PASIR MAS: Tujuh bersaudara berbangsa Cina menjadi guru dan enam daripadanya mengajar subjek Bahasa Melayu kerana minat mendalam serta mahu mendidik anak bangsa.
Mereka terdiri daripada empat beradik, Owee Kim Jim, 56, Owee Chu Lian, 51, Owee Chu Hun, 48 dan Owee Kim Kee, 46, yang mengajar Bahasa Melayu masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Bunga, SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon Rantau Panjang dan SJKC Chung Hwa, Kota Bharu.
Manakala, suami Chu Hun, Ching Chu Tuoa, 48, dan suami Chu Lian, Koo Po Ham, 53, dan anak Kim Jim, Tee Ling Hsia, 27, masing-masing mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenderong Batu, Tumpat, SMK Chetok, Pasir Mas dan SJKC Gua Musang.
Kim Jim anak sulung daripada enam beradik yang tinggal di Kampung Sakar Sungai berkata, dia bersama tiga adik dan dua adik ipar bertugas menjadi guru Bahasa Melayu, manakala anak bongsunya daripada dua beradik mengajar Bahasa Inggeris.

Dia yang menjadi guru sejak 31 tahun yang lalu berkata, mengajar subjek Bahasa Melayu kerana mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Kami fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu iaitu dialek Kelantan kerana sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Tendong, di sini.
“Adik-beradik saya juga hanya pandai bercakap dalam dialek Hokkien dan tidak pandai bertutur Bahasa Mandarin kerana faktor ramai kawan dalam kalangan orang Melayu.
“Disebabkan pergaulan dengan rakan Melayu sejak daripada kecil, maka kami adik-beradik memilih untuk menjadi guru Bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Lebih unik apabila keluarganya lebih gemar bertutur dalam dialek Hokkien yang dicampur Kelantan dan jika tidak melihat wajah pastinya orang ramai menyangka mereka adalah orang Melayu.
Manakala, Kim Kee berkata, dia juga mengajar Bahasa Melayu sejak 22 tahun lalu dan mudah untuk mengajar subjek itu kerana murid di kawsan kampung senang faham.
“Saya lebih mudah untuk mengajar Bahasa Melayu kerana ini adalah bahasa percakapan harian lebih-lebih lagi murid di kawasan kampung.
“Kita mudah untuk mengajar kerana ia senang faham, jadi tidak ada masalah bagi saya untuk menarik perhatian murid untuk meminati subjek ini,” katanya. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, begitu harmoninya keluarga bangsa Cina yang diterma jadi warga Malaysia. Dikatakan sebagai 'Hokkien ala Kelantan'.
Banyak di tempat-tempat lain pernah berlaku krisis perkauman pada tahun 1960an, tetapi di Kelantan mereka hidup aman damai, tidak dipaksa masuk Islam di bawah naungan kerajaan PAS Kelantan..
Bukan seperti kaum Cina lain yang 'ala komunis' dan masih mengagungkan perjuangan komunis, walaupun sudah diterima sebagai rakyat Malaysia. Itulah mereka yang sudah lupa diri membalas pemberian madu dengan tuba!

Lihat lagi..
- Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)
- Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)
- Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)
- Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)
No comments:
Post a Comment