Wednesday, August 11, 2021

Keabsahan K'jaan PN berlandas perlembagaan -Dr Mohammad Tawfik

 


KUALA LUMPUR: Setakat ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti sokongan ahli-ahli Parlimen untuk terus mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keabsahan perdana menteri serta kerajaan PN adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan masih mempunyai majoriti dan pembangkang juga gagal membuktikan mereka boleh menafikan dan menyanggah majoriti yang dimiliki oleh PN.

“Maka saya yakin, kerajaan PN masih berfungsi dan absah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Pembangkang boleh menyatakan apa sahaja pandangan tetapi perlu disahkan dakwaan mereka dan mesti berpandukan perlembagaan Persekutuan jika benar mempunyai majoriti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga berkata, parti kompenan yang pernah bersama PN tidak wajar mendesak menteri-menteri yang mewakili parti itu meletak jawatan ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 5/8/2021


Lihat kisah misteri sebelum ini. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails