Friday, September 06, 2019

Kalau PAS Berkuasa, Sukan Jadi Ibadah. Ini 5 Perkara..

Hasil carian imej untuk polisi Islam dalam sukan?
Bagaimana polisi Islam dalam sukan?
KETIKA sesi dialog dalam satu majlis, ada soalan mengenai bagaimana polisi Islam dalam hal ehwal kesukanan? Kalau PAS diberi kuasa pemerintahan kelak, adakah sukan akan diharamkan?
Bagi menjawab persoalan ini, perlu diketahui  bahawa sukan juga sebenarnya adalah salah satu ibadah.
Selain ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, membaca Al-Quran dan lain-lain, sukan juga adalah ibadah yang termasuk dalam kategori ibadah umum.
Ya! Sukan adalah ibadah!
Maka, tiada apa-apa yang salah pada aktiviti sukan. Yang menentukan sukan itu dibolehkan atau tidak ialah bagaimana sukan itu dianjurkan dan dimainkan oleh pemain.
Untuk menjadikan aktiviti sukan itu menjadi satu ibadah, ada lima syarat yang perlu dipatuhi:
Syarat 1: Niat
Niat atau tujuan bersukan (riyadhah) mestilah untuk menjadikan tubuh badan kita sihat. Tubuh yang sihat adalah merupakan tuntutan Islam.
Bahkan, ia menjadi sebahagian daripada maqasid al-syariah, iaitu memelihara nyawa. Nyawa dipelihara melalui jasad fizikal yang sihat.
Maknanya, bersukan adalah merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat. Melaksanakan tuntutan syariat, dapat pahala. Dapat keredhaan Allah.
Syarat 2: Peraturan (syarat) mesti bertepatan dengan syariat
Ya, semua peraturan dan syarat-syarat untuk sesuatu aktiviti sukan tersebut, mestilah bertepatan dengan syariat.
Umpamanya, bayaran wang penyertaan dan hadiah-hadiah untuk pemenang. Untuk menyertai sesuatu pertandingan, biasanya ada yuran dikenakan. Jika pasukan/individu tersebut kalah, maka yuran tersebut hangus dan pasukan/individu tersebut balik dengan tangan kosong, tak dapat apa-apa.
Hal seperti ini dianggap umpama satu perjudian, berdasarkan KitabFiqh Al-Manhaji dalam bab 'musabaqah' (pertandingan).
Kenapa dianggap berjudi? Kerana ada modal dikeluarkan oleh semua pihak (wang penyertaan). Tapi bila kalah, hanya yang menang sahaja dapat habuan. Yang kalah tak dapat apa-apa. Sama macam berjudi.
Maka, untuk mengelakkan unsur perjudian, pihak penganjur juga perlu turut sediakan hadiah saguhati untuk individu/pasukan yang kalah. Jadi, semua pasukan yang bayar yuran penyertaan akan dapat hadiah. Bezanya, yang menang dapat hadiah utama. Yang kalah dapat hadiah saguhati.
Begitu juga peraturan-peraturan yang lain seperti etika pakaian, peraturan perlawanan, peralatan yang digunakan dan lain-lain, ianya mestilah bertepatan dengan syariat.
Syarat 3: Pelaksanaan yang menepati syariat
Selain aspek peraturan seperti syarat yang kedua di atas, bagaimana sesuatu aktiviti sukan itu dilaksanakan juga mestilah menepati syariat.
Contohnya, aktiviti sukan yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita tanpa ada batasan had dan penjagaan aurat.
Misalnya sukan renang berirama. Sukan seperti itu mestilah diadakan di tempat tertutup, hanya melibatkan wanita sahaja. Penontonnya wanita, pengadilnya wanita, perenangnya wanita, semua kru dan penganjurnya mestilah wanita.
Begitu juga dengan pertandingan bina badan, pesertanya mestilah menutup aurat. Kerajaan Negeri Kelantan telah menunjukkan contohnya dalam kejohanan Mr Awang Selamat pada tahun 2018.
Khairul Idham Pawi juga pernah menunjukkan contoh yang selari dengan syarat ketiga ini. Ketika berada di podium untuk menerima pingat, beliau melarikan diri mengelak daripada disembur dengan arak oleh pemenang di sebelahnya. Tindakan beliau sangat besar mesejnya kepada dunia sukan permotoran!
Basikal lajak? Macam mana pulak? Kalau basikal tersebut ditunggang dengan cara melulu, merbahaya, mengganggu pengguna jalan raya yang lain, ia tidak menepati syarat ketiga ini.
Naiklah basikal lajak setara manapun, asalkan ianya selamat, tidak memudharatkan diri dan orang lain, serta tidak menggangu pengguna jalan raya dan makhluk Allah yang lain. Yang tu ok, boleh lajak.
Syarat 4: Hasilnya mesti menepati syariat
Apa-apa aktiviti sukan atau permainan, hasil atau natijahnya mestilah menepati kehendak syariat.
Dalam bahasa mudahnya, dengan bersukan itu, menjadikan seseorang itu makin baik akhlaknya, makin mulia pekertinya, makin dekat hubungannya dengan Tuhan.
Jika dengan aktiviti sukan itu menjadikan perangainya semakin jahat, makin bengis, makin bangga diri (sebab menang dan terkenal), makinlagha, makin hanyut jauh daripada Tuhan, maka aktiviti sukan tersebut tidak dianggap sebagai ibadah.
Syarat 5: Tidak meninggalkan perkara yang wajib
Ketika aktiviti sukan tersebut dilaksanakan, perkara-perkara yang wajib hendaklah ditunaikan.
Misalnya, menutup aurat, memelihara solat, memelihara maruah diri, tidak menzalimi makhluk yang lain (haiwan yang digunakan untuk bersukan) dan lain-lain perkara yang wajib di dalam syariat.
Jika Ruqaya Al-Ghasara (johan pelari pecut) dari negara Bahrain boleh mendapat pingat emas beberapa kali dengan berpakaian menutup aurat, mengapa tidak para atlet wanita kita dalam aktiviti-aktiviti sukan seumpamanya?
Kesimpulan
Sebagai rumusannya, sukan adalah satu aktiviti dan bidang profesional yang diiktiraf oleh Islam. Sukan mampu menjadikan manusia semakin dekat hubungannya dengan Tuhan, asalkan syarat-syarat di atas dapat dipatuhi.
Dalam realiti hari ini, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh mewujudkan panel penasihat syariah yang melibatkan tokoh-tokoh ilmuwan dan pakar yang berkaitan, untuk menggubal garis panduan sukan yang patuh syariah.
Usaha ini didapati telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan melantik Sohibus Somahah Mufti Terengganu sebagai Ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).
Selain itu, sukan juga merupakan satu kaedah bersosial yang mampu mengharmonikan hubungan dalam masyarakat.
Ramai ahli politik berkelahi di atas pentas, namun mereka boleh duduk bersama di dalam sukan, lebih-lebih lagi jika mereka menyokong pasukan yang sama seperti Liverpool.
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN

Yang tiba-tiba semangat untuk bersukan! - HARAKAHDAILY 6/9/2019

(Tulisan ini adalah olahan penulis berdasarkan rujukan di dalam buku Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, oleh Prof Muhammad Syukri Salleh, ketika pengajian peringkat sarjana di dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia)
Hasil carian imej untuk polisi Islam dalam sukan?
Hasil carian imej untuk polisi Islam dalam sukan?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beruntungnya kalau wujud negara Islam, segala kegiatan negara jadi ibadat, seperti sukan, nyanyian, cari harta, bahkan seluruh kegiatan hidup di dunia. 

Berpahala di dunia dan akhirat. Tidak ada sebab mengapa mesti tolak PAS? Bukan Islam, atau yang tidak percaya hari Akhirat pun tidak ada ruginya bernaung di bawah kerajaan Islam di dunia...

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails