Friday, August 13, 2021

Jururawat Palang Merah anti vaksin suntik guna air garam. Disiasat..

 

Jururawat suntik 9,000 orang dengan air garam.

MUNICH : Seorang jururawat anti vaksin mengaku menyuntik hampir 9,000 warga emas dengan picagari berisi air garam.

Berdasarkan laporan akhbar The Sun semalam, kejadian itu berlaku di Pusat Vaksinasi yang terletak  di Friesland, awal Mac lalu di mana suspek merupakan petugas Persatuan Palang Merah.

Pihak berkuasa bertindak memanggil penduduk setempat supaya mendapatkan suntikan vaskin sekali lagi jika tidak yakin dengan dos yang diterima.

Anggota majlis perbandaran tempatan, Sven Ambrosy terkejut dengan insiden tersebut.

“Hari ini saya menjalankan satu tanggungjawab berat apabila terpaksa memaklumkan 8,600 penduduk bahawa suntikan yang mereka terima adalah air garam semata-mata dan bukan vaksin Covid-19.

“Bagi memastikan ketenangan jiwa semua orang, pihak perbandaran mengesyorkan agar mereka yang menerima suntikan vaksin pada awal Mac lalu untuk mendapatkan suntikan semula,” katanya menerusi Facebook.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, jururawat berkenaan dipercayai menukar kandungan vaksin di dalam botol kerana dia bertanggungjawab untuk proses penyediaan vaksin dan jarum sepanjang bertugas di pusat vaksinasi itu.

Penyiasat polis, Peter Beer  memberitahu bahawa sehingga kini, pihaknya belum mendapat motif jelas atas tindakan suspek,  namun dilaporkan jururawat tersebut pernah menyuarakan pandangan skeptikal berkenaan vaksin di media sosial.

– REUTERS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails