Monday, March 11, 2019

Ucapan S/Aisyah Pembunuh Lelaki Korea, Ini..

Pembunuhan Kim Jong-Nam: Ucapan pertama Siti Aisyah selepas dibebaskan
Siti Aisyah bebas tanpa dilepaskan oleh mahkamah hari ini. - Gambar fail

KUALA LUMPURTiada kata yang dapat diucapkan oleh Siti Aisyah, 26, bagi menggambarkan betapa gembiranya beliau apabila detik yang ditunggu selama ini akhirnya termakbul hari ini.


Selepas hampir setahun ditahan dan dituduh atas dakwaan membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, gadis berasal dari Serang, Indonesia itu kini mampu mengukir senyuman apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini melepaskan beliau tanpa membebaskan.



Dalam sidang media pertama beliau sejurus selepas dibebaskan, Siti Aisyah yang memakai tudung berwarna merah jelas tidak dapat menahan sebak dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat termasuk pemimpin dari Indonesia dan Malaysia kerana membebaskan beliau, hari ini.



“Perasaan saya sangat bahagia dan tidak menyangka kerana hari ini saya telah dibebaskan.
“Terima kasih kepada Presiden saya (Joko Widodo), terima kasih kepada menteri-menteri, dan kedutaan Indonesia yang telah melantik peguam dari Malaysia.



“Juga terima kasih kepada pemimpin di Malaysia kerana membebaskan saya,” katanya dalam sidang media, pada Isnin.
 Ketika ditanya oleh pemberita perkara pertama yang akan dilakukan oleh beliau selepas dibebaskan, Siti Aisyah berkata, "saya mahu bertemu dengan keluarga."


Mengikut pertuduhan, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong-Nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) Sepang kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari 2017.



Jong-Nam didakwa dibunuh dengan senjata kimia maut iaitu agen saraf VX.
Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.



Untuk rekod, istilah dibebaskan tanpa dilepaskan bermaksud pendakwa raya boleh jika mahu untuk mendakwa semula tertuduh. (AA)

3 comments:

Anonymous said...

ejen yang mernacang tu dah lepas lariiii
ini olang tukang buat aja kut

ejen yahudi yang bunuh imam palastin
rilek aja lariii

Anonymous said...

Allah Maha Mengatur...

1.Allah yang atur PAS bercantum dengan UMNO
tetapi sifat manusia
suka menjadi hamba wang 90 juta
anggap bohong boleh
putar belit kenyataan
boleh menjadikan Allah menguburkan PAS+UMNO tanpa nesan !

Anonymous said...

Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi mempunyai rahmat.
Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah),
sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain.

kita semau Allah boleh musnah gnati ngan umat lain
iman kita ngan Allah pung tak tera mana
duk perasan aja beriman tapi tak sebati dalam hati

tak kira amano pas pan bersatu pkr dll

Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah,
Tuhan semesta alam,

betoika diluar solat kita 100% amalkan ucapan ni?????
atau duk tipu Allah hari hari

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka): "Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: "Kami telah tunduk" (islam)
karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu

tahap kita ni macam badui tu saja islam baka iman belum sabati
dalam hati 100%

banyak hukum hukum Allah yang dlanggar n tak mau ditegak
sistem riba maseh banyak dll
sendiri juga mau ingat la





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails