Tuesday, August 10, 2021

Pembangkang utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong

 

Ahli Parlimen PKR, DAP, AMANAH dan beberapa parti lain mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, hari ini. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang hari ini mengutus surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

"Ya kita ada buat surat (akuan). Surat itu dihantar menerusi parti (masing-masing dalam komponen Pakatan Harapan).

"Cuma saya tak pasti bila surat itu dihantar tetapi saya ada dimaklumkan mengenainya," katanya kepada BH.

Selain itu, Parti Warisan Sabah (WARISAN) turut mengesahkan ada mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara sama.

Ketua Wira WARISAN yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman memaklumkan parti itu sudah menandatangani dan menghantar surat berkenaan.

"WARISAN juga mengesahkan perkara ini. (Surat) ditandatangani dan diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong," ciapnya di Twitter.

Sebuah portal melaporkan semua 105 Ahli Parlimen pembangkang terdiri daripada PKR, AMANAH dan DAP mewakili Pakatan Harapan, selain PEJUANG serta wakil rakyat Bebas, mengutus surat menolak kepemimpinan Muhyiddin kepada yang di-Pertuan Agong.

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan, surat terbabit dihantar pada jam 4 petang, hari ini.

Tindakan itu susulan langkah 13 Ahli Parlimen UMNO yang menghantar surat akuan menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan PN seperti diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO turut melampirkan surat akuan terbabit di media sosial. (BH)

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China..

2 comments:

Chak Boo Liou said...

Bodoh !!!!Agong dah pekenan buat undi percaya ke atas PM di Dewan rakyat pada september ini...ikut lah. Apa yang terhegeh-hegeh tulis surat lagi kepada Agong ???Tak reti bahasa ke manusia politik ni???

Anonymous said...

Depa ni dari jenis jin. Tak faham2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails