Tertuduh berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang mualaf itu didakwa  merogol wanita berusia 62 tahun di sebuah kediaman di Seksyen 18, di antara pukul 10.30 malam pada 8 Jun sehingga 3.30 pagi keesokan harinya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara Sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah memohon agar tiada jaminan diberikan berikutan tertuduh adalah bersaudara dengan mangsa.
"Selain itu, tertuduh mengetahui tempat tinggal mangsa yang boleh menyebabkan gangguan terhadap mangsa yang merupakan saksi kes.
"Tertuduh juga ada tiga pertuduhan lain di Mahkamah Majistret ," katanya.
Tertuduh yang diwakili peguam tidak melakukan sebarang rayuan untuk jaminan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Julai ini.
Kosmo! Online difahamkan pertuduhan lain dihadapi tertuduh adalah mengikut Seksyen 342, Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE
zakir,hudud
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada sistem perundangan Islam. 

Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu. (April 20 2016)
Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..