Monday, September 02, 2019

Merdeka! GRO: Premis Lesen Sah, 3X Diserbu..


Hasil carian imej untuk Merdeka! GRO: .

SERAMAI 10 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan polis menerusi serbuan di Jalan Bandar Puteri Puchong, malam tadi.
Operasi dijalankan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu menahan warga asing terbabit selepas pemeriksaan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, dalam serbuan bermula 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan 10 wanita Vietnam dan lima lelaki Myanmar berusia antara 25 hingga 30 tahun disebabkan bekerja tanpa permit yang sah.
"Semasa serbuan suasana pusat hiburan itu bertukar kecoh apabila warga asing ini cuba meloloskan diri melalui pintu belakang.
"Namun tindakan mereka sia-sia disebabkan anggota kami sudah mengepung premis terlebih dulu," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Menurutnya, GRO itu mampu meraih pendapatan sehingga RM350 sehari bergantung pada jumlah pelanggan yang mereka layani.
"Hasil siasatan dan semakan mendapati premis itu mempunyai lesen yang sah malah sudah tiga kali diserbu.
"Premis itu mula beroperasi pada awal tahun ini di mana pihak kami akan memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar menilai semula berhubung lesen mereka untuk tahun akan datang," katanya.
Azmi berkata, semasa serbuan itu anggotanya turut menahan dua lelaki tempatan iaitu pemilik dan pengurus pusat hiburan itu yang berusia 45 dan 50-an.
"Mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salahguna pas lawatan sosial," katanya.(IH)


Lihat gambar ini..

2 comments:

Anonymous said...

Produk sex, Ini produk non muslim. Merosak akhlaq. Cuba paparkan taukeynya. Siapa mereka dan bangsa apa? Guan Eng tak payah cakap melayu rasis. Littlr cina dan little india, cuba cari produk di situ, kecuali produk cina dan india sahaja yg kedapatan di situ. Ini sangat rasis.

Anonymous said...

guan eng bukan menteri yang berjiwa tanah melayu. Sangat rasis dan sangat cenderung membawa jiwa chinese yang pekat. Tak perlu salahkan melayu dlam konteks melayu beli produk muslim. Setuju produk sex adalah produk non muslim. Benih komunis tidak perlu menghalalkan komunis. Membunuh perajurit bukit kepong, yang menghiris jiwa keluarga dan bangsa melayu. Berhenti bawa idea yang rasis. Hormati perlembagaan dan kandungannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails