Wednesday, September 04, 2019

Jom Bantu 130 Penduduk/70 Rumah Terbakar Di Sabah.




TAWAU: Orang ramai dirayu membantu 130 penduduk dari 70 rumah kediaman yang hangus terbakar dalam tragedi di Kampung Sri Menanti (Otentik), Tanjung Batu Darat, di sini 26 Ogos lalu.
Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Mohamad Husain berharap lebih ramai pihak tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa terbabit.
Beliau juga selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau memaklumkan, sumbangan boleh diberikan berupa wang tunai mahupun barangan makanan serta kegunaan harian.
Seruan tersebut dinyatakan beliau ketika hadir menyerahkan sumbangan, selain pelbagai pihak juga berbuat hal sama kepada mangsa-mangsa di pekarangan Masjid Nurul Huda, di sini 31 Ogos lalu.
"Terima kasih juga kepada PAS Kawasan Silam, PAS Kawasan Kluang, orang perseorangan, NGO-NGO dan syarikat-syarikat serta lainnya yang telah bersama PAS Tawau membantu meringankan beban mangsa.
"Bagi pihak mangsa, kami amat berterima kasih dan bersyukur. Kami juga berharap agar pihak mangsa bersabar dalam menghadapi ujian ini," ujar beliau menyampaikan barangan berupa keperluan makanan.
Kejadian tersebut sukar dihadapi pasukan Bomba yang berusaha memadamkan kebakaran berikutan laluan masuk sempit, selain struktur rumah dibina rapat dan tekanan air juga rendah. -HARAKAHDAILY 3/9/2019

Lihat..
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails