menggembleng tenaga dan memberikan kerjasama dalam memerangi budaya rasuah.]"

Seru saja tak buat apa? Begitulah, gaya tindak dan carafikir di bawah serkup tempurung kolot DAP yang anti Islam. DAP tak buat apa, hanya campak soalan dan cakap berdegar-degar saja.. 

Selangor bawah PH jadi negeri gagal tangani Covic-19. Pemimpin DAP di Selangor lari masuk hutan Pahang bantu durian haram? 

Pulau Pinang bawah PH DAP, jadi negeri busuk tahi babi, dan terowong bawah laut yang gagal berfungsi.  Air bersih pun minta sedekah dengan negeri jiran. Bahkan bekas KMnya dan keluarga, terpalit rasuah? 

Mana suara-suara team anti rasuah yang dulu sebelum DAP dapat memerintah kerajaan berdegar-degar riuh rendah sebagai anti rasuah? Mana peguam-peguam itu sekarang?

Ataupun kenyataan di atas adalah usaha menyindir dan mahu bosnya Lim Guan Eng dan keluarga yang dikaitkan rasuah supaya sedar diri.. Kalau betul begitu, bagus!


Kepada saudara-saudara kita yang beragama Islam, kita rasa bertuah kerana agama kita adalah agama yang hebat, terutama dalam memerangi rasuah. Kita ada parti poltik Islam. Parti Islam PAS, bukan parti sekular yang terpisah dengan hari Akhirat. 

Untuk jadi pemimpin parti Islam mesti 'bersih yang ada kaitan dengan akhirat'. Contohnya bersh dari dosa besar atau dosa yang berterusan, dari sudut Islam.  Tidak boleh ada perogol seperti yang tertuduh ADUN DAP Perak, jadi pimpinan. Tidak boleh kepada perasuah, yang sekarang ini tertuduh di mahkamah. 

Maka dari segi praktikalnya, itu sebabnya negeri Kelantan berhasil wujudkan 'sifar (0)' rasuah. Tertuduh pun tiada, '0' juga. Mampukah DAP wujudkan negeri sifar rasuah di Pulau Pinang dan Selangor? Apalagi kalau untuk peersekutuan Malaysia yang ghuyup 22 bulan?

Jauh panggang dari api..


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails