Wednesday, August 11, 2021

Seksual 11 Wanita, Gabenor New York. Hebat Islam!

 

Skrin gergasi di Times Square memaparkan laporan berita Cuomo meletak jawatan atas dakwaan terbabit gangguan seksual. FOTO AFP

Dakwaan gangguan seksual, Gabenor New York letak jawatan

NEW YORK: Gabenor New York, Andrew Cuomo yang didakwa terbabit dengan gangguan seksual terhadap 11 wanita, mengumumkan peletakan jawatannya, semalam.

Cuomo, 63, berkata peletakan jawatannya itu bermula dalam tempoh 14 hari dan tempatnya akan diganti Kathy Hochul, rakannya di Demokrat sekali gus menjadi gabenor wanita pertama New York.

"Saya fikir, disebabkan perkara ini (dakwaan), adalah terbaik untuk saya meletakkan jawatan dan menyerahkan pentadbiran diteruskan kerajaan," katanya menerusi siaran televisyen tempatan.

Cuomo sebelum ini terkenal dan dipuji penduduk New York kerana berjaya mengawal pandemik COVID-19, sebelum terbabit dalam tuduhan gangguan seksual serta cubaan menutup kes kematian di rumah jagaan akibat wabak itu.

Dia berasal daripada keluarga politik yang mana ayahnya, Mario menjadi gabenor selama tiga penggal manakala adiknya, Chris adalah bintang CNN.

Sebelum ini, beliau beberapa kali menafikan dakwaan terbabit gangguan seksual menerusi laporan mengejutkan disiarkan pejabat Peguam Negara, Letitia James, minggu lalu

Bagaimanapun dia memohon maaf terhadap wanita yang terganggu dengan sikapnya kerana beliau mahu menjadi individu yang 'mesra dengan semua orang'.

"Saya mahu menjadi sangat mesra dengan orang. Saya memeluk dan mencium secara kasual, lelaki dan wanita. Saya memang begitu setiap masa.

"Dalam fikiran saya, saya tidak pernah melampaui batas dan tidak sedar saya sejauh mana garisan batas itu," katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di situ hebatnya agama Islam. Kerana parti Islam bukan parti sekular yang terpisah dengan hari Akhirat. Untuk jadi pemimpin parti Islam mesti 'bersih yang ada kaitan dengan akhirat'. Contohnya bersh dari dosa besar atau dosa yang berterusan, dari sudut Islam. 

Tidak boleh perogol seperti yang tertuduh ADUN DAP Perak. Tidak boleh perasuah. Maka itu sebabnya negeri Kelantan berhasil wujudkan 'sifar (0)' rasuah. Tertuduh pun tiada, '0' tertuduh rasuah. Al-haamdulillah, pilihlah PAS, kalau di Malaysia.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails